Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, May 9, 2010

Donat Suria



Assalamualaikum. Donat suria ni Mas nampak kat dapur  Kak YatieIzah dan Kak Hana. Hari ni Donat Suria ni dah pindah kat rumah Mas. Rasanya memang sedap, lembut, ringan dan gebu.Tak sedar dah habis 2 biji menguyah.Sebenarnya Mas dah 2 kali buat, kali pertama petang semalam, Mas buat 1/2 adunan je, he..he..tak cukup, tak puas rasanya makan Donat Suria ni, jadi  pagi2 subuh Mas buat lain untuk sarapan,sedapnya........

Donat Suria
Sumber : Kak YatieIzah dan Kak Hana
Bahan :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar lemak sayur
  • 1/2 camca teh garam
  • 200 ml air suam *
  • 2 sudu kecil yis kering * ( * disatukan biar berbuih )
  • sedikit air extra
Cara membuatnya :
  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam.
  2. Gaul rata. Tuang bancuhan yis dan air suam dan uli hingga menjadi doh, jika tak cukup air tambah dengan sedikit air lagi.
  3. Uli hingga lincin dan tak melekat pada mangkuk.
  4. Rehatkan doh dalam 20 minit, uli semula dan bentukkan bulat2 dan rehatkan lagi 40 minit.
  5. Bila nak goreng baru lubangkan ditengah2 donat dan boleh digoreng.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...