Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, July 14, 2010

Sup Tulang Hadnyai



Petang semalam terasa nak makan sup tulang, jadi Mas try buat Sup Tulang Hadnyai...ikut resepi Sup Ayam Hadyai cuma Mas tukar ngan tulang. Kak Yatie....Sup Tulang Hadnyai lebih sedappp la....Mas cuma tambah jus limau nipis je....memang licin mangkuk tu...


Sup Tulang Hadnyai
Copy : Kak Yatie

Bahan :
  • 800 g ayam, dipotong sederhana besar - mas tukar dengan tulang
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang #
  • 5 biji buah pelaga #
  • 3 kuntum bunga cengkih #
  • 1 batang kayu manis # (#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan
  • 1 sudu besar jus limau  - ni mas tambah

Cara : 
  1.  Rebus tulang sampai lembut.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
  3. Masukkan kedalam tulang yang direbus lembut dan gaul rata. Biarkan dalam 10 minit.
  4. Tambah sikit air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih lagi.
  5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan jus limau dan masak 1 - 2 minit lagi.
  7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  8. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja.....

7 comments:

  1. mas..tulang di sup hadnyaikan..waahh... membuak buak kesedapannya..dah sah lah..tulangggg

    ReplyDelete
  2. Oh Mas... erma dah agak dah... tapi memang lebih rasi.. tul tak? sebab kepekatan n lemak tulang atau daging bila guna sup Hadyai kan? Mas nak semangkuk.. teringat rasenyer..

    ReplyDelete
  3. oh..Mas.. erma dah agak dah semalam... he he he memang rasikan sup Hadyai ngan daging atau tulang.. boleh ngam ngan lemak... Mas nak semangkuk.. terasa2 kat tekak ni.. syedapnyer....

    ReplyDelete
  4. izah
    tulang bukan sebarang tulang izah...memang power sup ni bila ditulangkan..memang tak cukup sup tu semalam,lebih sedap tau...

    erma
    ramalanmu benar belaka erma...he..he..betul tu,sup ni lebih serasi dengan daging...lebih power rasanya..mas tambah jus limau tau..fuh..tak terbayang lazatnya...berpeluh makan..

    ReplyDelete
  5. mas, akak baru jer try sup ni isnin lepas tp buh ayam jer. sedap, berempah. klu tulang ni mesti lg best kan. pasni apa kata mas try buat 'gear box' lak...hehehe...mesti terangkat laaa...

    ReplyDelete
  6. Salam Mas,
    Amboi2 semuanya citer pasal keenakkan sup tulang hadnyai ya....entah2 esok akak pulak yg buat...kat esbok tu ada stok tulang lembu....siap esok ku kerjakan...kih3...tungguuuuuuuu....
    mmng nmpk sodap tuuu...

    ReplyDelete
  7. kak ina
    tu la kak,sedap kan, rasanya daging lebih power la,sup gear-box tu kita tengok nanti...he..he..

    kak yatie
    makin pemes sup kak yatie ni..he..he..thanks ye kak atas resepi sedap ni..tak sabar mas nak tunggu kemunculan sup tulang kak yatie ni, cepat buat kak..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...