Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, May 20, 2010

Kerisi Bakar Berempah Woku



Assalamualaikum. Sekejap je dah hari khamis kan. Semalam Mas buat Kerisi Bakar Berempah Woku macam kat rumah Kak Hana hari tu, caya la Kak Hana, memang betul - betul sedap la ikan bakar tu, sampai menjilat jari, walaupun Mas guna ikan kerisi memang sedap betul ikan bakar tu, lain kali Mas nak guna ikan siakap, mesti lagi sedap. Sesiapa yang memang suka makan ikan kalau tak cuba resepi ni mesti rugi besar tau, Mas pun tak puas makan lagi, rasanya minggu depan nak buat lagi..sedapnya..thank Kak Hana dan tuan punya resepi ni..

Kerisi Bakar Berempah Woku
Resepi : Kak Ummi
Copy : Kak Hana
Bahan :
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer! :D ( mas guna ikan kerisi )
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam
  • # Lumur ikan  dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya - x ltk
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah 
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap :
  • Daun senduduk secukupnya
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur

Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...


3 comments:

  1. mas, hari tu tngok kat umah Hana, la ni kat umah Mas lak.. nak singgah gaklah kat Alam Sari, ntah bila... manalah aku nak cekau daun snduduk tu..

    ReplyDelete
  2. mas tak letak pun daun snduduk tu, janji bahan2 kisar dan bahan tumis ada, dah tersangat la sedap...cuba buat kak, gerenti nak lagi..he..he..

    ReplyDelete
  3. Salam Mas, waaah dh byk kali buat rseepi ni eh...x sia2 akak belek majalah dan perkenalkan kat blog..ramai yg dh cuba...memang teramat sedap kan...kan...Terima kasih kepada Majalah Rasa kalau x silap akak..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...