Search This Blog

Thursday, June 30, 2011

Kuih Talam Gandum



Assalamualaikum. Mengukus lagi hari ni...kali ni layan Kuih Talam Gandum resepi dari Mamakastam Tioman lak. Salah satu kuih yang senang dibuat dan bahan2nya pun ringkas jerk...sangat sedappppp...kuih talam gandum ni sedang2 jerk manisnya dan kuih talam gandum ni pada Mas elok2 jerk lembutnya....tak lembut sangat dan tak keras...kiranya sedang2 gitu....kalau dah masuk mulut...memang tak boleh berhenti mengunyah....teringat lak pada Kaswi Gandum yang sangat sedappp tu...memang terbaik juga Kuih Talam Gandum ni......pada Mas Kuih Talam Gandum ni juga sangat sesuai dibuat untuk majlis2 @ kenduri...sukatannya pada Mas dah elok sesangat...tak payah ubah....maceh pada Mamakastam Tioman yang berkongsi resepi Kuih Talam Gandum ni di Myresepi....Mas buat 1/2 adunan jerk...itu pun rasanya dah lebih dari cukup.....

Kuih Talam Gandum
Bahan :
Bahagian bawah :
  • 2 1/2 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah + 2 cwn air - dimasak-sejukan dan ambil secukupnya utk kegunaan )
  • 4 cawan santan cair
Bahagian atas :
  • 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa ) - Mas guna santan kotak + sedikit air
  • 1 1/2 cawan tepong gandum
  • 2 sudu kecil garam ( mama guna sudu KFC )

Cara membuatnya :
  1. Panaskan air kukusan terlebih dahulu
  2. Satukan adunan bahagian bawah. Nak blend pun boleh. Masukan kedalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sampai nampak keras sikit. Buka kukusan.
  3. Kalau masih ada air diatasnya di sebabkan masuk wap, lap dengan tisu sampai kering.
  4. Sediakan adunan bahagian atas. Untuk bahagian ini, jangan di blend. Sebab bila masak nanti kuihnya tak cantik dan merekah bahagian atasnya.
  5. Membancuhnya sekadar guna pemukul telor biasa. Bila dah sebati, tapis dan tuang keatas bahagian bawah yang dah masak tadi.
  6. Kukus selama 1/2 jam. Buka penutup kukusan, biarkan selama 10 minit. Petua bagi mengeringkan air di atas pemukaan kuih yang di sebabkan wap.
  7. Tutup api, angkat kuih dan sejukan. Potong ikut citarasa sendiri..nnn ngappp..

Tahniah Kak Nor dan Ayam Goreng Crispy



Assalamualaikum. Terlebih dahulu diucapkan tahniah pada Kak Nor sempena one million hits! wahh... banyak tu....Mas angkut rose tu sekali buat penyeri rumah Mas...maceh kak Nor....muahhhhh...moga Secubit Garam terus sukses dengan pelbagai resepi2 yang hebat2......love u Secubit Garam......
Berbalik pada n3 hari ni...kali ni buat Ayam Goreng Crispy resepi dari Izahdaut yang semalam dikatakan  pening2...tak sihat...kau ada muntah2 tak mek.....kikikikiki...gurau jerk yerk ijah...harap kau cepat2 sihat...rindu ngan masakan kau makcik...
Meh layan ayam goreng yang sedapp ni.....ranguppp tau....sedappp dicicah ngan sos thai.....Mas kalau goreng ayam yang bersalut ni, Mas suka goreng dalam periuk, ayam tu biar tenggelam dalam minyak dan digoreng dengan api sederhana dengan tudung periuk ditutup....baru isi ayam tu tak kering dalamnya dam rangupp luarnya...ala2 ayam kfc gitu.....best tau...

Ayam Goreng Crispy
Resepi : choppy@myresepi
Sumber : Izahdaut
Bahan ( 6 ketul ) :
  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili - Mas letak cajun
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional) 
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)  - Mas ikut izah ganti yogurt
Cara membuatnya :
  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Masukkan semua bahan dari no.2 - no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  4. Ambik 2 - 3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  6. Ulang langkah ke 4 - 5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.




