Assalamualaikum.
Mari....mari...jom kita sejukkan tekak dengan Dadih Coklat Dan Strawberi. Perisa ikut suka hati nak yang mana....Nampak kat dapo Kak Hana dan terus terpikat tuk menerainya...memang sangat sedap dadih resepi Kak Nor ni. Mas tambah susu perisa strawberi sebab Daniel suka strawberi...he..he..derhaka sikit resepi ni ye kak...dah banyak hari rancang nak buat, baru semalam sempat membuatnya...memang terbaikkkkk...
Dadih Coklat Dan Strawberi
Sumber : Kak Hana - Hana's Family
Resepi Asal : Kak Nor - Secubit Garam
Bahan :
10gm serbuk agar2 @ agar2 bertali (1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan warna merah)
1 liter @ 1000ml susu segar biasa
1 liter @ 1000ml susu segar berperisa coklat - Mas guna lebih kurang 666ml susu segar,666ml susu coklat, 666ml susu trawberi
1 1/4 cawan gula @ 17 sudu besar gula
1.2 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
1sudu teh coklat emulco - xde, tak ltk
Cara :
Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur.
Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
Bahagi dua adunan agar2 tadi ( Mas bahagi 3 adunan ). Masukkan kembali 1 bahagian agar2 kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lagi dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco dan 1 bahagian lagi Mas masukkan keperiuk yg lain dan tuang susu strawberi dan sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas.
Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam esbok seketika.
Mas letak perisa coklat dulu,kemudian putih dan last perisa strawberi - Mas letak kat tempat beku jap untuk dadih cepat keras.Dah siap baru letak dalam peti ais macam biasa.
Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
Jika ingin perisa lain, tukar sahaja susu segar@susu coklat kepada susu perisa lain digemari.
waaah..cantiknya mas dadih nih...ni yang nak buat gak nih..lama dah tak makan dadih nih..dapat banyak kan? agak2 kalau bekas dadih tu dapat berapa banyak agaknya mas?
ReplyDeletesalam ziarah, sedapnya kak mas..berlayer3..membangkitkan selera..yummy..seronok btol duk kat blog nie...
ReplyDeleteSalam Mas,
ReplyDeleteCantik dan menyelerakanlah dadih ni...nak segelas tu....kecurnya akak...
waaahhh!! kak mas! nak sikit... :)
ReplyDeletesedap dadih sejuk2...cantik le dadih tu posing!
ReplyDeleteIzah
ReplyDeletemas buat setengah adunan je..he..he...rasanya kalau bekas dadih tu dapat banyak,izah try la buat,nanti cakap tau, selamat mencuba izah..
shima
salam shima ,he..he..kalau nak banyak perisa macam ni la jadinya, sedap tau..
kak yatie
boleh kak, ada segelas lagi tu..mas hantar nanti tau..
nisya
nisya suka ke, nah ambik segelas...sejuk ni..
e-na
he..he..memang nyaman rasanya...kena posing cun2 sebab lepas tu jadi korban masuk dalam perut...he..he..
Cantiknya dadih ni....
ReplyDeletetima kasih mama...sedap tau..
ReplyDeletesalam kak Mas,
ReplyDeleteamu dadih ni 2 gelas boleh?
hihihi
enak ni, dimakan dingin2 :D
Salam deetha
ReplyDeleteboleh...nak makan ngan sape tu...