Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, June 23, 2011

Sosej Roll



Assalamualaikum. Layan Sosej Roll lak untuk minum petang dan bekal Ain ngan Daniel. Bebudak berdua tu suka sangat kalau Mas buat roti sosej gini. Memang berhajat nak buat masa nampak Kak Anim tayang ari tu...cuma asyik bertangguh jerk...alhamdudillah..ari ni dah buat....lembut gebu jerk sosej roll ni tau..sedapppppp....dapat juga gunakan 1/2 adunan lagi untuk dibuat roti sosej ala2 pizza ....jadi dah ada 2 jenis roti untuk petang ni...Alhamdudillah...kata Kak Anim resepi diambik dari Che Mat Gebu. Maceh pada CMG dan Kak Anim....ada sape yang nak roti 2 ni...sila angkat tangan....he..he..kasi Mas nampak tau....

Sosej Roll
Resepi : Che Mat Gebu
Sumber : Kak Anim
Bahan :
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 14 batang sosej "Ayamas"
  • Bijan untuk hiasan

Cara Membuatnya :
  1. Untuk Doh : Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  2. KAEDAH LAIN : Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2)
  3. Untuk Sosej Roll : Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, tarik sikit dan lilit pada sosej, tapi pastikan hujung dan pangkal sosei tidak tertutup. Lilit dengan kaedah menindih dan hujung doh diselitkan bawah lilitan, tujuan untuk mengelakkan dok terbuka bila kembang nanti. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  4. Biar 45 minit, sapu baki telur dan tabur dengan bijan. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..


34 comments:

  1. dah angkat 2 tangan, 2 kaki.. so dpt 4 ketul la ek.. hehhe

    ReplyDelete
  2. Kak Mas,nakkkkk..Nak yg ala2 piza tuh,blk umah sy tabur Cajun sendrik,hehe..

    ReplyDelete
  3. mak aiiii...cepatnyer Mas dah kuar menu lagi ni..ghajin betul..hehehe..

    ReplyDelete
  4. tiap kali tengok mas buat roti geram jer nak ngap. BM dah lama rosak, kalau nak menguli sendiri tu idak ler akak rajin ...

    ReplyDelete
  5. Kak Mas.. ermapun suker.. lelagi roti yang kak Mas wat... tgk tu.. lembut n gebus kebas he he he nak 3 ketui tau he he he

    ReplyDelete
  6. kak nor,

    bijakkk betoi akak sorang ni...
    gi ambik atas meja...4 ketoi jerk tau...
    jangan cilok lebih,...kikiki

    ReplyDelete
  7. chikadakbiru,

    cukup satu ck...
    ni yang mas suka ni....

    ReplyDelete
  8. Zaliedana,

    alamak...bocor rahsia...
    memang kak mas dah letak cajun atasnya...
    sedapppp...

    ReplyDelete
  9. Rabiatun Adawyah,

    akak..bekal anak2 kak...he..he..
    maknya pun tumpang makan sekali....

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. ain (sweet thots),

    haa..kene beli bibik baru la tu kak...
    bodek2 la abang tu...he..he...
    klu uli tangan pun tak pe gak kak...
    senaman tangan....
    betul tak..kikikiki

    ReplyDelete
  12. HALAMANKU ,

    meh makan sini...
    ambik atas meja tu....he..he..

    ReplyDelete
  13. Salam Mas,
    Akak tabik spring la kat Mas, hari hari ada aja resepi yg keluar, pos mai Penang sosej roll tu sikit

    ReplyDelete
  14. Mas...akak nak juga satu...ni kalau anak2 akak dia kuar kan sosej mkn sosej jer...

    ReplyDelete
  15. Wattie,

    he..he..kak watie ni..malu lak...
    rutin biasa jerk kak..masak untuk keluarga sambil mencuba resepi baru...

    ReplyDelete
  16. Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi,

    nanti kak mas kasi tau...he..he..

    ReplyDelete
  17. Ezadlieza,

    he..he..macam anak2 mas dulu kak..
    sekarang jerk dah betul2 pandai makan...

    ReplyDelete
  18. Mas nak juga walaupun ramai kat aras tu dah angkat rangan dan kaki...:) anak2 ita pun suka roti mcm ni

    ReplyDelete
  19. Juwita Jamaludin,

    he..he...meh join makan kat sini..
    ada tu lagi sikit...
    bebudak memang suka kan roti sosej gini....

    ReplyDelete
  20. Huhuhu home made sausage rolls! Love it dear...:D

    ReplyDelete
  21. uishhh gebusnya roti mas ni...montokx2 lak tu...sukax3..hehe akak juga yg malas nk meroti ni...

    ReplyDelete
  22. ♥LOVE2COOK♥,

    love...meh makan ngan mas...tinggal 2 ketoi jerk tu..he..he..

    ReplyDelete
  23. kak Nieza,

    akak...ala..mas tahu akak rajin..
    nanti buat yerk....

    ReplyDelete
  24. kak mas... lenguh dh seharian angkat tangan niii.. x sampai2 lagi roti sosej nii.. hihi..

    ReplyDelete
  25. mas.. aku tak sarap lagi ni. bagi 2 ketui pizza leh aku kongsi ngan budak dua org neh.. hehehe

    ReplyDelete
  26. cantik gebunya roll mas ni..anak n suami akak cukup suka sosej roll..nak seketul mas :)

    ReplyDelete
  27. tun_telani,

    tun..tu kat mulut tu...
    tengah menguyahh kan..kikikikiki

    ReplyDelete
  28. izahdaut ,

    makcik..kau datang lambat la..
    udah pinis....
    gi godek buat sendiri..kikiki

    ReplyDelete
  29. Mieza,

    akak..family mas memang suka kak roti sosej gini....

    ReplyDelete
  30. comelnya roti sosej nie mas.... rajin mas buat..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...