Wednesday, June 29, 2011

Donut Labu Fatma



Assalamualaikum. Bersiaran ditengahari yang mendung dan sejukk....ari ni cuaca mendung dan hujan kejap2 kan...sejuk.....malasss lak jadinya....tapi tu bukan sebabnya lambat bersiaran...tadi kluar jap....jadinya, tengahari baru boleh updape resepi....
Mendonut lagi kan...atas permintaan anak2....Mas mendonut lagi...kali ni buat Donut labu lak...telah diolah dari resepi Donut Kentang Fatma menjadi Donut Labu Fatma...suka hati jerk kan tukar2 nama donut....kikikikiki...untuk menyenangkan kerja...Mas tempekkan lagi resepi donut ni.....selamat mencuba untuk yang belum menerai...ada sedikit kelainan pada resepi donut ni sebab menggunakan air @ susu segar yang sejuk dari freeze dan menggunakan kuning telur...hasilnya...donut ni lembut gebu jerk.......tak rasa muak dimakan....sedappppp....boleh juga lihat versi Donut Pisang yang buat oleh Izahdaut DISINI.

Donut Labu Fatma
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 500 gr tepung terigu protein tinggi (tepung gandum)
  • 50 gr susu bubuk @ susu tepung (serbuk)
  • 11 gr ragi instant
  • 200 gr labu, kukus, haluskan dan dinginkan
  • 100 gr gula pasir
  • 75 gr mentega
  • ½ sdt garam
  • 4 btr kuning telur
  • 100 ml air dingin @ susu segar dingin ( klu x ltk susu tepung )

Cara membuatnya :
  1. Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan labu yang dilecek ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
  2. Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
  3. Mas masukkan semua bahan dalam bm dan setelah siap diuli, Mas rehatkan adunan selama 20 minit.
  4. Bagi adonan  masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
  5. Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
  6. Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.


Tips :
Sukses Membuat Donat Kentang
:: Penulis : Fatmah Bahalwan
Membuat donat sesungguhnya sangat mengasyikkan! Asalkan kita memberi perhatian khusus pada beberapa hal, Insya Allah, donat akan bundar cantik, dan lezaaat....
  1. Siapkan semua bahan terlebih dahulu tanpa ada yg boleh ketinggalan satupun, meski garam sekalipun.
  2. Ingat aturan bikin roti, ragi gak boleh ketemu garam dan atau mentega ya. Nanti raginya mati, gak mau mengembangkan adonan. Garam dan mentega masuknya setelah adonan setengah kalis.
  3. Haluskan kentang sampai benar-benar halus, kalau perlu pake blender, supaya adonan bisa licin dan gak gradakan :)
  4. Setelah Halus Dinginkan kentang sebelum dibuat Donat. Terus kalau tidak dalam keadaan dingiiiinnn...waaa.., raginya langsung mati jeh.
  5. Buat adonan hingga kalis elastis, ikuti step by step pada resep, hingga ketika dibulatkan permukaannya halus licin. Bulatan yang halus dan licin akan membentuk donat yang bulat cantik ketika digoreng/merekah.
  6. Istirahatkan adonan lk. 20 s/d 30 menit (tergantung cuaca), tutup dengan plastik spy permukaannya tidak kering.
  7. Lubangi bagian tengahnya, goreng dengan panas sedang (supaya donat matang sempurna sampai kebagian dalam).
  8. Menggunakan sumpit, buat gerakan memutar pada lubang donat ketika donat mulai digoreng dan merekah, agar bentuknya membundar cantik. Gerakan memutar (sentrifugal) akan membantu terbentuknya donat yang bundar.
  9. Bila salah satu sisi sudah kuning kecoklatan, segera balik, teruskan menggoreng sampai kedua sisi coklat. Angkat. Tiriskan.


Tuesday, June 28, 2011

Roti Sosej Bercajun



Assalamualaikum. Awal sikit update lagi resepi...jappp lagi nak berdating kat low yat ngan abang. Meroti lagiii kan......atas permintaan anak2, Mas buat lagi Roti Sosej untuk bekal anak2, setengah adunan lagi Mas buat roti sosej ala2 pizza yang ditabur cajun atasnya......oppsss.....cajun lagi kan.....tak nak membazir cajun tu...jadi guna jerk untuk apa2 resepi yang dirasakan sesuai....jangan tabur cajun dalam air sirappp dah...ada gak yang panas telinga bila minum......kikikikiki....merapu2 lak Mas ni kan..bukannya apa...teringat lak lawak puding cajun masa main teka teki ngan Kak Nor semalam....
Berbalik pada roti sosej ni...sedapp tau bila dah ditabur cajun atasnya...syok terasa pedas2 rempah kat roti tu...mabelessss.......

