Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, August 8, 2010

Donut Pisang



Ni kes nak menghabiskan pisang kat dapur tu yang dah nazak sangat...Ain ngan Daniel kalau kulit pisang tu dah macam nak kecut dah tak nak makan....nak pisang yang segar jer....jadi Mas buat Donut Pisang....kebetulan nampak kat dapur Izah ari tu....memang betul kata Izah, rasanya seakan2 cokodok pisang tapi cokodok yang gebu....ha..ha..yang kelakarnya Ain ngan Daniel berbisik2  lepas tu tanya Mas kenapa Donut ni rasa pisang....muahaaa...Mas pun cakap sebab nama donut ni Donut Pisang...mesti la rasa pisang...maceh yer Izah resepi donut ni...resepi asal Izah cakap dari Kak Rima, maceh juga yer kak...    
                         
Donut  Pisang
Copy :Kak Rima
Copy : Izah 
Bahan :
  • 100g tepung kek
  • 400g tepung roti
  • 100g gula halus
  • 11g yis segera / sepeket
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh bread improver - mas tak letak
  • 100ml air
  • 3 biji kuning telur
  • 100g butter
  • 300g pisang lecek ( kurangkan sikit kpd 200g - terpulang pd keranuman pisang )
Cara membuatnya :
  1. Ayak kedua2 tepung, masukkan yis dan gula. Ratakan adunan. 
  2. Masukkan garam, kuning telur dan separuh air. Kacau rata. 
  3. Masukkan pula pisang dilecekm dan gaul lagi . Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut. Jika doh agak keras boleh tambah lagi air.
  4. Biarkan doh selama 20 minit @ sehingga 2 kali ganda.
  5. Bahagikan doh 30g setiap biji dan bentukkan  menjadi donut. Biarkan selama 10 minit dan goreng hingga kuning keemasan dengfan api sederhana. Taburkan gula atas donut.
Note : Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan jadi lembik. Untuk langkah berjaga2, masukkan air sedikit demi sedikit . Selamat mencuba...



7 comments:

  1. donat pisang dah sampai ke dapur mas ya :)

    ReplyDelete
  2. issshhh mas...donut pisang la..sedap..tak pernawat & makan..pisang yg akak beli tu dah jadik lain lak..bak ahh..errr..10 ketul ah ko!!!! mintak tak agak2 punya!!!

    ReplyDelete
  3. salam kak c.m...tu la..tergoda tengok kat dapur izah...kebetulan pisang pun ada...sedap tau...


    salam kak yat, ha..ha..tu untuk makan berapa orang...sedap tau kak...try la buat, pisang dah masak ranum lagi sedap buat donut ni....

    ReplyDelete
  4. salam kak...ha..ha..geram tengok donut kat rumah izah...lagi pun ada pisang kat rumah....terus la buat,...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...