Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, February 8, 2011

Kek Lapis Asam Manis Kukus



Assalamualaikum. Biskut Marie dah 3 ke 4 hari beli gara2 nak buat kek ni....akhirnya semalam baru Mas sempat buat. Dan hasilnya...sedappp la Kek Lapis Asam Manis ni. Rasa manis masam kek ni memang sangat best. Rasa tak boleh berhenti menguyah bila dah start makan kek ni. Mas buat 1/2 adunan jer untuk merasa dulu. Lain kali boleh buat 1 adunan sebab kek ni memang sedappp. Maceh untuk Kak Dayang atas resepi kek kukus yang sedap ni.

Kek Lapis Asam Manis Kukus
Resepi : Kak Dayang 
Bahan :
  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 sudu besar horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis @ hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau @ pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)

Cara membuatnya :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong. 



23 comments:

  1. salam mas..
    rajin nya melapis..kita belum pernah melapis...takut..

    ReplyDelete
  2. Assalam Mas,
    cantik kek lapis asam tu...teringat pula hawflakes dlm peti ais yg dah lama beli...masih fikir2 nak buat apa..resepi ni dah masuk list dr thn lepas lg..tp lom jg buat..hehe

    ReplyDelete
  3. salam mas..

    namapk menyelerakan kek lapis nie..nak try buat lah

    ReplyDelete
  4. makcikkk..wah dah sampai seru ko ye nak melapis..aku belum lagi..hehe..tah bila nberani nak try ni..aku takut bantat je weh... baguss baguss... senang tak buat kek ni mas?ko rasa kalau aku pernah buat apam dot dot bantat, kek ni aku berjaya tak buat dengan jaya nye mas?hahaha..soalan..

    mas..amik award kat umah aku ye..maceeehhh

    ReplyDelete
  5. waah!lajunya mas..kejap je dah sampai sini..akak belum pernah cuba lagi wat kek lapis2 ni mas.takot rakyat jelata tak suka..tapi mesti cuba buat jugak kan?.sekurang2nya raya nanti kita tak payah tempah2 dah..

    ReplyDelete
  6. tak penah lg buat kek lapis.... horlick kt sini pun x penah lg cek boleh makan tak. lagi satu kek yg ada ovalette yg lomah ni.....kt sini tarak.....wawawawa..... tengok jer la jwbnya..... dah citer panjang lebar ni apa lagi... bak la sepiring mas oiiii.... hahahaha....

    ReplyDelete
  7. mass... akak pong nak tempah jugak lah! akak dah letak jawatan melapis! kekekeekeke

    ReplyDelete
  8. cantik kek tu mas, apa beza ek boh sekut merie tuh dgn kek lapis biasa? lemak2 ke? terasa nak makan & kenal buat kan..hehe..
    pst : hawflakes tu ko beli kt kedai bakery ye? yg aku pernah jumpa suma dari China, takde halalan toyyiba..hihi..tu sbb tiap kli aku buat kek lpis ni, boh benda lain je..ke ada yg halal? jenama apa?

    ReplyDelete
  9. Salam kenal,
    dah lama cari resepi kek kukus masam manis yng mudah dan simple macam ni..kalau tak letak horlicks sedap ke tak? stok horlicks tak de..rasa nak cuba ...

    ReplyDelete
  10. Salam Mas,
    Kek kegemaran akak ni..dari zaman kanak2, anak dara sehinggalah zaman mak budak ni...mmng kek kegemaran akak tau..bnyk versikan kek asam manis ni, resepi ni pun dlm senarai menunggu masa nak di buat jek...mmng nak kena buat gak ni...rasa sikit Mas....terliurnya tngk....
    = bila nak jwb tag Izah yg pnjng lebar tu....tak sabar nak dengar celoteh dari Mas pulak...semuanya buat akak terhibur....ekekekkee..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum....
    Mak ai berdezup peginya. Mas pelahan le skit. Tak larat nak kejo ni. Tak pun bila dah siap tu masuk dalam tupperware bungkus elok2 terus kurier ke penang. Banyak pahalanye tu.

    ReplyDelete
  12. dari keramat ke subang jaya,
    naik train putra sampai ke sana,
    apa lah nasib malang nya saya,
    setiap kali melapis tak pernah sempurna...
    jawab mas jawab pantun ni mas...

    ReplyDelete
  13. kak mas dah melapis...suka...suka...mesti sedapkan kek nih. dlm list dh, tgg nak g beli biskut marie je lagi ni...

    ReplyDelete
  14. mas, kek lapis akak dah abiss. akak dh mls nk buat sb sakit tangan. akak tempah kat mas jelah yer. 2 loyang tau. hehe.

    Izah, nape takut2 nk buat?? InsyaAllah menjadi punya...yg apam tu lain x same ngn kek ni. pi cube dulu!... :D

    mas, tq yer try resepi ni. lain kali buat satu loyang, baru puas mkn...dan membina badan mcm akak ni ha..dah kembang sana sini...hihi

    ReplyDelete
  15. salam...
    wah nampak sedap ler kek ni...mesti tambah lembut kan bile kukus...

    ReplyDelete
  16. Salam, Mas.
    Masa belum kahwin dulu, akak selalu buat kek lapis asam manis ni... sekarang skill nak melapis tu tatawlah ada lagi ke tak... minta Mas punya jerlah... hihihi..

    ReplyDelete
  17. Wah Kak Mas cantik n kemas jek lapisantu.. erma x pernah wat.. tau makan jek.. sedapnyer.. akak erma tapau tau he he eh

    ReplyDelete
  18. Adoi....Kek Lapis lah pulak! Lagi satu favourite...Time nak raya.Tapi resipi ni guna Biskut Marie , resepi yg lagi satu guna Biskut Soda & guna butter....

    ReplyDelete
  19. sedap eh mas.... nak cubalah... warna cantik mas lembut aje... tertarik akak..

    ReplyDelete
  20. mas, memang sedap kek ni akak buat hari tu sampai 1/2 loyang akak mkn sorang jer...haha ambik sekarang itu timbang sudah bertambah nombornya...hehehe

    ReplyDelete
  21. why so oily mas..anyway tq for sharing

    ReplyDelete
  22. why so oily mas..anyway tq for sharing

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...