Roti Sosej Bercajun
Resepi : Che Mat Gebu
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 14 batang sosej 
  • sos cili dan moyanis
  • cajun

Cara Membuatnya :
  1. Untuk Doh : Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  2. KAEDAH LAIN : Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2)
  3. Untuk Sosej Roll : Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, bulat2kan dan tekan2 supaya rata dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit marjerin dan dialas kertas minyak dan sapu lagi marjerin atas kertas minyak tu lagi yerk dan boleh letak sosej yang dibelah 2 tadi atas tiap bun. Buat hingga siap.
  4. Biar 45 minit, sapu baki telur dan picitkan mayonnis dan sos cili atas bun tu dan tabur cajun atasnya. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

Hot & Spicy Mayonnaise Prawn Fry



Assalamualaikum. Menerai resepi Love lagi.....hhmmmmm..memang sedapp sangat....anak2 berselera makan...siap ulang lagi malamnya...resepi Hot & Spicy Mayonnaise Prawn Fry ngan Mayonnaise Soucy Chicken lebih kurang gak rasanya....sedappp...jadi untuk yang tak boleh makan udang...boleh mencuba ngan ayam....sedapp tau....lagi pun dah ramai yang dah mencubanya......maceh pada Love yang sudi berkongsi satu lagi resepi yang best...memang seronok kalau datang selongkar dapur Love tu...banyak resepi2 yang best dan menarik kat situ...gambar2 pun cantik......memang tak jemu2 mata memandang....untuk udang tu, macam biasa la, Mas selalu lebihkan kuah sebab anak2 ni makan nasi nak berkuah....nampak tu...senyumm jerk bebudak tu mencedok udang ngan kuahnya sekali...sampai menjilat jari...he..he.... 

Hot & Spicy Mayonnaise Prawn Fry
Resepi : Love
Ingredients :
(A)
  • 1 kg large prawn ~ skinned & veined, leave the tail intact
  • 1 egg ~ beaten
  • 1 tbsp oyster sauce
  • 2 tbsp cornstarch
  • 1 tsp salt
(B)
  • 2 cm ginger ~ chopped
  • 5 lemongrass stalks ~ sliced lengthwise
  • 10 - 15 nos bird's eye chilli ~ chopped ( reduce or add as you wish )
  • 3 - 4 tbsp chilli sauce / Thai chilli sauce
  • 1 tsp sweet soy sauce
  • 1/2 cup water
  • salt
  • 1 1/2 tbsp mayonnaise
  • cooking oil
Method :
  1. In a bowl, mix together ingredients (A) and let to marinate for 15 minutes.
  2. Fry the marinated prawn in oil until golden. Drain on a separate plate.
  3. Reduce oil, stir fry ginger and lemongrass until fragrant. Add bird's eye chilli and mix.
  4. Add chilli sauce and sweet soy sauce, stir. Add water and salt, let the gravy boil. 
  5. Mix in the fried prawns. 
  6. Quickly add mayonnaise and mix thoroughly. Ready to serve. ;)


Monday, June 27, 2011

Puding Karamel Tanpa Telur



Assalamualaikum. 
Satu lagi resepi puding karamel yang best......dan tak menggunakan telur.....rasanya seakan2 agar2...sedapp bila digabungan dengan gula hangus tu....nyaman bila dimakan dikala cuaca panas......cuaca tak panass pun syok mamam puding yang dinginn ni.....ada sape2 yang nak join...gi ambik dalam esbox tu....resepi yang datangnya dari firasyira ni memang best....tengok respon ramaiii bebenar yang dah mencuba kat myresepi......tu yang teringin gak mencubanya.....sedappppp...

Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan A :
Karamel 
150 g gula 
100 ml air panas

Bahan B : 
1 bungkus agar - agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula

Bahan C :
1 tin susu cair - lebih kurang 400g
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla
Campur sebati semua Bahan C.




Cara membuatnya :
Hanguskan gula cam buat karamel untuk puding karamel yang lain gak...
biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
Dalam periuk, didihkan Bahan B, kecilkan api .
Kemudian masukkan Bahan C, kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. 
Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
Bekukan sebentar dan hidang 
lebih sedap dihidang sejuk-sejuk.

