Search This Blog

Tuesday, November 30, 2010

Apam Coklat




Assalamualaikum.
Pagi tadi Mas buat Apam Coklat untuk sarapan, hmmm....sedapppnya....lembut lembab jerk...rasanya macam kek coklat pun ada. 
Semalam Izahdaut dah buat dan resepi apam ni Izah ambik dari dapur Kak Nor. Rasanya tak puas makan lagi Apam Coklat ni, akan ada siaran ulangan nanti. 
Lagi pun, untuk membuat apam coklat ni, senang sangat dan tak mengambil masa yang lama. Jadi sesiapa yang teringin sila la mencuba....

Apam Coklat
Resepi : Alma@myresepi.com
Sumber : Izahdaut  dan  Kak Nor

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko




Cara :
Panaskan pengukus yang berisi air hingga mendidih.
Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lagi boleh gunakan blender.
Masukkan dalam acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
Sedap dimakan panas2.

Nota :

 Apam ni rasa dia cam kek coklat kukus. 
Padat dan moist.




Cencaru Bakar



Semalam buat cencaru bakar lak, kali ni Mas ambik resepi dari Junjs11@myresepi.com, memang sedap cencaru bakar ni. Mas letak lak cili padi jer, perhhh....memang power cencaru bakar ni. Lain kali boleh buat lagi.

Cencaru Bakar

Bahan :
  • 1 ekor ikan - Mas guna cencaru
  • 1 serai-  diketuk
  • daun limau purut - dihiris
  • air asam jawa - agak2
  • daun pisang dan aluminium foil
Bahan kisar :
  • 5 cili merah
  • 5 cili kering
  • 5 cili api - Mas letak cili api jer
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • garam

Cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan serai, garam dan air asam.
  2. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil. Letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. Tutup daun pisang dan foil.
  3. Bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
  4. Hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

Monday, November 29, 2010

Kuih Puteri Ayu




Assalamualaikum. 
Hari ni Mas geng ngan Kak Hana, sama2 buat Kuih Puteri Ayu. Mas buat kuih ni first time tau, acuan puteri ayu ni dah sebulan lebih beli, baru ari ni tergerak hati nak buat. Macam berjanji lak ngan Kak Hana. Mas ikut resepi dari  Izahdaut, memang lembut dan gebu jer...lain kali ikut resepi Kak Hana pulak, tapi bila ditengok bahan2nya, lebih kurang sama jer....sukatan jer yang lain. Rasanya puteri ayu Mas ni kurang sikit kelapanya kan...maklum la, first time buat, tak berapa pandai agak kelapa tu, tak pe, lain kali boleh wat lagi. Buat cantik2 macam puteri ayu Kak Hana. Meh sapa yang nak makan...ambik sorang satu yer....


Kuih Puteri Ayu
Sumber : Izahdaut

Bahan :
 40 biji bergantung pd saiz acuan 

5 biji telur (saiz kecil)
250 gm tepung gandum
300 gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250 ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)                     



        
Cara membuat :
Panaskan kukusan.
Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. 
Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan. 
Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.


Pari Bakar Berempah Woku



Lauk untuk lunch semalam, pagi tu beli ikan pari jadi Mas terus buat Pari Bakar Berempah Woku untuk lunch, ikan baru ni, memang sedappp dibakar, kena lak ngan resepi berempah woku ni....perhhhh....bertambah nasi dan licin pinggan lauk tu. Memang sedapp sangat Pari Bakar Berempah Woku .....pasti Mas buat lagi lain kali. Sebelum ni pun Mas pernah try resepi ni, boleh klik kat sini, jadi bila dah teringat kesedapannya....kena buat lagi....

