Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, July 29, 2010

Roti Sosej Mini Gebu



Dah lama Mas nampak kat dapur E-na Zarina, baru semalam tergerak hati nak buat, bahan - bahannya pun ringkas jer, tak guna telur tau, E-na Zarina  kata roti save budget....tima kasih E-na resepi roti ni, memang sedap dan gebu walau pun Mas tak letak water roux...Ain ngan Daniel suka sangat, siap bawa bekal gi sekolah...

 Roti Sosej Mini Gebu
Sumber : 
E-na Zarina

Bahan-bahan :
  • 250 gram tepung gandum
  • 140 ml fresh milk
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 - 2 sudu kecil dry yeast 
  • 1/2 sudu kecil garam halus
Bahan sampingan:
  • 12 batang sosej direbus, toskan dan dipotong dua (24 batang)
  • Sedikit marjerin untuk di sapu pada roti (optional)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan KECUALI garam ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan garam dan uli sehingga doh menjadi licin elastik dan tidak melekat ditangan atau selama 15 minit *E-na uli 15 minit*. (Kadang-kadang 10 minit pun dah dapat doh yang cantik)
  3. Buatkan sebiji bulat besar dan tutup mangkuk dengan plastik cling / wrapping atau kain lembab.
  4. Biarkan doh naik dan mengembang dua kali ganda lebih kurang 30 -45 minit.
  5. Seterusnya keluarkan udara di dalam doh dengan menumbuk doh. Bahagikan kepada 24 bahagian. Bulat-bulatkan.
  6. Ambil satu bahagian dan buatkan panjang kemudian lilit pada sosej. Selitkan kedua-dua hujung ke dalam dengan kemas supaya tidak terbuka semasa proses pengembangan doh. Tinggalkan sedikit ruang dihujung sosej dengan tidak berbalut dengan doh supaya bila doh mengembang doh tidak terkeluar dari sosej.
  7. Ulang langkah 6 sehingga selesai.
  8. Biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 30 minit.
  9. Bakar dengan suhu 180 degree sehingga masak selama 12-18 minit bergantung kepada jenis oven.
  10. Sapu marjerin di permukaan roti untuk mengilatkannya. Kalau tak sapu pun tak apa rasa tetap sama. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!
NOTE : Doh ini juga boleh di gunakan untuk membuat pizza atau bun berinti.
TIPS :
  • Elak dari mencampurkan dry yeast sekali dengan garam kerana garam boleh mengurangkan keaktifan dry yeast.
  • Jika menggunakan BM , garam di masukkan dahulu dan dry yeast di atas sekali (buat lubang atas tepung).
  • Simpan roti yang telah disejukkan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan dari menjadi keras kerana terkena udara.


5 comments:

  1. Salam kak mas,
    saya kalu nampak roti gulung camni rasa nak ngap jer. kihkih. kenyang makan 2 ketul tu. ;)

    ReplyDelete
  2. mas..ada lagik tak?mintak 3 ketoi..lapo nih..nampak gebuss tuh...mmg best

    ReplyDelete
  3. salam indah,..ha..ha..2 kali ngap habis seketoi..betul ke 2 ketoi dah kenyang, Ain sorang pun makan 6 ketoi...

    ReplyDelete
  4. izah..ada sikit lgi ni...boleh..mas nak tukar dengan kentang putar...nak tak..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...