Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Tuesday, November 16, 2010

Tepung Pelita




Petang semalam try buat tepung pelita sekali....Mas ambik resepi dari Kak Yani@myresepi.com. Memang sedap. Tepung pelita ni sedang2 elok jer..tak keras dan tak lembik. Lain kali boleh wat lagi...maceh kak yani...dan cara membuatnya pun senang, cuma masak dalam periuk jer....
Untuk umat Islam yang menyambut Hari Raya Haji hari ni Mas ucapkan Selamat Hari Raya Haji.  Mas pun nak kluar ni nak cari barang sikit...byee..byee..

Tepung Pelita
Bahan :
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dengan sedikit air
  • sedikit kapur 
  • sedikit garam
  • sedikit warna hijau

Cara membuatnya :
  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. Mas tambah sedikit warna hijau sebab daun pandan sedikit.
  2. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yang diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan




16 comments:

  1. Salam K.Mas... Salam Aidil Adha...he he he he nak tepung pelita tu.. nyum2... akak tang ijo tu kalau erma + sengkuang he he he rangup2 gitu...mkn sejuk2 sedapnyer...

    ReplyDelete
  2. Kuih kegemaran saya ni kak mas! =). Wah, nanti saya nak cuba resepi nih. Selamat hari raya aidiladha buat kak mas sekeluarga =).

    ReplyDelete
  3. makcikk...2 mangkuk makcikkkk.. lembut2 gitu ye..nak jugaakkk

    ReplyDelete
  4. erma
    selamat hari raya hahi erma...
    klu letak sengkuang sedapp yer...baru k.mas tahu..he..he..

    Nurul
    my peberet too nurul...sedapp kan kuih ni...try buat nurul...baru puas makan

    Izah
    bolehh makcik...cukup 2 mangkuk tu....he..he..

    ReplyDelete
  5. kuih yg belum pernah akak buat sedap tu,nnti nak test ke budak2 tu lah nak makan tak hihih

    ReplyDelete
  6. ahkakkkk! nak segelas! lama tak buat tepung pelita! carik barang tu baik2 sikit tgk jalan bukan tgk org taw! hihihi...selamat hari raya aidiladha jugak buat akak sekeluarga!

    ReplyDelete
  7. chik min
    mas pun first time buat chik min..selalunya beli jer....
    try la buat...memang sedappp..

    Ika
    ika...nahh akak kasi 2 gelass...he..he..
    ya Allah ika, ramainya orang ...pening nk memilih barang...penat dah ni ..jap lgi nk masak lak...

    ReplyDelete
  8. masssssss... akak nak jugakkkk!! jgn tak bagi! nnti aku majuk! wakakakakakaa.. *ko bli apa tu mas? *jenguk2 lam troli mas..kekeke

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aidiladha buat Mas sekeluarga...
    Waaahhh dah sibuk2 beli brg...mesti nak masak sedap2 utk besok kan?...hehehz.
    Boleh sy tgk mcm2 resepi kat blog Mas besok.......;)

    ReplyDelete
  10. Hi Mas, hru doing??? Selamat Hari Raya Aidil Adha ya!!! :D

    WOW, tepung pelita...mintakkkkk! Love sukeeee ;)

    ReplyDelete
  11. Kak MAs,
    Selamat Hari Raya Idul Adha ya....

    ReplyDelete
  12. Salam Mas,
    Salam Aidiladha dari akak...lamanya tak bersiaran....rindulah...Mas ok ke...

    ReplyDelete
  13. salam
    ni pertama kali tgk tepung pelita diisi dlm cawan/gelas cam ni..biasanya dalam daun pisang

    ReplyDelete
  14. salam kak mas sayang miss u kak, nak nak tepung pelita, suke sgt, slalu buat, slmt hari raya jugak buat akak ya, maaf zahir batin

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...