Pari Bakar Berempah Woku 
Bahan :
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer! :D ( Mas guna ikan pari )
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam
  • # Lumur ikan  dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya - x ltk
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
 Bahan Kisar :
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah 
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap :
  • Daun senduduk secukupnya
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Kali ni Mas panggang ikan pari dalam kuali dan tuang kuah atas ikan pari tu.
  9. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  10. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

Sunday, November 28, 2010

Apam Kentang



Meh kita memeriahkan lagi musim apam , kali ni Mas buat Apam Kentang lak, memang sedap, lembut dan rasa lemak2 jer apam ni. Tak sedar dah abis 4 biji menguyah...he..he..Mas try simpan sikit untuk dikukus balik pagi ni...tetap sedap. Maceh untuk Izah dan Kak Yatie yang mempromot apam ni. Lain kali boleh buat lagi.

Apam Kentang
Sumber :  Izah dan Kak Yatie

Bahan :
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 200 ml air
  • 1 helai daun pandan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan kentang rebus
  • 3/4 cawan tpng gandum
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yeast
  • 1 sudu kecil baking powder
  • pewarna hijau @ pandan paste
  • 250 ml santan.

Cara :
  1. Kentang rebus di blend bersama dengan santan (biarkan sebentar)
  2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, baking powder dan garam.
  4. Satukan semuanya dalam blender dan kisar sebati.
  5.  Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
  6.  Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
  7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
  8.  Apam ini boleh di makan bersama dengan kelapa parut.

Saturday, November 27, 2010

Roti Canai



Pagi ni sarapan roti canai, Mas buat sendiri tau, adunan roti tu Mas uli malam tadi, pagi ni baru dicanaikan dan Mas buat kuah kacang dal dan sambal ikan bilis, sempat juga hubby sarapan pagi tadi sebelum dia gi kerja. Resepi Mas ambik dari Kak Hana sebab pernah nampak makcik jepun tu buat, memang sedapppp....habis gak 2 keping sorang..he..he..

Roti Canai
Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gadum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak


Cara-cara :
  • Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
  • Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
  • Campur minyak masak
  • Campur marjerin
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
  • Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
  • Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)
  • Tinggalkan selama 2 jam.
  • Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
  • Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk @ ais 



Friday, November 26, 2010

Tag Dari Izah lagiiii


Izah Muffin Lover

Untuk makcik ampang ku sayang....mas jawab yer soalan2 kau ni..mencabar betoi ni....berkedut2 dahi memikir ni..he..he...

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
- koewtiaw goreng -  tak kisah basah atau kering.......tak jemu2 menikmatinya
- ikan keli - tak kisah masak pe  pun tak pe...pasti licin ku belasah
- nasi lemak - terutamanya nasi lemak mak, nasinya mesti lembut,mesti ada ayam goreng, telur rebus dan sambal ikan bilis...

2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?
- air suam
 - fresh oren

3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian.
- malay, indian, chinese, western

4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".
-  rasanya sambal terutamanya sambal ikan bilis, selalu menjadi permintaan bila mas balik ke dua2 kampung....pasti licin...

5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?
- selalunya hubby yang tukang bayar...he..he...

6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?
- rasanya Mas selalu gi restauren fast food KFC sebab hubby ngan anak2 gemar sangat ayam kfc

7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yang korang suka? Kalau korang ada suka yang lain, tapi aku tak list, bagitau je la.
- ayam, kambing, lembu, itik

8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.
- kfc, masa dating dulu selalu makan kfc

9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?
- keropok lekor sebab hubby mas pantang jumpa keropok lekor..berlambak2 dia beli....memang habis dia makan

10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu selalu hidang apa?
- mas tak kisah, janji sedap, habis mas belasah makanan tu..he..he..


11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.
- buah...mas memilih sikit....petai dan jering pun tak suka....


12. Menu raya paling disukai.
- ketupat dan rendang daging / ayam....

13. Jajan/Cikedis favourite?
- semua jenis kerepek.....

14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?
- sambal tumis dan sup tulang

15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?
- masak lemak cili padi ikan keli, tak sangka cili padi yg kemetot tu pedas gila...berasap gak telinga ni...

16.Korang kalau jumpe orang yang tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?
- makcikk....kau suka soto ayam yer...nnti mas buat soto yang paling sedappp kat dunia...he..he...

17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.
makcik...anto panadol sepapan..dah peninggg ni......kasi markah penuhh tau...