Mee Goreng Mamak bercajun



Assalamualaikum. Bersiaran dipagi Isnin yang mendung sejuk2 gini. Jom kene Mee Goreng Mamak bercajun ni. Sedapp tau bila diletak cajun dalam Mee Goreng Mamak ni. Terasa pedas2 berempah tu....makan lak ngan cili jeruk perhhh.....sedapppp tau....tengok semalam pun Kak Nor n3kan masakan berunsurkan cajun iaitu Cendawan Goreng Berempah Cajun, boleh tengok cajun kat situ yerk untuk yang tak kenal lagi cajun tu. 
Berbalik pada Mee Goreng Mamak bercajun ni, penambahan cajun dalam mee goreng mamak ni amat berbaloi...sedapppp.....jadi sesiapa yang ada cajun tu..boleh pelbagaikan penggunaan cajun dalam masakan.....tak salahkan mencuba dan bila hasilnya memuaskan hati....kan dah bertambah koleksi resepi tu....betul tak.....

Mee Goreng Mamak bercajun
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • mee kuning - agak2 untuk sorang
  • udang - ikut nak banyak mana
  • isi ayam - cuci bersih dan potong2
  • 1/2 cawan taugeh 
  • 2 pokok kucai - potong kecil 
  • 3 sudu cili mesin -  nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu kecil rempah kari ayam
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/2  sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu kecil cajun
  •  sedikit  minyak masak - untuk menumis
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 biji telur
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, cili kering yang dikisar ikut pedas dan serbuk kari dan biarkan garing dan wangi.
  2. Masukkan udang, isi ayam dan kacau rata.
  3. Masukkan kicap, sos cili, sos tiram, sos ikan, kacau sebati dan masukkan mee. Kacau rata. Boleh tambah stok ayam @ air jika mee kelihatan kering. Air @ stok tu agak2 yerk. 
  4. Masukkan taugeh, sawi dan cajun, kacau lagi.
  5. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  6. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  7. Masak hingga mee agak kering dan boleh diangkat.



Sunday, June 26, 2011

Homemade Chicken Nugget



Assalamualaikum. Ari ni layan dulu yerk Homemade Chicken Nugget ni. Baru jerk dihabiskan tadi...sebenarnya dah banyak hari dah buat untuk sarapan anak2...ari ni baru sempat nak n3kan. Memang best Homemade Chicken Nugget ni, first time gak Mas buat sendiri. Selalunya beli jerk yang segera tu. Maceh pada Ros Jintanmanis yang telah berkongsi resepi Homemade Chicken Nugget ni, cuma nugget Mas ni tak cantik sangat kuningnya sebab Mas guna serbuk roti warna putih...hentamm jerk la kan..lain kali boleh guna serbuk roti kuning tu.....tak mo bebel lagi...byeee semua....tuan tanah nak gi pasar tani ngan tesco jappp.....

Homemade Chicken Nugget
Resepi : Ros Jintanmanis
Bahan ( klu buat separuh adunan pun boleh) :
  • 400 gram daging ayam kisar  ( ros guna jenama ramli)
  • 250 gram taufu lembut
  • 1/2 biji telur
  • sedikit garam
  • 200 gram serbuk roti warna putih ( ros guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
  • lada sulah
  • 2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)
  • *Untuk Coating*
  • 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
  • 180 gram serbukroti warna oren
Cara membuatnya :
  1. Taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.
  2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.
  3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.
  4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.




Saturday, June 25, 2011

Donut Cakcibur




Assalamualaikum. Bersiaran lagi dihari sabtu dengan Donut Cakcibur. Donut yang lembut gebu dan ringan....sedapppp...Masa nampak kat dapur Mamafami, terus terpikat. Nama donut ni pun unit jerk....tu yang tertarik nak mencubanya. Satu kelainan juga sebab donut ni menggunakan minyak masak.......dan hasilnya tetap memuaskan hati. Sedappp....

Donut Cakcibur
Resepi : Mamafami
Ingredients :
  • 1 medium sized potato ~ cleaned
  • 1 cup lukewarm water
  • 5 g instant yeast
  • 1/3 cup cooking oil (I used corn oil)
  • 1/3 cup lukewarm water
  • 1/4 tin condensed milk
  • 1 tablespoon sugar
  • 1 teaspoon salt
  • 500g flour
  • Oil for frying
Method :
  1. Boil potato till soft. Place the boiled potato with 1 cup of lukewarm water in a food processor. Puree.
  2. Mix together instant yeast, sugar, 1/3 cup lukewarm water, cooking oil, condensed milk, salt and potato puree.
  3. Add flour a bit at a time and rub using your fingers.
  4. Add in the remaining flour, a little at a time till a soft dough is formed. (Note : The softer the dough, the softer the donut produced)
  5. Take a bit of dough and make into small balls. Arrange on a tray sprinkled with a bit of flour. Leave to proof till double the size.
  6. Heat oil in a pan. Make a hole in the middle of the dough and fry till golden brown.
  7. Coat with castor sugar and ready to serve.



