Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, July 15, 2010

Kuih Limas




Assalamualaikum.
Meh layan Kuih Limas yang Mas buat petang semalam.
Nampak macam Kuih Tepung Pelita kan, tapi bukan...bahan2nya lain tau, Mas belajar dari MIL Mas, memang sedap kuih ni, tak tahu pulak kalau ada nama lain...ikutkan yang sebetulnya, kuih ni diletak dalam bekas daun pisang @ daun pandan macam bekas KuihTepung Pelita tu.. sajerk Mas modenkan dengan menggunakan bekas plastik..lagi senang kan...


Kuih Limas
Resepi : MasDuniaku

Untuk Lapisan Paling Bawah :
Gula pasir secukupnya untuk dijadikan lapisan air gula.

Bahan :
Untuk Lapis Bawah ( hijau ) :
2 cawan santan cair
7 sudu besar tepung gandum
3 helai jus daun pandan
sedikit pewarna hijau


Cara :
 Satukan semua bahan dan sebatikan, tapis.




Bahan 
lapisan atas ( putih ) : 
2 cawan santan pekat
2 sudu tepung gandum
garam secukup rasa

Cara :
 Satukan semua bahan dan sebatikan, tapis.

Cara membuat Kuih Limas :
Panaskan pengukus .
Letakkan 1 sudu kecil gula pasir dalam bekas acuan dan tuang adunan lapisan bawah ( warna hijau ). Agak2 setengah bekas. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.
Kemudian tuang adunan atas dan kukus lagi selama 7 minit. 
Angkat dan biarkan sejuk ,kemudian hidangkan.
Sedap dimakan ketika panas atau sejuk.


7 comments:

  1. Salam Mas,
    Aritu ada orng tanya akak resepikuih limas ni...akak tak pernah buat dan takde daun pisang...good idea Mas buat mcm ni....mangkok plastik tu tak kemek ya masa di kukus....terliurnya tngk kuih ijau2 mcm ni...ada lagi tak...nak..nak...

    ReplyDelete
  2. Mas...kuih ni lebih kurang kuih tepung pelita negeri Ida( Kelate )bila mkn ada air gula kat bawah..mmg sedap tu Mas,..nanti bole uat.

    ReplyDelete
  3. wooo woo..nmpk sangt sedap..sah sah bulan pose nanti saya buat mas....peeh..yg dah disudu tu nmpk best giler

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan

    tinjau2 cari resepi.. jumpa lak resepi kuih nie.. mmg fav anak2.. kalau bulan posa leh kata ari2 gi cari kuih ni.. bila tgk resepi yg sgt senang ni, teruja la pulak nak wat.. hehehe..

    mas, adunan tu akan dpt berapa bekas?

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie
    he..he..dah abis la kak..kuih ni laku kat rumah, mas kukus guna bekas tu ok je..akak buat macam mas je..mas pun tak de daun pisang ,tu yang guna bekas tu...

    ida
    tepung pelita kt kelntn buat macam ni ye,lebih kurang sama la tu, memang asyik makan limas ni..

    izah
    memang menu wajib bulan posa ni izah...yang disudu tu saje je nak tunjuk air gula tu..he..he..

    ReplyDelete
  6. Salam Mas. Along dah buat kuih ni tadi lepas balik kerja, sempat siap sebelum berbuka. Senang & cepat. Maceh ya, memang sedap. Along kongsikan resepi kat blog Along pulak. Maceh setinggi gunung....hehe

    ReplyDelete
  7. E-na suka sgt tepung pelita...nampak macam lebih kurang je dgn tepung pelita...cuma beza guna tpg gandum...tepung pelita guna tpg beras....boleh try ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...