Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, November 28, 2010

Apam Kentang



Meh kita memeriahkan lagi musim apam , kali ni Mas buat Apam Kentang lak, memang sedap, lembut dan rasa lemak2 jer apam ni. Tak sedar dah abis 4 biji menguyah...he..he..Mas try simpan sikit untuk dikukus balik pagi ni...tetap sedap. Maceh untuk Izah dan Kak Yatie yang mempromot apam ni. Lain kali boleh buat lagi.

Apam Kentang
Sumber :  Izah dan Kak Yatie

Bahan :
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 200 ml air
  • 1 helai daun pandan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan kentang rebus
  • 3/4 cawan tpng gandum
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yeast
  • 1 sudu kecil baking powder
  • pewarna hijau @ pandan paste
  • 250 ml santan.

Cara :
  1. Kentang rebus di blend bersama dengan santan (biarkan sebentar)
  2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, baking powder dan garam.
  4. Satukan semuanya dalam blender dan kisar sebati.
  5.  Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
  6.  Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
  7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
  8.  Apam ini boleh di makan bersama dengan kelapa parut.

11 comments:

  1. salam mas..k.atie dtg nk tumpang bekpes apam kt sini...nampak sedap jer!

    ReplyDelete
  2. makcikkk.... woo apam kentang dia.... tak nak kasi tak pe...majukkk

    ReplyDelete
  3. hoho.. hari apam sedunia! :) mmg dah masuk list ni ..

    ReplyDelete
  4. Sedapnye apam tu Mas!!!

    Love dah selesaikan tag...in return, Mas pun kena tag ya! hahahah ;)

    Silakan...;)

    ReplyDelete
  5. Salam Mas,
    Wow arini ramai wat apam lah....apam kentang ni mmng lembut gilos kan...akak mmng suka bab apam2 ni...suka yg amat sngt...

    ReplyDelete
  6. nak wat jugak apam nihhh.... tunggu cabot kentang duliu! hihihihi

    ReplyDelete
  7. uihhh... apam gak kat sini.... ish... ish... ishhhh... nk 5 ketollll... ehhe

    ReplyDelete
  8. waaahhh beranak-anak lah apam ni dari satu blog ke satu blog eh k.mas ;)....nampak pon sodappp jer

    ReplyDelete
  9. nampak gebus gebas apam itew.....musti lg sedap sbb ade kentang kn...kiv resipi ni ye,nk wat xtaw la bile..hihi

    ReplyDelete
  10. tak pernah try lagi ni kak, apam kentang, hijau nye tu pun cun je...ni ros bawakkan akak mee sup ni, jom makan jom heheee

    ReplyDelete
  11. bilalah akak nak start mengapam ni... masalahnya takde sapa suka apam kat umah ni.. huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...