Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Monday, August 23, 2010

Nasi Ayam Goreng



Menu untuk berbuka petang semalam, Mas buat Nasi Ayam Goreng macam yang Kak Hana buat tu, Kak Hana ngan Izah promot sakan kat Mas, jadi tak sabar2 nak mencuba...kata Izah beras wangi pun sedap...tapi Mas nak guna beras Brasmathi juga, ha..ha...Kak Hanaa.....Izahhh....betul la...memang sedap sangat Nasi Ayam Goreng ni, masa masak bau semerbak satu rumah, Ain ngan Daniel sibuk tanya masak pe tu...memang sedap Nasi Ayam Goreng ni , laki Mas yang tengah berdiet tu pun mula2 nak rasa sesuap, lepas tu...ha..ha...rasanya 1/2 pinggan juga dia makan...family Mas memang dah jatuh cinta dengan  nasi ni...Ain nggan Daniel boleh suruh Mas masak lagi untuk berbuka esok....ha..ha..maceh yer Kak Hana ngan Izah yang berkobar2 promot sakan kat Mas...i like....lain kali promot lagi yer menu yang sedap2....kata Kak Hana resepi nasi ni dari Kak Cikmanggis dan resepi asalnya dari Tummy, maceh yer semua.....


Nasi Ayam Goreng
Copy : Kak Hana
            Izah
           Cikmanggis
           Tummy 
Bahan Untuk Nasi : 
  • 3 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit kiub ayam
  • garam, lada hitam
  • daun ketumbar @ daun kari
Untuk Ayam :
  • 6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
  • 1sk Serbuk kunyit
  • 1sb Serbuk kari
  • Garam
cili untuk dimakan dengan Nasi Ayam Goreng

Cara membuatnya :
  • Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
  • Dalam periuk, panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  • Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  • Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
  • Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.
Untuk Resepi cili :
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :

  • Blender halus semua bahan dan sedia dihidang.....


3 comments:

  1. sedap ye! i dah kopipes dah resepi ni...mesti buat jugak nanti..husband i ni penggemar nasi ayam yang tegar..jadi kena lah cuba macam2 jenis nasi goreng hihi

    ReplyDelete
  2. slm Mas....lama rasanya kita tak bersua di sini,mmg nmpk sedap nasi ayam goreng tu,ramai yg dah buat...ni nak kena buat juga ni..
    Selamat berpuasa mas ya...

    ReplyDelete
  3. zarin,
    kalau macam tu zarin kena buat...sedap tau...mas 1 family suka sangat nasi ni..

    kak ida
    salam kak...tu la, rindu kat akak...memang sedap kak nasi ni, try la buat..selamat berpuasa kak...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...