Search This Blog

Monday, December 13, 2010

Apam Gula Hangus



Untuk minum petang, Mas buat Apam Gula Hangus. Tengok Kak Yatie buat ari tu, jadi teringin lak. Memang sedap Apam Gula Hangus ni, lembut dan gebu jer...walaupun dah lama sejuk, tetap lembut. Resepi ni kata Kak Yatie dari Kak Hazz, ada kat Myresepi, ramai gak yang dah cuba. Maceh untuk akak berdua...bertambah sedap apam ni bila dimakan ngan kelapa...Mas suka...

                                        
Apam Gula Hangus
Sumber :  Kak Yatie dan Kak Hazz

 Bahan karamel :
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)
Bahan  :
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara :
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin @ butter, kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Nota :
  • Jika menggunakan bekas2 kecil, elok tuang separuh jer adunan kedalam bekas untuk mendapatkan apam yang cantik seperti yang Kak Yatie cakapkan.

10 comments:

  1. salam mas, uihhh lamanya tak tengok acu tu.. acu zaman dolu2 tu kan..

    ReplyDelete
  2. Salam Mas,
    Comel, cute, cun dan cantik apam gula hangusmu itew....cantik cetak kuih tu....thanks sudi cuba...sedapkan dan tak berapa manis....terliur plk tngk kuih Mas ni....ayam kat bawah tu lagilah....ratah2 gitew jek sedap...yummy.....

    ReplyDelete
  3. Kak Nor
    yer ke kak, tak tahu lak mas....dah lama acuan tu ada ngan mas...memang acuan peberet mas tu..he..he...

    Kak Yatie
    he..he..ni gara2 terliur tengok apam akak la ni...sedapp betul apam ni, lembut jer...
    ramai lak yang berkenan acuan tu..he..he..acuan peberet mas tau...
    memang tak cukup kepak ayam tu kak..sedapp sangat..

    ReplyDelete
  4. Musim mengapam belum abis lagi erk? Love pun asyik mengapam je..hehehe! :D

    Gimme some pls Mas..

    ReplyDelete
  5. salam mas
    nanti nk cuba jugak la apam ni ;-)
    eh, i pun suka acuan tu..i ada jugak tp rasanya kelopak tu kecik sikit..mas punya lebar2 sikit n lagi cantik la i rasa ;-)

    ReplyDelete
  6. aritu wat gak apam gula angus...tp x cukup hangus gula tuh, kaler light2 jer cam apam gula melaka...heheh...x jadi tayang kat blog...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. salam ziarah,
    comelnya apam gula hangus tu, lama tak makan, nak sikit boleh....

    ReplyDelete
  9. saya pernah buat apam ni tapi bila lepas buat fula hangus tu dia keras bila masuk tepung dah jadi berketul2 nape yek

    ReplyDelete
  10. lagi satu masa saya kukur dia melimpah keluarg dari acuan adoi nape nya

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.