Search This Blog

Thursday, March 24, 2011

Ayam Ros Pandan



Assalamualaikum. Menu lunch semalam, Mas buat Ayam Ros Pandan, nampak Kak Nor buat ari tu, jadi teringin lak. Alhamdudillah, anak2 dan suami suka Ayam Ros Pandan ni. Baunya masa menumis tu wangi sangat, mungkin sebab ada daun pandan yang ditambah dalamnya sampai hubby tegur masak apa tu yang wangi sangat ni. Ayam Ros Pandan ni memang sesuai dimakan ngan nasi tomato atau nasi minyak. Mas makan ngan nasi putih pun dah cukup sedap. Resepi asal dari CMG yang berjaya membuatkan Custard Teacake terlarissss dipasaran. 

Ayam Ros Pandan
Bahan :
  • 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar bawang goreng
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang kayu manis
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan.
Bahan Kisar Halus :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato merah
  • 7 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/3 inci lengkuas
  • 1 camca besar sos tomato
Cara Membuatnya :
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..


Wednesday, March 23, 2011

Custard TeaCake yang sangat sedappp



Hmmmmm.....sedappnya Custard TeaCake ni. Memang betul kata CMG, memang kek ni sangat2 sedappppp. Terasa berkrim, lembut dan halus jer bila kek ni masuk mulut. Bak kata kalau orang tak de gigi pun boleh habiskan 1/2 loyang. Memang sangat puas hati bila dah buat dan merasa kek ni. Sangat sedap walaupun bahan2nya simple jer. Kastard tu yang buatkan kek ni menjadi sangat sedap. Mas pun buat 2 adunan untuk filling kastard tu dan ganti mentega ngan marjerin macam Sue. Pagi tadi Kak Bee pun dah tayang kek ni. Izahhhh dan Kak Nor...buat cepat kek ni...sedapp tau...Maceh untuk tuan resepi Kak Ida.

Custard TeaCake
Resepi asal : Kak Ida - 1001 resepi
Sumber : Hasue dan CMG
Bahan Kek  :
  • 125 gram mentega - Mas ikut hasue guna marjerin
  • 1/3 cawan gula halus @ gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)-hasue guna 1/2 cawan tepung gandum+1 sudu kecil b.powder
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 camca teh esen vanilla
Bahan Kastard : ( Mas ikut hasue buat 2 adunan filling nih utk sebiji kek.. )
  • 1 camca besar tepung kastard
  • 1 camca besar gula kastor
  • 2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
  • 15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
  • 2 camca teh esen vanilla
Cara Membuatnya :
  1. Untuk Kastard : Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
  3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!


Roti Putih Madu Harum Vanila



Assalamualaikum. Semalam masa Mas tengah bakar Roti Putih Madu Harum Vanila ni, nampak Izah dah tayang kat dapur dia. Cepat betoi mek jah tu...nampak roti Izah sangat gebu dan comei2. Buat Mas tak sabar2 jer tunggu roti Mas keluar oven. Hmmm dan hasilnya....tengok tu...sangat gebu dan lembutttt la roti Ros ni. Masa nak angkat keluar dari acuan, roti ni macam bergoyang2, tu petanda awal yang roti yang dibakar memang lembut dalamnya. Maceh untuk Ros sudi kongsi resepi roti yang sangat sedap ni. Makan macam tu jer pun dah cukup sedap...macam iklan roti gardenia tu...sungguh enak dimakan begitu saja.....bila Mas sapu lak  nutella dan kaya kat roti tu....perhhhhhh....sedappppp.....sangat berbaloi buat roti ni.

Roti Putih Madu Harum Vanila
Resepi Asal : Ros
Kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.
Bahan untuk doh roti :

  • 500gram tepung roti
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk - Mas tak letak
  • 3 sudu besar gula 
  • 1 biji telur -  tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti
  • 3 sudu besar shortening @ lemak sayuran
  • 220ml air suam - Mas letak susu segar suam
  • 6gram yis -  Ros dan Mas guna jenama mauripan
  • 4 sudu besar water roux
  • 1 sudu kecil garam
  • beberapa titik esen vanila
 Untuk gliss dan topping
  • baki telur + 2 sudu besar susu segar @ air + beberapa titik madu 
Cara ( Doh Roti) :
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Nota: doh ni kalau nak letak inti ape-ape pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, kalau biarkan plain pun sedap juga, sungguh enak di makan begitu saja.


