Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, April 9, 2011

Roti Oat Jagung Manis Hokkaido



Assalamualaikum. Selamat berhari sabtu semua. Haaa ...mesti ari ni ada macam2 plan nak buat kan...maklum la, kan ari ni hari cuti.....
makcik ijahh tu.....mood pasrah ke ari ni...he...he..meh layan Roti Oat Jagung Manis Hokkaido resepi dari Ros yang sangat best ni. Lembut bak kapas jerk roti ni...rasanya lak...sangat sedappp..ala2 roti kentang pun ada rasanya..rasa manis jagung ditambah pula dengan serat oat tu buatkan roti ni sangat sedapp ...Mas anak beranak makan gitu jerk........
Resepi ni Mas jumpa masa membelek - belek e-book yang Ros hadiahkan kat kita semua. Itu yang Mas try roti ni....sangat best la.......maceh bebanyak Ros....banyak petua2 yang bagus kat situ tau. Suka sangat Mas baca e-book tu. Resepi roti ni juga boleh dilihat di Bukan Sekadar Masakan - Ros Jintan Manis

Roti Oat Jagung Manis Hokkaido
Bahan :
Untuk Doh :
  • 250gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar skim milk@susu tepung
  • 3 sudu besar gula
  • 30gram butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
  • 160ml susu segar suam @ air suam
  • 6gram yis
  • 40gram Oat ( ros guna jenama quaker oat)
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 1 sudu kecil bread improver ( x letak pun takpe atau boleh diganti dengan water roux)
  • 4 sudu besar sweet cream corn ( ros guna sweet corn dari Hokkaido)
Untuk gliss :

  • baki telur+beberapa titik madu+1/2 sudu kecil susu segar 
  • sedikit sos kastard.


Cara membuatnya :
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM) : Masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan : Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.  
  3. Tips untuk dapat doh yang lembut : Ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  5. Bahagi doh pada 2 bahagian, satu bahagian doh ros bahagi dua dan susun dalam acuan roti sandwish, satu lagi bahagian ros bulat-bulatkan menjadi 9 bun kecil dan susun dalam acuan petak 18cm, biarkan naik dua kali ganda. ( bentukkan doh mengikut selera masing-masing, doh tu kalau nak buat bun kecil-kecil boleh dapat dua acuan.) Untuk roti dalam acuan sandwish tak perlu di jalurkan dengan sos kastard hanya perlu di gliss sebelum dibakar selama 28 hingga ke 30 minit.
  6. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dalam acuan petak dan jalurkan dengan sos kastard,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

16 comments:

  1. mas, mesti sdap roti ni kan. ada rasa jagung, ada oat. adeh la, internet slow plak hari ni. geram btl. nk komen tp kotak komen x kluar2. sib baik tenet hp x slow. bleh la komen jgk.. hehehe. akak pn dh donload gak e-bok tu. ingat nk try gak mana2 resepi dlm tu. :)

    ReplyDelete
  2. wahh.. sedapnyer... tun duk baca 2-3 kali khatam dh e-book tu. buatnyer x lagi.. hihi

    ReplyDelete
  3. Lama dah kak cek tak meroti ....tgk roti kat umah Mas berhajat lak nak buat....sape pulak yg nak makan eek....tunggguuu lah dulu....

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum...
    mas bila nak buka kedai roti erk. nanti leh aka selalu datang.

    ReplyDelete
  5. Mas...akak pun nak wat la petang ni..tapi macam biasalaer..versi M...sedap kot rasanya...

    ReplyDelete
  6. lama akk tak mroti.. bila nk rajin mcm mas ni..

    ReplyDelete
  7. wah mas,,rajin tul ko meroti ya mas..pinjam sat roti tu dua ketul,nak cicah milo..hehe

    ReplyDelete
  8. Kak Inaku79,

    downloud kak e-book ros tu..
    memang best resepi2 dalam tu...mas dah banyak kali dok membeleknya...he..he..

    roti ni memang sangat sedapp kak...
    mas anak beranak makan macam tu jerk..he..he..

    ReplyDelete
  9. tun_telani,

    haaa...dah banyak kali khatam tu.....
    dah wajib buat tau..he..he....

    selamat mencuba tun resepi2 ros tu...semuanya best2....

    ReplyDelete
  10. cik cek,

    kak cek...buat 1/2 adunan jerk la...
    dapat dalam 12 biji...ok la tu...
    kira merasa la kan roti tu...he..he..

    ReplyDelete
  11. kak sam,

    akak..insyaAllah..akak jadi pelanggan tetap mas kan....muahahaha
    meh la meroti kak sam...akak kan dah teror meroti..try roti ni lak..sedapp tau..

    ReplyDelete
  12. kak Nazrah Bakery & Dunia Kuih,

    akak..selamar meroti dan selamat mencuba kak...
    memang best roti ni....he..he..

    ReplyDelete
  13. dZana,

    meh nak tiup mood meroti.....
    compom esok zana lak berjangkit..he..he...

    nanti buat roti ni tau...
    memang sedappp...

    ReplyDelete
  14. kak anymz,

    kak anim..kalau pinjam kene pulangkan balik...muahahaha..

    dah abiss la kak roti tu...
    mas buat 1/2 adunan jerk..he..he..

    ReplyDelete
  15. Mas..
    ko pasal meroti....buatkan dadaku..d
    dup..
    dap....
    dup...
    dap...


    PS; sesuai rasanya dikomersilkan bakat yang sedia ada..

    ReplyDelete
  16. Citarasa Rinduan,

    insyaAllah ayu...
    kalau ada rezeki mas dalam bidang ni...he..he..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...