Friday, June 24, 2011

Turkish Pide yang sedapppp



Penangan cajunn lagi...mehh layan Turkish Pide yang sangat sedappp ni. Sebenarnya Mas buat dah 3 hari dah...lupa lak nak n3kan...kikikikiki...bukannya apa..ada jerk yang nak potong Q....jadi hari baru Turkish Pide muncul kat sini lak. Untuk yang dah merasa turkish pide ni..mesti dah tahu kan kesedapan turkish pide ni....sedapp sangat...Mas pun ari tu sedar tak sedar dah ngap 2 biji...kikikikiki...maceh pada Kak NorKak AyuIka dan Zaliedana yang berjaya menggoda Mas untuk menerainya...

Turkish Pide
Resepi : From http://resipidiana.blogspot.com
Sumber : Kak NorKak AyuIka dan Zaliedana 
Bahan Doh pide :
  • 480 g tepung roti
  • 375 ml air suam ~ k.nor guna 300ml jer (just nice)
  • 60 ml minyak zaitun
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu teh garam,
  • secubit gula kastor ~ k.nor letak 2 sudu besar gula castor

Bahan Inti pide :
  • 250 g daging cincang
  • 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
  • 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 biji bawang dpong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk cayenne
  • 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3 biji telur
  • daun sup secukupnya, dipotong halus
  • garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
Bahan sapuan pide :
  • 50ml susu segar
  • 1 biji telur

Cara membuat pide :
  1. Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
  2. Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
  3. Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
  4. Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
  5. (*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).
Cara Inti Pide :
  1. Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  2. Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
  3. Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.
Cara membuat pide :
  1. Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
  2. Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
  3. Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
  4. Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
  5. Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
  6. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
  7. Pide pun siap untuk dihidangkan. Enak dimakan panas.


Mayonnaise Saucy Chicken



Assalamualaikum. Menu ayam datanggg lagiiii.....kali ni menerai resepi dari Love2cook lak....tak tergambar @ terkata bila makan Mayonnaise Saucy Chicken ni. Sangattt sedapppp....love...i love u...sangat sedapp la Mayonnaise Saucy Chicken ni. Akan ada siaran ulangan nanti....rasanya kalau dimakan ngan nasi tomato @ nasi minyak pun sedapppp.....betul kan Kak Nor. Untuk ayam ni, Mas derhaka sikit dengan menambah bawang besar dihiris nipis dan ikut macam Kak Nor dengan menambah cili padi yang dihiris2, sedikit air dan sedikit bancuhan tepung jagung....jangan marah yerk love...Mas suka pedas2...he..he..untuk yang belum mencubanya...Mas syorkan untuk mencuba Mayonnaise Saucy Chicken.....terbaiikkkkk....

Mayonnaise Saucy Chicken
Resepi : Love2cook 
Sumber : Kak Nor
Ingredients :
  • 1 whole chicken ~ cut free form
  • 2 eggs
  • 1 tsp coarse blackpepper
  • salt
  • 2 tbsp plain flour
  • 1 tbsp cornflour
For the sauce:
  • 3 tbsp chilli sauce
  • 2 tbsp sweet & sour sauce ( may sub with tomato ketchup )
  • 1 tbsp sweet soy sauce (optional)
  • 4 tbsp mayonnaise
  • cooking oil to fry
  • 1 tbsp olive oil for sauce
Method :
  1. Clean chicken, pat dry with paper towel.
  2. Beat eggs in a bowl. Mix in blackpepper, salt, flour and cornstarch.
  3. Add chicken pieces in and rub thoroughly with the egg mixture. Marinate for 30 minutes.
  4. Deep fry the chicken pieces until cooked. Drain on a paper towel.
  5. Now make the sauce. Heat olive oil in a saucepan. Add all sauces except for mayonnaise. Stir and add in the fried chicken pieces, mix. Turn off the heat.
  6. Add mayonnaise to the chicken, mix and coat well. Dish out immediately and ready to be served.
Yang Mas tambah:
5 bj cili padi dihiris serong
1 biji bawang besar dihiris nipis
sedikit air utk menghasilkan masakan yg sedikit berkuah
tepung tu K.Nor letak 3 sudu kecil (rumbu) tpg jagung jer.