Tuesday, March 22, 2011

Puding Roti Berkaramel



Meh layan Dessert yang sangat sedap ni. Dah terliur tengok Kak Dayang buat ari tu, jadi Mas pun buat, boleh juga habiskan stok roti yang tinggal 3 keping tu. Elok2 jer untuk buat Puding Roti Berkaramel Kak Dayang ni. Mas buat malam tadi, jadi dah semalaman dalam freeze, bila dah keluarkan tadi, dah sesuai sangat untuk dimakan. 
Wah.....sangat sedap tau..halus mulus jer puding ni. Rasanya pun tak terlalu manis, sedang2 jer, sesuai dengan tekak Mas. Maceh Kak Dayang sudi kongsi resepi puding yang best ni. Untuk sesiapa yang teringin memuding, Mas syorkan supaya try buat puding ni....sedapp tau.

Puding Roti Berkaramel
Bahan :
Untuk Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara membuatnya : 
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. 
  2. Kacau segera supaya tidak berketul. 
  3. Kemudian ratakan pada loyang @ bekas yang besesuaian dan sejukkan seketika.
Bahan Puding :
  • 3 keping roti sandwic - disiat-siat
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)

Cara membuatnya : 
  1. Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. 
  2. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. 
  3. Tuangkan ke dalam karamel tadi. 
  4. Sediakan loyang @ bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. 
  5. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. 
  6. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. 
  7. Seeloknyapuding roti ni dibiarkan semalaman dalam freeze ( tunggu dulu  puding roti tu sejuk baru masukkan dalam freeze tau ) , bila nak makan baru terbalikkan dan dimakan....
  8. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang @ malam anda. 
  9. Sesuai juga dihidangkan untuk tetamu yang bertandang sebagai dessert.....nak membuat pun senang kan.
  10. Selamat mencuba........

Pau Gebu ( water roux)



Assalamualaikum. Meh layan Pau Gebu Water Roux  Ros ni. Memang lembut gebu macam yang Ros cakapkan. Mas letak inti kacang merah untuk pau ni. Sajer buat kecik2 comei ...senang bebudak nak maman..kalau maknya..dua kali ngap dah abiss sebiji ....muahahaha... 
Untuk baking powder tu Mas letak double action baking powder...sebab pau2 yang Mas buat sebelum ni memang Mas letak double action baking powder dan hasilnya tetap menjadi pau Mas ni. Maceh untuk Ros sudi kongsi resepi pau yang best ni.

Pau Gebu Water Roux
Bahan :
  • 500 gram tepung pau ( low protein flour)
  • 3 sudu besar shortening  @ lemak sayuran
  • 220ml air suam+1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula 
  • 2 sudu kecil baking powder - Mas letak double action baking powder
  • 4 sudu besar water roux
  • 2 1/2 sudu kecil yis
Resepi water roux :

  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

Cara untuk membuat water roux :
  • Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
Variasi inti bagi pau
Ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. 


Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.
  2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
  3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
Mas dan Ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.


Nota Tambahan :
Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus .
  1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)
  2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)
  3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.
  4. Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).

Monday, March 21, 2011

Donut Pisang bertukar jadi Roti Pisang...



Ni la hasilnya bila Donut Pisang bertukar jadi Roti Pisang...perhhhh..gebu tahap gaban roti ni...sedapp betul menguyahnya. Mas buat 1/2 adunan jer untuk resepi ni dan bahagi 2 untuk donut dan roti. Puas juga Mas anak beranak makan. Sangat sedap. Disebabkan Kak Fida kata donut ni boleh dibakar, jadi Mas pun try bakar, rasanya bertukar jadi roti lak, sebab tu Mas kata donut pisang bertukar jadi roti pisang. Sangat2 sedapp tau. Lembut dan gebu jer roti donut pisang ni. Sebelum ni Mas pernah buat resepi Donut Pisang ni, boleh lihat DI SINI. Sekarang ni pun ramai yang dah try resepi Donut Pisang ni, jadi Mas syorkan bakar lak .....sedapp tau....try la buat..he..he...

