Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, July 4, 2010

Ayam Mamak



Selamat berhujung minggu...pepagi ni sibuk sikit, jap lagi nak beli barang rumah, tapi yang wajibnya nak gi pasar tani dulu...he..he..Ayam  Mamak ni Mas masak semalam, makan dengan Nasi Tomato, memang kena, betul cakap suami Mas Ayam  Mamak ni sedap makan dengan Nasi Tomato,memang laku lauk ni, resepi Mas dapat dari Kak Hana yang asalnya resepi Udang Mamak, kira derhaka sikit la ni...tima kasih ye kak..

Ayam Mamak
Copy : Kak Hana

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil2 dan bersihkan
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji bawang putih - cincang
  • 1 cm halia muda - tumbuk
  • 1 batang serai - di ketuk
  • 1/2 cawan air/stok ikan
  • 1 susu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam 
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 senduk gulai cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun pandan
  • Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara
  • Perapkan ayam dengan garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
  • Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  • Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
  • Last, masukkan ayam, balik2 kan & tutup api.



2 comments:

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...