Search This Blog

Thursday, November 25, 2010

Kek Pisang Marble Coklat



Kek Pisang Marble Coklat ni baru lepas keluar oven tau...masih panas lagi. Cian lak tengok pisang berangan tu makin kecut. Baik dibuat kek pisang, dapat gak hasilnya.  Mas buat 1/2 adunan jer, sesuai ngan family Mas yang kecik ni. Resepi Mas ambik dari Kak Hana. Marble kat kek tu tak berapa nak menjadi lak...kak hana..jangkit ngan akak ke marble ni....he..he..tapi tak kisah la....sebab kek ni memang sedapp...cuma kek ni tergaring sikit sebab Mas terkuat sikit suhunya. Sesiapa nak merasa, sila ambik atas meja yer...jap lagi Mas nak keluar gi tesco jap...nak shoppping barang dapur...bye..byee..

Kek Pisang Marble Coklat
Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan
  • 150g pisang emas / berangan - dilecek - Mas dan Kak Hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
  • 180g tepung gandum)
  • 180g gula halus - Mas dan Kak Hana kurangkan 150g je
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes


Cara-cara :
  1. Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  3. Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  4. Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

11 comments:

  1. salam mas, pepagi tengok dah ada kek ni... rasa nak wat lagi je... sedapkan!

    ReplyDelete
  2. gebusss gebusss sedap nampak...meh kita tukar ngan apam nak? hihi

    ReplyDelete
  3. kak rose
    hmmm..memang sedap kek ni kan kak.....buat lagi kak..he..he..

    zarin
    nak2....ni yang mas suka..

    ReplyDelete
  4. Salam kak mas,
    apa khabar kak? tu dah amik kek pisang ngan garfu tu, nak suap saya kak? hihihi.... (dah nganga ni).
    Tesco ada jualan murah2! :)) Aritu saya beli beg troli Polo, saiz sederhana je. RM19.90. padahal dulu, penah beli jenama travel time saiz sama skali ngan beg sandang RM80 lepas diskaun. Memang murahla. Rembat 2 biji aritu. Tesco mutiara damansara.

    ReplyDelete
  5. Salam Mas,
    Tak nmpk marble nya takpa, yg penting rasanya sedap...nak wat tngh takde stok pisang....kalau ada pisang,maunya berderet2 menu pisang akak kerjakan..kih3..

    ReplyDelete
  6. Looks so yummy kek tu Mas...mintakkk :)

    Dah lunch ker???

    ReplyDelete
  7. Salam Mas,

    Pegi Tesco shopping nak kirim boleh tak? Cuma nak belacan ngan durian jer....hehehehez ;)

    ReplyDelete
  8. mmm akak harum bau kek tu...he eh he gader2 ngan k.Hana... aritu nampak kat dapo K.hana.. he he he rajin akak...

    ReplyDelete
  9. mas...sowi dtg lambat.tadi gi klinik la hubby demam..malas lak nak update.... nak makan kek.lapo nih

    ReplyDelete
  10. salam kak MAs,
    lama tak singgah sini.. akak apa kabar?

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.