Roti Donut Pisang
Resepi Asal : Kak Fida@myresepi.com
Bahan :
  • 100g tepung gandum - diayak
  • 400g tepung roti - diayak
  • 100g gula halus
  • 11g yis segera @ sepeket
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh bread improver 
  • 100ml air
  • 3 biji kuning telur
  • 100g butter - Mas guna marjerin
  • 300g pisang lecek 





Cara membuatnya :
  1. Ayak tepung gandum dan tepung roti kedalam mangkuk dan campurkan dengan yis, gaul rata dan masukkan gula halus, garam, kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata. Masukkan pula pisang yang telah dilecek dan mentega @ marjerin dan kacau sebati. 
  2. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk. (Tambah tepung jika adunan lembik atau tambah air jika adunan kering)
  3. Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
  4. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan. 
  6. Salutkan donat pisang dengan gula atau choc cair ikut citarasa masing2 
  7. Donut ini Boleh juga dibakar...
Note : Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan jadi lembik. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg di perlukan. Selamat Mencuba

Cara Mas :
  1. Mas masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh menjadi donut dan roti. Biarkan doh rehat selama 30 minit dan doh siap untuk digoreng dan dibakar.
  2. Mas bakar selama 20 minit dengan suhu 170c bergantung pada oven masing2.



Masak Lemak Cilipadi Telur Itik Dan Belimbing Buluh.



Assalamualaikum. Bersiaran dipagi Isnin, Ain ngan Daniel pun dah start sekolah, sunyi sepi la balik rumah ni. Meh layan Masak Lemak Cilipadi Telur Itik Dan Belimbing Buluh. Ain ngan Daniel suka masakan berkuah gini. Masak Lemak Telur Itik ni memang masakan tradisi orang Negeri Sembilan kan. Memang sedappp..letak lak belimbing buluh tu...perhhhhhh...sedapp bangat...tak cukup telur sebiji tu...he..he...Mas suka kalau kuning telur tu tak keras macam setengah masak sikit...baru sedappp. 

Masak Lemak Cilipadi Telur Itik Dan Belimbing Buluh
Sumber : MasDuniaku
Bahan : 
  • 5 biji telur itik
  • 8 biji belimbing buluh - cuci bersih dan belah 2 
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • santan dari sebiji kelapa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kiub ikan bilis
Bahan tumbuk :
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 5 biji cili padi - Nak pedas letak lebih
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan bahan tumbuk, serai, asam gelugor dan santan kedalam periuk, kacau sebati dan didihkan. Kemudian biarkan mendidih dengan api perlahan. Perasakan dengan gula, garam dan kiub ikan bilis. Biarkan lagi untuk seketika.
  2. Pecah kan semua telur itik dalam satu bekas lain dan dengan berhati2 cedok sebiji telur itik dengan senduk dan tuang perlahan2 kedalam kuah tadi, pastikan kuning telur tidak pecah, ini supaya telur itik tu cantik bulatnya. Buat hingga habis semua telur itik yg dipecahkan tadi.
  3. Biar masak perlahan sehingga telur mengeras, kacau perlahan.
  4. Bila mendidih boleh masukkan belimbing buluh dan biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 


Sunday, March 20, 2011

Kek Gulung Kasih



Dah lama bertangguh nak buat Kek Gulung Kasih ni disebabkan masa Kak Dayang tayang ari tu, Mas tengah bersiap nak balik kampung, jadi ari ni terus buat kek yang tengah meletupp ni. Tengok ramai yang dah try kek ni.
Hmmmmm..rasanya sangat2 sedapp...lembut dan gebu jer macam kek span...terasa sedapp sangat bila dah masuk mulut, bila dah habis sepotong, mesti nak sepotong lagi..sedar2 banyak keping juga yang Mas dah makan. Ain ngan Daniel pun suka. Cuma masa nak gulung tu kes Mas sama macam Izahdaut, kulitnya macam nak tertanggal sikit. Akan ada siaran ulangan nanti. Maceh untuk tuanresepi Kak Dayang sudi kongsi resepi Kek Gulung yang sangat sedapp ni. Bahan2 pun simple jer. Mas suka.

Kek Gulung Kasih
Bahan :
  • 70 g tepung gandum - diayak
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran@minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara membuatnya :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak @ minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya Rujuk DISINI. Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  8. Kemudian sapukan dengan jem @ krim mengikut citarasa sendiri.
  9. Gulung kek dengan kemas.
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.


Saturday, March 19, 2011

Apam Snow White bertukar pink....



Assalamualaikum. N3 tertunggak dari kampung...Haaa..jangan jemu tengok ada Apam Snow White lagi, cuma kali ni dah bertukar jadi pink..boleh lihat DISINI untuk Apam Snow White yang Mas buat dulu. Saja Mas buat lagi apam yang sedap ni untuk keluarga dikampung merasa. Mas guna acuan MIL, rasanya acuan tu untuk agar2 kot, belasah jer guna...wakakaka...janji jadi Apam Snow White ni.

