Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, April 28, 2011

Spicy Tomato Chicken



Menu lunch Ain ngan Daniel ari ni. Ternampak resepi Spicy Tomato Chicken kat dapur Mamahawa, terus terpikat....kebetulan Mas pun tengah mencari2 resepi ayam untuk ari ni, jadi Mas terus buat Spicy Tomato Chicken ni, lagi pun budak2 ni suka gak lauk yg ala2 masak merah ni...Mas buat tak pedas sangat sesuai untuk budak2. Rasanya lebih kurang masak merah juga...sedapp tau. 

Spicy Tomato Chicken
Sumber : Kak Ayu dan Mamahawa
Bahan :
  • 500 g ayam -dipotong kecil dan di goreng-(Ayu used 1 ekor ayam large-digaul kunyit & garam then goreng)
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 2 biji tomato - di hiris / potong dadu
  • 10-15 tangkai cili kering *- di rendam hingga lembut
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 cm halia*
  • bahan bertanda(*) dikisar halus.
  • 5 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
  • 1 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar kicap manis
  • garam, gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak - utk menumis
  • daun sop dan daun bawang - dihiris halus
  • 1 btg cili merah - dipotong serong-(Ayu gunakan cili padi diketuk)
  • 1 btg cili hijau - dipotong serong
  • 1/2 cwn bawang goreng.

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hiris, tomato hingga layu dan wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing.
  2. Tambah sedikit air dan masukkan kesemua bahan sos,garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati .Tambah air lagi jika perlu .
  4. Masukkan daun sup, daun bawang,cili merah dan hijau yg dihiris dan 1/2 bwg goreng, gaul lagi hingga rata.
  5. Ketika menghidang, taburkan dgn 1/2 bwg goreng lagi. 

10 comments:

  1. wah sedapnya...lagi pedas lagi sedap ni mas...dah bawa pinggan nak tumpang lunch sini jer lah hehe...akak malas tul nk msk ni..:)

    ReplyDelete
  2. kak nieza,

    hmm.kalau lagi pedas lagi besttt kak..
    meh makan sini..kat sini dah nak dinner kak..he..he..

    ReplyDelete
  3. kak nor,

    nak sesangat...
    kasi ayam kak nor dulu..he..he..

    ReplyDelete
  4. mas..berdesup mas..sekejap dah siap!!..tadi nampak rumah mamahawa, ni kat sini pulak..memang pantas betulah mas buat kerja..tabik kat mas..

    ReplyDelete
  5. Kak Ayu,

    akak..kebetulan memang nak masak ayam..tu yg terus buat..he...he..
    bestkan kak ayam ni...

    ReplyDelete
  6. makin hari masa makin menyengat..
    mas.. apa lagi buka lah satu restoran.. sure ramai pelanggan.. boh nama ala2 blogger tau...

    ReplyDelete
  7. mcm masak sambal ayam. sedap! (xmkn pun dh tau sedap ni.. hihi)

    ReplyDelete
  8. mesti anak2 suka makan nie kalau rasanya macam masak merah gitu... pasti sedap kan...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...