Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Saturday, July 3, 2010

Ikan Pari Masak Hijau



Salam pagi Sabtu semua, semalam try masak Ikan Pari Masak Hijau, resepi Mas copy dari dapur Izah, memang sedap ....yang satu tu Mas campur dengan ayam untuk Daniel....tapi tak sempat nak ambik gambar, Daniel dah bising nak makan, rasanya letak ayam pun sedap....

Ikan Pari Masak Hijau
Sumber :Izah

Bahan :
  • 2 - 3 ekor ikan pari - dibersihkan ,potong , gaul dengan kunyit dan garam
  • 1 sudu besar bawang putih - kisar
  • 2 sudu besar sambal belacan
  • 3 - 4 batang daun kari
  • 3 batang cili hujau hiris
  • 1 - 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 5 - 7 biji cili padi - kalau nak lebih pedas
Cara memasak :
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat dan toskan, ketepikan. Kurangkan minyak, masukkan campuran sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata. Masukkan sedikit perasa dan garam dan kacau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang digoreng tadi dan kacau rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan ikan.  Matikan api. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...