Apam Snow White
Bahan :
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
Cara :
  1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  4. Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
  • Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
  • Jika adan nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
  • Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.


Thursday, March 17, 2011

Homemade Coklat Ice Cream



Assalamualaikum. Walaupun cuaca kat kampung sejuk, tetap juga Mas nak tayang Homemade Coklat Ice Cream yang sedapp ni. Dah tinggal sikit jer...sebelum ni Mas pernah buat, tapi Homemade Vanila Aiskrim, jadi kali ni Mas tukar jadi perisa coklat lak. Sedapp tau. Cuma untuk resepi ni, tak payah letak esen vanila dan gula, hanya coffemate dan susu perisa coklat jer. Rasanya Anna pun dah buat yang perisa coklat ni. Maceh untuk tuan resepi Kak Wana.

Homemade Coklat Ice Cream
Resepi Asal : Kak Wana.
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
  • 2 1/2 cawan serbuk coffemate
  • 2 1/2 cawan susu perisa coklat
Cara membuatnya :
  1. Satukan serbuk coffemate dan susu coklat kemudian pukul dengan mixer hingga kembang, berbuih dan ringan. Kali ni Mas blend jer semua bahan2 tu, lebih senang dari mixer. 
  2. Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam petisejuk.
  3. Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer sekali lagi hingga lembut. Mas blender sekali lagi.
  4. Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
  5. Bila telah beku boleh lah di hidangkan.
  6. Kali ni Mas try makan ngan Pancake Mayonis, sangat sedapppp...



Wednesday, March 16, 2011

Tapai Pulut



Assalamualaikum. 
N3 pertama dari kampung, meh layan Tapai Pulut . Tapi Tapai pulut ni bukan Mas yang buat, MIL order dari orang kampung, untuk kenduri sepupu hubby. Sajer merasa sikit. he..he...Sedapp tau..lama dah Mas tak makan tapai pulut. Hilang gak kempunan ni...untuk resepi Tapai Pulut ni Mas letakkan disini untuk rujukan Mas dan untuk sesiapa yang teringin nak membuatnya. InsyaAllah, nanti  sampai seru mentapai, Mas try buat. Untuk resepi Tapai Pulut ni, Mas ambik dari Myresepi. Tengok respon, ramai yang dah mencubanya. 



Tapai Pulut

Bahan :
1 kg beras pulut
1/2 biji ragi - ditumbuk halus
daun pisang @ daun getah @ daun keladi - kalau tak ada bekas plastik pun boleh





Cara membuatnya :
Tanak pulut. Untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan,
apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan
Tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi.
 Kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,
Setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang dan peram selama 2 hari. 



Monday, March 14, 2011

Marble Chocolate Cheese Cake Lagi



Assalamualaikum. Jangan pelik lak tetiba ada n3 memalam buta ni...Marble Chocolate Cheese Cake Lagi...layan jer la yer kek yang sedapp ni. Mas pernah buat sebelum ni, boleh lihat DISINI. Marble Chocolate Cheese Cake ni buah tangan untuk keluarga dikampung. 
Mas sekeluarga akan balik kampung pagi esok. InsyaAllah, sesudah subuh, kami akan berangkat. Tak la panas sangat masa perjalanan tu sebab masih pagi..he..he...
Mudah2an kami sampai dengan selamat ke tempat yang dituju...InsyaAllah...
Berbaloi tau buat lagi Marble Chocolate Cheese Cake ni sebab kek ni memang sedappp. Rasa coklat dan cheese tu serasi sangat. Kali ni Mas buat 1 adunan, bukan 1/2 adunan macam selalu..he..he...sajer jer cakap sebab tahu nanti ada yang bertanya...wakakaka...

Marble Chocolate Cheese Cake Lagi
Sumber  : Kak Yatie
Bahan-bahan
Bahan A
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus ( Mas dan Kak Yatie guna tepung gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat@coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair - Mas guna susu segar
Bahan B
  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara membuatnya :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Mas guna bekas kek non-stik yg berlubang tengah. 
  3. Putar mentega dan gula hingga putih.
  4. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  5. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  6. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  7. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  8. Mas masukkan dalam blender dan blend.
  9. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  10. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  11. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  12. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  13. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  14. Cucuk dngn lidi kecil @ btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.


Kek yang dah siap dipotong dan dimasukkkan dalam bekas.