Search This Blog

Monday, February 28, 2011

Kek Coklat Fudge Yogurt



Try Kek Coklat Fudge Yogurt Ros lak. Mas buat 1/2 adunan jer. Sesuai untuk 3 mulut kat rumah ni. Lagi pun Ain ngan Daniel suka kek coklat. Memang sedap dan pada Mas kek coklat ni tak terlalu manis, sedang2 jer manisnya. Maceh untuk Ros yang memperkenalkan resepi kek coklat yang sedapp ni.

Kek Coklat Fudge Yogurt
Resepi Asal : Ros Jintanmanis
Bahan :
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan air suam 
  • 1/2 bar ( 150gram) coklat masakan
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 3 biji telur 
  • 1/2 cawan natural yogurt - plain yogurt
  • beberapa titik esen vanila


Untuk Topping dan Hiasan
  • 1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk.

Cara membuatnya :
  1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, kemudian dengan menggunakan double boiler, cairkan coklat masakan dan mentega, angkat dan sejukkan sebentar.
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
  3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila serta coklat masakan dan mentega yang telah dicairkan tadi, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
  4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 18cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan bakar pada suhu 180darjah selama 1 jam, sejukkan atas redai, untuk hiasan, toppingkan dengan cooking coklat  dan hias ikut kreativiti anda, selamat Mencuba.

Sunday, February 27, 2011

Ayam Serai Pedas



Lauk dinner Ain ngan Daniel, Mas buatkan Ayam Serai Pedas hasil selongkar Myresepi. Nampak ramai gak yang dah mencuba resepi Ayam Serai Pedas irose ni. Simple dan sedap tau resepi ayam ni. Alhamdudillah, anak2 suka. Cuma Mas derhakakan sikit dengan menggorengkan dulu kepingan dada ayam tu. Jadi kalau tak tahu nak masak apa dengan dada ayam, cuba try resepi ni, sedapp tau. Kejap lagi Mas nak gi pasar tani, bw akan berjalan selepas itu...bye..bye...Selamat berhujung minggu semua...

Ayam Serai Pedas
Resepi asal : irose@myresepi.com
Bahan :
  • 3 keping dada ayam - ambil isi sahaja
  • 1 batang serai - dititik
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji cili besar - ditumbuk@dikisar
  • 6 biji cili padi - ditumbuk@dikisar
  • 1 camca sos ikan @sos nampla
  • 1 camca sos tiram
  • Secubit gula 
  • Sedikit ajinomoto Mas letak kiub ayam
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk@dikisar
  • 1 ulas bawang merah - ditumbuk@dikisar
Cara membuatnya :
  1. Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
  3. Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.

Saturday, February 26, 2011

Nasi Lemak Hujan Panas Ayam Goreng



Menu sarapan merangkap lunch. Try buat Nasi Lemak Hujan Panas lak sebab ari tu nampak Kak Ayu buat. Jadi berseri2 lak nasi lemak bila diletak pewarna pada nasi tu. Abang ngan bebudak pun jadi tercengang tengok nasi lemak ni sebab Mas cakap nasi lemak, nape macam nasi minyak..wakakaka...macam2 kan. Nasi Lemak Hujan Panas ni dimakan ngan sambal ikan bilis, telur dadar dan ayam goreng. Ari tu nampak Anna pun dah buat Nasi Lemak Hujan Panas ni.

Nasi Lemak Hujan Panas
Resepi asal : rinsca@myresepi.com
Copy : Kak Ayu
Bahan ( 4 orang ) :
  • * 2 mug beras - dicuci bersih
  • * 1/2 mug santan pekat
  • * 2 mug air - ikut jenis beras
  • * 1 biji bawang putih - di mayang halus
  • * 1/2 inchi halia - di ketuk / dihiris halus
  • * 1/2 sudu kecil halba
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan
  • * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Cara :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
  3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
  4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
  5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
  6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.

