Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, February 3, 2011

Nasi Ayam Goreng Lagi



Sebenarnya dah banyak kali Mas buat Nasi Ayam Goreng ni. Boleh tengok kat SINI. Saje n3kan lagi. Mas baru jer buat untuk makan malam ni. Dah tak tahu nak masak pe ngan baki ayam yg tinggal 3 ketul tu, jadi Mas buat jer nasi ni..senang.. lagi pun Ain ngan Daniel suka...

Nasi Ayam Goreng
Sumber : Tummy 
Bahan Untuk Nasi : 
  • 3 cawan beras basmathi - cuci toskan
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 inci halia - tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah - tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar - potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit kiub ayam
  • garam, lada hitam
  • daun ketumbar @ daun kari
Untuk Ayam :
  • 6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
  • 1sudu kecil Serbuk kunyit
  • 1sudu besar Serbuk kari
  • Garam

Cara membuatnya :
  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  3. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  4. Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
  5. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.


11 comments:

  1. dah penah buat.. mmg sempoi je menu ni kan mas.. 2 in 1, senang keje. tapi anak2 akak kurang suka pulak sbb kepala dorang dok bygkan nasi ayam yg biasa tu ;)

    ReplyDelete
  2. mas, nampak sedap dan lain dari nasik ayam yg besa2 tu... rasa macam nasik minyak bekari ker? eh! ada ke cam tu?

    ReplyDelete
  3. order nasi ayam satuuuu.mau makan mlm2 buta niha,..air ada bwk ni..nasi je minta kat tuan rumah..kekeke

    ReplyDelete
  4. assalam mas, sedapnya nasi goreng ayam ni lama tak mkn...akak msk nasi lemak jer hari ni lambat n3 tadi keluar jln lewat lak blk.

    ReplyDelete
  5. Kak Ain,
    uisshh..lain benar dari nasi ayam biasa...
    anak2 mas suka lak...dia orang cakap macam nasi beriani..he..he..

    ReplyDelete
  6. Kak Rose,
    ada juga kak...rasa macam nasi beriani pun ada...
    akak try la buat..sedapp tau....

    ReplyDelete
  7. Kak Anim,
    dah abiss kak..Mas masak untuk makan malam tadi....untuk sekali makan jer....he..he..

    ReplyDelete
  8. Kak Nieza,
    sama la kita...
    pagi tadi pun mas masak nasi lemak..seronok makan ramai2 sebab family mas bertandang malam tadi....
    nasi ayam goreng ni memang sedapp kan kak...sajer buat lagi...anak2 suka...

    ReplyDelete
  9. salam mas..
    lama akak tak buat nasi nih... sedap dan mudah jerk kan mas kan.. tapau sepinggan mas.. tuka ngan roti akak.. hihihi

    ReplyDelete
  10. wakaka...la abiss la kak hana...
    mas buat untuk makan malam tadi...
    sedappkan kak nasi ni...anak2 mas memang suka...

    ReplyDelete
  11. mas, yg ni klu lagi n lagi n lagi pun cek suka! :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...