Search This Blog

Monday, November 29, 2010

Pari Bakar Berempah Woku



Lauk untuk lunch semalam, pagi tu beli ikan pari jadi Mas terus buat Pari Bakar Berempah Woku untuk lunch, ikan baru ni, memang sedappp dibakar, kena lak ngan resepi berempah woku ni....perhhhh....bertambah nasi dan licin pinggan lauk tu. Memang sedapp sangat Pari Bakar Berempah Woku .....pasti Mas buat lagi lain kali. Sebelum ni pun Mas pernah try resepi ni, boleh klik kat sini, jadi bila dah teringat kesedapannya....kena buat lagi....

Pari Bakar Berempah Woku 
Bahan :
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer! :D ( Mas guna ikan pari )
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam
  • # Lumur ikan  dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya - x ltk
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
 Bahan Kisar :
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah 
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap :
  • Daun senduduk secukupnya
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Kali ni Mas panggang ikan pari dalam kuali dan tuang kuah atas ikan pari tu.
  9. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  10. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

11 comments:

  1. salam mas, akak dtg bawak piring, tak nak nasi, nak ratah ikan jer.. boleh kan :)

    ReplyDelete
  2. Waaaaaa...dah berjangkit sini resepi asal yg akak angkut dr Majalah SEDAP hari tu..ramai dah buat, Hana, Jun dan nampaknya Mas smpai 2x buat...hehe, akak pun kena buat semula la nampaknya eh...Terima kasih kat majalah SEDAP jugak kerana memperkenalkan resepi ikan yg sedap nih...hahahah

    ReplyDelete
  3. makcik..memang best la makcik ikan bakar woku nih...aku pun dah try tapinyerr agak2 selera buaya, terus ngap nak bergambo posing pun tak sempat ikan tuh..hahhaa

    ReplyDelete
  4. kak nor
    ha..ha,,akak lak yang lambat...dah abiss la kak....tapi sedappp kan kak ikan berempah woku ni.....

    kak ummi
    ooooo..resepi dari majalah rasa yer kak...sebab mas pun copy dari kak hana...maceh untuk kak ummi, majalah rasa dan kak hana sebab promot resepi ikan bakar yg sedappp sangat ni...he..he..

    ReplyDelete
  5. kau memang izah..tak sabar2....lain kali makcik buat...terus tembak tau..nak gak tengok ikan bakar berempah woku kau tu....
    memang betul makcik....sedapp sangat ikan bakar ni....

    ReplyDelete
  6. salam mas..kt sini pon berseri2 gak ikan pari bakar rempah woku tue...

    ReplyDelete
  7. Salam Mas,
    Dah lama nak msk mcm ni...tapi masa tu tak ada daun limaulah...tak cukup bahan...pasni mesti sediakan bahan2....mmng nak wat gak...tngh bahan2 pun dah tau mmng sedap ikan bakar woku ni..

    ReplyDelete
  8. kak azatie
    he..he...yang penting sedappp kak...

    kak yatie
    perhhh..memang compom sesangat sedappp ikan bakar ni kak....try la buat...mesti menjilat jari punya....

    ReplyDelete
  9. Mas, U made me terliur je kat sini lor! Tak tau camne nak describe but am drooling really bad here looking at ur delicious fish dish! Ooooooo la la!!! :D~~~~~

    ReplyDelete
  10. rajinnya dah 2x buat, msti sedap sgt tu, lain kali mau try

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak makan ikan pari.... nampak sedap. Bilalah nak mencuba pulak.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.