Ayam Goreng
Sumber : Masduniaku
Bahan :
  • 1/2 ekor ayam
  • 3 sudu besar sos tiram Maggi
  • 1 sudu besar serbuk lada putih aji-shio
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar perencah nasi goreng paprik Maggi
  • 6 sudu besar tepung gandum 
Cara membuat :
  1. Bersihkan ayam dan tapis biar kering sikit.
  2. Gaul sebati ayam dengan semua bahan2 diatas, tak payah letak garam sebab sos tiram, serbuk lada putih dan perencah nasi goreng paprik dah ada garam dalamnya.
  3. Perap seketika jika suka, kemudian masukkan 6 sudu besar tepung gandum dan gaul lagi.
  4. Goreng ayam hingga garing dan toskan.

Friday, February 25, 2011

Banana Yeast Bread


      

Masa gi kedai semalam, nampak pisang segar, terus Mas ambik sesikat. Jadi teringat lak kat Banana Yeast Bread yang  Izah buat bila nampak pisang tu. Ni la Banana Yeast Bread yang Mas buat petang semalam. Ada 3 ketoi lagi tu, masih lembut walaupun dah semalamam. Resepi ni memang tak menggunakan bahan pelembut atau water roux, roti tetap gebu dan lembut. Mas tambah 1/2 biji telur macam Izah. Pada Mas adunan ni agak lembik sikit masa menguli, jadi elok menggunakan Bread Maker. Roti ni juga sesuai dimakan untuk yang berdiet sebab mengadungi pisang dan roti pisang ni sedang2 jer rasanya, tak terlalu manis. Betul kan Izah...he..he..

Banana Yeast Bread
Resepi : jkitchenlog
Copy : Izahdaut
Bahan :
  • 200 gr bread flour
  • 1 tsp instant dry yeast
  • 20 gr caster sugar
  • 150-160 gr banana puree (from 2 medium bananas)
  • 40 ml milk
  • 20 gr unsalted butter
  • 1/4 tsp salt
  • Mas dan Izah tambah setengah biji telur
Cara membuatnya :
  1. Combine bread flour, yeast, and caster sugar in a bowl. Make a hole in the center. Add banana puree and milk. Mix well.
  2. Add butter and salt. Mix until dough is smooth and glossy - it will be very sticky. Cover and rest for 1 hour.
  3. Punch dough down and set aside for 10 minutes. Grease and flour a baking pan.
  4. Spoon dough into the prepared pan and use a spatula to smooth the surface. Cover or spray with water (to prevent skinning) and let rise for 1 hour.
  5. Preheat oven to 180C. Bake for 20-25 minutes. Cover with foil to prevent excessive browning.
  6. Nota : Doh roti ni agak lembik sikit, jadi Mas dan Izah tambah 2 sudu besar tepung lagi.

Thursday, February 24, 2011

Ayam Bistik



Ayam Bistik untuk lunch Ain ngan Daniel. Mas merasa gitu2 jer sebab Mas bakar ikan ngan buat air asam untuk lunch Mas nanti. Bebudak ni yang suka sangat ngan ayam. Jadi Mas masak Ayam Bistik lak ari ni hasil selongkar dapur Kak Dayang. Sangat sedap dan macam yang Kak Dayang cakapkan, makan ngan nasi beriani atau nasi minyak pun sedapp. Lain kali boleh buat, kali  ni makan ngan nasi putih dulu. 

Ayam Bistik
Bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana - dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak
  • 2 batang serai - dititik
  • 50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili - dibancuh dgn air
  • 100 g puri tomato - Mas guna sos tomato
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2-3 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan sos cil
  • garam
  • kacang peas - jika suka
Bahan kisar :
  • 7 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis rempah 4 sekawan, serai dan bahan-bahan mesin hingga terbit bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
  3. Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati hingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
  4. Hidangkan.

Murtabak Pratha





Assalamualaikum.
Hasil skodeng kat Myresepi semalam, terjumpa resepi Murtabak Prata, jadi Mas pun buat petang semalam. Kebetulan memang ada roti prata yang dah berkurun dalam esbox tu. Baik dijadikan murtabak. 
Sedap rupanya guna roti prata untuk kulit murtabak ni. Boleh buat lagi lain kali.
Alhamdulillah, kaki yang terseliuh pun dah beransur pulih. Tima kasih pada semua yang bagi nasihat dan mendoakan kesembuhan kaki Mas. Lapp u all..

