Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, April 21, 2011

Ikan Bawal Lemak Hijau



Assalamualaikum. Ari ni bersiaran awal sikit sebab japp lagi mungkin tak de elektrik sampai petang.....hu..hu...jadi  meh layan Ikan Bawal Lemak Hijau resepi Kak Ummi ni. Mas buat semalam untuk lunch. Baru nak n3kan pagi ni. Mana tahu ada yang mencari2 resepi ikan pagi ni, boleh try resepi ikan bawal lemak hijau ni, selain dari ikan bawal, boleh juga guna ikan tenggiri, aji-aji , kerisi besar ke atau ikan lain yang dirasakan sesuai. 
Rasa Ikan Bawal Lemak Hijau ni memang sedappp...rasa pedas2 cili padi..rasa masam nenas tu memang mengena..tapi macam biasa la....akhirnya ,Mas juga yang makan nenas tu, bebudak ni makan ikan jerk..

Ikan Bawal Lemak Hijau
Bahan :
  • 1 ekor ikan bawal (sederhana besar)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 biji nenas - dipotong nipis
  • 2 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun ketumbar - Mas tak letak
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 tangkai daun ketumbar
  • 2 biji cili hijau
  • 1 batang serai (ambil bhg putihnya)
  • 6 biji cili padi hijau
Cara Memasak :
  1. Ikan dibersihkan, dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar dengan api perlahan, masak hingga naik bau dan kelihatan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan dan balik-balikkan perlahan biar iken bersalut mesra dengan bahan.
  4. Masukkan pati santan, nenas, garam dan gula. Masak hingga kuah agak pekat dan ikan lembut.
  5. Tutup api, hidangkan dengan taburan hirisan daun ketumbar.

16 comments:

  1. Assalamualaikum Mas,

    pagi2 dtg ni nak cop dulu ikan bawal msk lemak tu...jadi tak berebut2 dgn yg lain....hahaha...sedap tu kan?

    ReplyDelete
  2. wahh dah buat ek..suke nenas..nenas menyedapkan gulai kan

    ReplyDelete
  3. Assalam kak mas,
    Nenas wat kari ngan ketam@masak pajeri pong sedap kan..Eii kesiannya nnti xda elektrik,xda air n letrik mmg serba xkena kan kak..Tambah2 da baby lagi lah ssh..

    ReplyDelete
  4. Salam kunjungan.. sedapnye masakan tu ;)

    ReplyDelete
  5. masak lemak kalo buh nenas mmg sedap mas..ada rasa msm2 manis gitu..kebetulan pg ni akak baru keluarkan ikan bawal..nak masak apa pun lom plan lg..

    ReplyDelete
  6. kak Nuridah,

    akak..copp gambar jerk yerk....
    ikan dah abiss la..he..he....

    ReplyDelete
  7. izahdaut,

    haaaa..betul3...sedapp la bawal masak gini....nanti aku nk buat lagi..he..he...

    ReplyDelete
  8. Zaliedana,

    ct..memang best lauk ni..try la buat..he..he..

    hu..hu..cian kan tak de elektrik....nak kluar berpoya2 lak..muahahaha

    ReplyDelete
  9. Zuwairi Aiman,

    salam kenal..
    hmmm...memang sedapp lauk ni...yummyy

    ReplyDelete
  10. kak Iza Akma,

    nenas ada tak kak..boleh try resepi ni..
    sedappp tau..he..he...

    ReplyDelete
  11. Sedapnya Mas!!! Haishhhh speechless..cari nasi! :D

    ReplyDelete
  12. mas..aku bwk pinggan tinggal tulang bawal nih..ko tuka la ngan pinggan masih ada sekor bawal tuh..hihi..
    bawal ni masak apa pun sedap kan mas..sebab tu dia mahal kot..huhu

    ReplyDelete
  13. ♥LOVE2COOK♥,

    memang best love lauk ni..
    try la buat..he..he..

    ReplyDelete
  14. HaSue ,

    sue..aku pun tinggal tulang bawal jerk ni...
    nak tukar juga ke..muahahaha...

    ReplyDelete
  15. kak Sari Yusa Ibrahim ,

    akak..mas pun sama...he..he,...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...