Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Saturday, July 10, 2010

Burger Malaysia



Assalamualaikum. Pagi ni nak makan kuih pedas2 sikit, burger malaysia ni special sikit tau sebab intinya daging burger dan sambal...sedap tau...ini gara2 ikan bilis dah abis ,tapi teringin sangat nak makan burger malaysia, jadi Mas letak inti burger...sedapnya...Untuk Burger Malaysia ni Mas guna resepi Donut Suria .

Burger Malaysia
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 camca besar gula halus
  •  camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam 
  • 200 ml air suam*
  • Sedikit lagi air (extra)
Cara membuatnya :
  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam.
  2. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air.
  3. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  4. Canai doh tadi dan buat bulat,tekan sikit, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap.
  5. Biarkan 30 minit hingga naik
  6. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. ...menghasilkan kurang lebih 17 biji burger malaysia...

** Saya biarkan doh dlm 20 minit lepas tu uli sekejap, barulah buat bulat dan tekan sikit....biarkan 40 minit lagi...dan barulah di goreng.

Untuk Inti :
- Masak daging ramly burger dan kerat 2, letakkan kedalam burger malaysia yang telah dibelah sikit dan letakkan sambal diatas burger tu...sedia dimakan.



2 comments:

  1. mas..ni betul betul burger nih...eh ingatkan keluar kek cipon pisang..nak nengok resepinya..rupanya tak kuar lagi..sah dah habis..huhu

    ReplyDelete
  2. sabar izah, tengah on the way ni..he..he..memang dah abis cipon pisang ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...