Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Popcorn Chicken dan kad......



Dari Jepun Popcorn Chicken ni terbang lak ke Subang. Mas pinjam enjin turbo Kak Hana...he..he...Memang sedapp dan menjadi kesukaan Ain dan Daniel. Dah selamat dimakan oleh bebudak tadi dan ada baki untuk dibawa bekal. Mas buat 1 dada ayam, memang dapat banyak. Puas gak Ain ngan Daniel makan, dapat juga maknya tumpang sekaki...resepi dicopy dari Kak Hana tadi. Maceh kak....

Popcorn Chicken
Sumber : Kak Hana
Bahan :
  • 1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb
  • *sedikit garam dan gula
  • *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas
  • *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur
  • *1-2 sb susu segar
  • 3/4 cawan breadcrumbs
  • olive oil utk spray - jika bakar gune oven
  • lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng
Cara :
  1. Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu.
  2. Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  3. Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475°F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak.
  4. Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  5. Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak.
  6. Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.


Kad yang cantik dari Mimiey.


Dan juga dari Izah. Maceh bebanyak....lapp u all....


16 comments:

  1. nih yg makin sayang kat mas sorang nie.. rajen mencuba... beruntung ain ngan daniel dapat mak yg rajen.. tima kasih kembali mas... akak mintak seketui jd la wat rasa2 air tgn mas... kang tak cukup pulak! hihihi

    ReplyDelete
  2. mas, lajunya jet turbo bawak resepi ni landing kat subang... nampak sangat menyelerakan...

    ReplyDelete
  3. Kak Hana,
    tersipu2 malu lak bila akak puji....he..he..
    mas memang dah tahu anak2 suka..itu yg mencuba..kebetulan memang tengah memikir nk masak pe dada ayam tu..maceh kak kasi idea...
    dah abiss la kak...baki lunch tadi bebudak bawa bekal lak....he..he..
    nak rasa air tangan mas...kena la datang rumah...wakaka..

    ReplyDelete
  4. Kak Rose,
    wakaka..laju kan kak...buatan jepun tau....nak tempah...cari kak hana....
    memang sedapp kak..anak2 mas suka...

    ReplyDelete
  5. mas... baru tadi tgk kat blog hana.. dh meletup smpi ke subang lak ayam nih.. gud idea kan nk menghabiskan dada ayam.

    ReplyDelete
  6. Kak Mas...mmmm sedap tu.. akak maaf atas kelewatanku ini... Happy belated birthday.. td baru gi umah izah tu yang tau.. maklumlah erma online kat opis jek.. Aperpun erma doa segala2 yang terbaik tuk akak n semoga segala impian menjadi kenyataan...
    Cayang akak... rajin...

    ReplyDelete
  7. wow!kak mas...saya nak jugak =0).
    kak mas, bila boleh jumpa? nanti roger2 saya..

    ReplyDelete
  8. Kak Ain,
    wakaka...terkejut nmpk kat Duniaku lak...he..he...
    try la kak..sedapp tau..bebudak memang suka...

    Deliah,
    memang bebudak suka goreng dada ayam macam ni del...try la buat...he..he..

    Erma,
    maceh erma...amin..
    ni baru balik rumah ke kat opiss lagi...

    ReplyDelete
  9. Nurul.
    insyaAllah...nanti kak mas cakapp tau...he..he...

    ReplyDelete
  10. popcorn ciken ni memang best kan..budak2 suke sbb rangup jer..kalo beli kat kfc mmg mahal dapat secoet..hjehhe..wat sendiri lebih puas makan...

    ReplyDelete
  11. Assalam mas,
    sorry akak datang lambat lah..happy belated birthday buat mas ya..
    31 tahun muda lagi tu..
    bila budak berdua tu nak dapat adik lagi?..hehe
    Akak doakan semuga panjang umur murah rezeki, dikurniakan kesihatan dan berbahagia disamping keluarga tercinta ya..

    ReplyDelete
  12. hisss.. rajin tul ni.. akk msk sempoi2 jer..campak2 pas tu baling2 pinggan.. hihihi

    ReplyDelete
  13. makcikkkk...aku dah masuk dah brapa kali blog ko ni..tapi tak sempat tinggal komen..wehhh nak jugak nak jugak..esok lah buat..cecece.yo yo jee...hehe

    ReplyDelete
  14. mas.... sori lewat reply.... apam tuh adunannya mmg pekat! tk perlu tmbh air... ikut jer sukatan tuh yer....

    ReplyDelete
  15. wah pekena ngan Jalapeno Cheese ni mesti lagi sedap

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.