Search This Blog

Saturday, June 4, 2011

Sambal Bilis Bertelur



Assalamualaikum. Kali ni bersiaran dari kampung lak...Alhamdudillah..Mas sekeluarga selamat sampai petang semalam...mungkin hari Isnin baru Mas sekeluarga balik ke Subang balik. 
Sambal Bilis Bertelur ni Mas buat pagi tadi, untuk dimakan dengan nasi lemak...biasa la kat kampung kan selalu ada kenduri kahwin masa cuti sekolah gini, jadi ada la telur kenduri....tengok dah berlonggok telur tu...sedapp gak dibuat sambal untuk dimakan ngan nasi lemak. Lagi pun dah terliur tengok Kak Nor , Che Mat Gebu dan Kak Dayang menayang Sambal Telur ari tu. Cuma Mas campurkan telur rebus ngan ikan bilis...sedapp tau dimakan ngan nasi lemak.

Sambal Bilis Bertelur
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 4 biji telur rebus - digoreng
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • cili kering ikut pedas - dipotong dan direbus sekejapp - dikisar
  • sedikit ikan bilis - dikisar
  • 1@ 2 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • segengam ikan bilis - dibasuh sedikit dan digoreng garing

Cara memasak :
  1. Tumis bawang besar yang dipotong nipis hingga wangi dan kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan masak garing sedikit.
  2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan kiub ikan bilis dan asam keping. Kacau sebati dan masak hingga pecah minyak.
  3. Setelah masak,(boleh juga masukkan sedikit air panas jika ingin berkuah) masukkan telur dan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaulkan rata-rata dan rasa dan jika ok boleh matikan api. 



19 comments:

  1. pengsan tengok lauk ko neh..air dah ada dah ke mas? hehe

    ReplyDelete
  2. makan ngan nasi putih..letak kicap sikit...perghh... =)

    ReplyDelete
  3. Salam Mas,
    Sedap sungguh tengok sambal telur tu.....

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum,,wah menarik juga resep-resepnya,setelah membaca blog anda saya jadi tertarik untuk mengikutinya,mohon ma'af karna saya telah lancang mengikuti blog anda,tampa mohon izin terlebih dahulu,untuk itu izinkan saya jadi pengikut blog anda,kalo boleh,sebelumnya saya haturkan banyak terimakasih,wassalam,

    ReplyDelete
  5. Mas, balik kg ke? blk kg kulim ke mana? patutla sepi jer....rindu lak akak tak nampak mas bersiaran semlm...sedap msk mcm ni akak pun suka....:)

    ReplyDelete
  6. sambal ikan bilis bertelur.. ermmm tu telur ikan bilis ke mas? hahaha

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum mas..
    wah wah waahhh! sedapnya akak tgk sambal tu.... makan ngan nasi putih atau nasi lemak nie... memang best giler nie.. suka2!

    ReplyDelete
  8. izahdaut ,

    ooppssss...siram air kat izahhh..
    pengsan lak kat sini...kikikiki

    makcik..air tak de khamis ngan jumaat...
    kira pagi jumaat tu aku balik...stok air tinggal sikit jerk..kikikiki
    aku kat pahang ni....
    balik kampung jappp...

    ReplyDelete
  9. ~Norul Mas Hana ~,

    perhhh...pengsan kejapppp...kikikiki
    sedappkan sekali sekala makan gini...

    ReplyDelete
  10. kak Wattie,

    hmm.....memang best kak....
    sedappppp....

    ReplyDelete
  11. dedetea,

    waalaikum salam...
    terima kasih sudi bertandang kat sini....
    dan menjadi follow Duniaku...
    salam kenal dari mas....

    ReplyDelete
  12. kak AZLITA ,

    hmm..mas pun gara2 terliur la ni kak...kikiki

    ReplyDelete
  13. kak Nieza,

    akak..mas balik kampung pahang..
    kejapp jerk kak...
    bestkan kak masak gini...
    sedappp....

    ReplyDelete
  14. K.Nor ,

    muahahaha...besonya telur bilis tu kan kak nor....kikikiki
    ni gara2 tergoda tengok sambal telur kak nor la ni....

    ReplyDelete
  15. kak Diana @ Melley Mey,

    akak..mas makan ngan nasi lemak...
    sedappppp.....

    ReplyDelete
  16. salam mas..lamanya eina x melanguk kat dapur mas ni...masuk2 je tuan umah hidang ngan nasi lemak n sambal telur bilis..emm sedappnye...eina penah buat sambal telur cam gitu je..x penah campur ngan ikan bilis..lain x nak wat gak lah...

    ReplyDelete
  17. selamat hari ahad mas...
    sure ok sibuk dgn family, atau hadirkan diri ke majlis kawin..


    hari jumaat ayu buat sambal telur gak. tapi tanpa ikan bilis....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.