Murtabak Pratha
Bahan :
2 keping Roti Paratha
Daging @ isi ayam - potong kecil-kecil @ cincang
2 biji Ubi Kentang - potong dadu
3 @ 4 sudu makan Rempah kari
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar  - potong dadu
Garam,Gula
Air
2 biji telur - 1 biji untuk 1 biji roti paratha

Cara membuatnya :
Masukkan daging ke dalam kuali, keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
Masukkan air, rempah dan kentang.
Masak hingga daging dan kentang empuk.
Masukkan bawang besar,garam dan gula. Masak sehingga kering.
Nipiskan roti paratha ( saya guna penggelek - sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat ).
Perlahan - lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..
 Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu. Pastikan api perlahan
Letakkan 3 - 4 sudu makan inti dengan 1 biji telur ( pukul sikit telur tu ) - sebiji telur untuk sebiji roti...
Letakkan inti di atas roti kemudian lipat. Letak sedikit minyak. Masak dengan api yang perlahan.

Saya lebihkan garam dan gula dalam inti sebab murtabak ni makan macam tu je...kalau nak makan dengan pencicahnya tak perlula nak lebihkan garam dan gula...lagi satu kalau tak lebihkan garam dan gula, lepas letak telur rasa tu akan berkurangan.




Kuah Bawang Merah 
Resepi : Ros Jintan Manis

Bahan :
1/2 biji bawang besar ( saiz kecil)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos cili maggi
beberapa titik pewarna merah ( sirap)
sedikit gula dan garam


Cara :
 Hiris nipis bawang besar. 
Kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam. 
Simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.


Wednesday, February 23, 2011

Marmer @ Marble Chiffon Cake


 
        
Akhirnya sampai gak Marmer @ Marble Chiffon Cake keDuniaku. Mas buat semalam kek chiffon ni. Sangat lembut dan gebu. Rasanya pun elok2 jer pada Mas, tak terlalu manis. Kiranya sedapppp la kek chiffon ni. Abang ngan bebudak pun suka, banyak gak dia orang makan. Mas buat setengah adunan dan guna 3 biji telur gred A, Alhamdudillah, menjadi gak kek chiffon ni. Resepi diambik dari Izah dan Kak Hana dan resepi asal dari Kak Rima.

Marmer @ Marble Chiffon Cake
Resepi asal : Kak Rima
Copy : Izah dan Kak Hana
Bahan :
Bahan A :
  • 7 biji telur putih
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 100g gula

Bahan B :
  • 7 biji kuning telur
  • 100g gula
  • 175g tepung gandum
  • 1/2 tsp baking powder
  • 75ml minyak masak
  • 150ml susu segar
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsb coklat emulco
Cara :
  1. Panaskan oven suhu 170.
  2. Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati. Ketepikan.
  3. Mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh)
  4. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
  6. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
  7. Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
  8. Potong dan hidangkan.

Tuesday, February 22, 2011

Bakso



Lunch ari ni, Mas sekeluarga makan Bakso lak. Sebenarnya Mas selalu gak buat bakso sebab selalu mendapat permintaan kat rumah ni. Sebelum ni pernah di n3 kan DISINI. Resepi Mas dapat dari Kak Hana dan tuan resepinya dari Kak Iza@myresepi. Tengok kat myresepi pun ramai yang dah mencubanya. Maceh untuk akak berdua atas resepi Bakso yang sedapp ni.

Bakso
Resepi asal : Kak Iza@myresepi
Sumber : Kak Hana
Bahan :
  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh- hana x ltk
  • Kobis dihiris halus
  • *Untuk Bebola
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi @ tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *Untuk Kuah
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging @ pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara :
  1. Untuk Kuah : Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. Untuk Bebola : Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa.

Homemade Vanilla Ice Cream



Sebenarnya Homemade Vanilla Ice Cream ni Mas buat ari 3 hari lepas. Hampir2 terlupa nak n3 kan. Ni hasil tergoda tengok Homemade Vanilla Ice Cream dengan Mangga yang Izahdaut buat minggu lepas. Aiskrim ni sangat2 sedapp tau. Rasa macam aiskrim MD lak. Bukan saja Ain ngan Daniel suka, Mas ngan hubby pun sangat suka tau. Hubby dah pesan lain kali buat perisa coklat lak. Untuk kali ni Mas tabur choc chip jer sebab tak de mangga kat rumah. Lain kali boleh try letak mangga lak. 

