Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, November 3, 2010

Pizza Gebu



Untuk penuhi permintaan Daniel yang dah macam orang tua kalau bercakap, dia kata dah lama rasanya tak makan pizza, esok boleh tak mak buatkan sarapan pizza untuk Daniel. Jadi pepagi maknya dah start keja menguli. Elok jer Daniel bangun, pizza dah siap untuk dimakan. Anak2 Mas ni sarapan memang awal. Hasil dari skondeng Ros Jintan Manis, terhasil la Pizza Gebu ni, memang sesuai ngan namanya, lembut dan gebu jer roti pizza ni. Pizza ni Mas buat ari sabtu lepas, ingatkan malas nak n3 kan sebab gambar pizza ni tak berapa cantik, tapi bila blog buat hal tak boleh masukkan gambar, layan jer la yer pizza ni.....boleh la cuci mata sikit...harap2 masalah ni cepat2 ok, sebab blog Izah pun pernah jadi dan kata Izah 3 minggu lebih baru ok...hu..hu...lama tu...Mas mengacau orang la jawabnya nanti....he..he..jaga2...
                                 
Pizza Gebu
Sumber :  Ros Jintan Manis
Bahan : Resepi asal dari CMG izinkan Ros dan Mas kongsikan di sini ya Cik Mat
  • 300 g tepung gandum
  • 6 g instat yeast ( Ros guna 4 gram yeast je) 
  • 20 g mentega
  • 10 g gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional) ( Ros dan Mas x letak) 
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air
  • Sedikit tepung untuk ditabur
Nota :
Ros tambah 2 sudu besar olive oil dan 2 sudu besar susu segar dalam adunan ni - Mas ikut Ros

 Cara Untuk Doh Pizza :
  1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. 
  2. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. 
Kaedah Lain : 
 - Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.


 Untuk Pizza Gebu : 
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. 
  2. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal ( macam dalam gambar no 1 ). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. 
  3. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
                          

7 comments:

  1. ooo..pizza mu sudah habis di makan baru nak tayang ya..tak kira gi buat lagi mas..akak nak dua dulang..ramai nak makan nih..hehe.

    psst2..akak pun malas nak masak2 sbb camera takde.org pinjam..nak snap gambo guna hp cam takde mood je..

    ReplyDelete
  2. mas..gambo yang ni mcmana uploadnya? lama dah tak buat ppiza

    ReplyDelete
  3. Kak Anymz
    ha..ha...dulang tu nk besar ke kecik kak...pilih2...

    Izah
    gambar ni mas upload ari sabtu ari tu, tak de masalah...he..he..buat cepat makcik...gerenti pizza tu gebu macam makcikk..

    ReplyDelete
  4. memang nampak gebu pun pizza tu...zarin pun dah lama tk buat pizza...malas tul nk menguli :D

    ReplyDelete
  5. penah try pizza mat nih mmg sedap! da abes er mas? huhuuuuu...

    *eh! tak ok lg mas mslh upload gamba aritu?

    ReplyDelete
  6. Zarin
    puhhh..puhhh..tiup angin rajin menguli kat zarin lak...he..he..

    Kak Hana
    tak ok lagi kak...hu..hu..
    pizza tu pun dah abiss...sedapp kan kak..

    ReplyDelete
  7. memang gebu.....

    kak mas...pandainya kak buat, sungguh menyelerakan..

    ayu tabiklah...ayu pengemar pizza tegar tau

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...