Homemade Vanilla Ice Cream
Resepi asal : Kak Wana
Sumber :  Izahdaut dan Mimiey
Bahan :
  • 2 1/2 cawan serbuk coffemate
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu kecil essen vanilla
  • 3 sudu besar gula
Cara membuatnya :
  1. Satukan semua bahan kemudian pukul dengan mixer hingga kembang, berbuih dan ringan.
  2. Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam petisejuk.
  3. Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer sekali lagi hingga lembut.
  4. Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
  5. Bila telah beku boleh lah di hidangkan.

Monday, February 21, 2011

Apam Labu

    .


Assalamualaikum.
Projek petang semalam, lepas beli labu, petang tu terus buat apam labu yang tengah panas ni sebab ramai yang mencubanya. Memang sangat sedappp, lembut dan gebu jer. Satu adunan boleh dapat 24 biji acuan lompang. Dapat juga jiran Mas merasa sikit sebab pada Mas agak banyak satu adunan. Bebudak ni kalau apam kurang gemar sikit. Mas yang suka sangat dengan apam. Resepi Mas copy dari Izah. Semalam Mas nampak Kak Ummi pun dah buat dan  sebelum tu Kak Anim dengan menggunakan enjin turbonya pun dah menerai apam labu ni.




Apam Keledek versi Apam Labu
Sumber :  Izahdaut

Bahan A :
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B :
230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
1 biji telor
150 ml santan pekat

Bahan C : ( ayak bersama )
200 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)




Cara Membuat :
Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.


  • Sunday, February 20, 2011

    Donut Mayo



    Meh sama2 sarapan Donut Mayo pagi2 ni sebelum tuan rumah kluar gi jejalan ke pasar tani kejap lagi. Hubby keje malam ari ni, jadi boleh la kepasar tani. Donat ni Mas buat petang semalam, setengah difrozenkan untuk sarapan pagi ni. Lembut dan gebu jer donat Ros ni. Nampak Kak Anna pun dah mencubanya. Mas kalau mendonat ni, toppingnya selain gula, mesti letak coklat untuk bebudak. Tak mo cakap banyak....Mas nak keluar dah ni...bw akan berjalan kemudian yer...bye..bye... 

    Donat Mayo
    Resepi asal : Ros Jintanmanis
    Bahan :
    • 330 gram tepung gandum
    • 1 1\ 2 sudu besar mayonis  - Ros guna mayonis jenama kimball
    • 1 sudu besar susu tepung@skim milk
    • 1 biji telur -  dipukul sedikit mengunakan garpu
    • 140ml air suam
    • 1 1\ 2 sudu besar marjerin
    • 3 sudu besar gula 
    • 4 gram yis @ 1 1/2  sudu kecil
    • sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.
    Cara membuatnya :
    1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
    2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
    3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
    4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

    Saturday, February 19, 2011

    Tauhu Sos Cuka



    Meh layan menu Tauhu Sos Cuka ari ni...sambil masak sambil ngap tauhu ni...habis gak 2 ketoi...he..he....bebudak memang tak layan tauhu ni....jadi Mas makan jer sorang2. Ari tu nampak Kak Hana  dah buat dan resepi asal dari Dapur Tanpa Sempadan.

    Tauhu Sos Cuka
    Resepi Asal :  Dapur Tanpa Sempadan.
    Sumber : Kak Hana
    Bahan-bahan
    • 4 keping tauhu keras, potong 4 setiap satu
    • Sedikit garam dan lada hitam
    • 4 biji cili merah*
    • 2 ulas bawang putih*
    • 2 -3 camca besar gula (ikut manis)*
    • Secubit garam*(*ditumbuk halus)
    • 4 camca besar cuka makan (mat guna jenama Jalen)

    Cara :
    1. Tauhu dilumur dengan sedikit garam dan lada hitam serbuk. Perap kejap. Goreng terendam dalam minyak panas hingga kuning keemasan dan berkulit. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel. Ketepikan.
    2. Bahan tumbuk halus disatukan bersama cuka makan, kacau rata dan sesuaikan rasa. Mesti ada rasa masam, manis pedas dan sedikit masin. Jika pekat tambah sedikit air. Hidangkan bersama tauhu tadi.