Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, February 20, 2011

Donut Mayo



Meh sama2 sarapan Donut Mayo pagi2 ni sebelum tuan rumah kluar gi jejalan ke pasar tani kejap lagi. Hubby keje malam ari ni, jadi boleh la kepasar tani. Donat ni Mas buat petang semalam, setengah difrozenkan untuk sarapan pagi ni. Lembut dan gebu jer donat Ros ni. Nampak Kak Anna pun dah mencubanya. Mas kalau mendonat ni, toppingnya selain gula, mesti letak coklat untuk bebudak. Tak mo cakap banyak....Mas nak keluar dah ni...bw akan berjalan kemudian yer...bye..bye... 

Donat Mayo
Resepi asal : Ros Jintanmanis
Bahan :
  • 330 gram tepung gandum
  • 1 1\ 2 sudu besar mayonis  - Ros guna mayonis jenama kimball
  • 1 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 1 biji telur -  dipukul sedikit mengunakan garpu
  • 140ml air suam
  • 1 1\ 2 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula 
  • 4 gram yis @ 1 1/2  sudu kecil
  • sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.
Cara membuatnya :
  1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

16 comments:

  1. Pagi Mas..sedapnya pagi pagi dah ada donut panas...
    selamat berhari minggu..

    ReplyDelete
  2. salam mas..bestnya nak p pasar tani mesti masak sedap2 kan hari ni.. kak ilah tak leh masak yg bukan2 nanti pesakit gatal2..kak ilah pun puasa laa hehe nak turunkan kg ni..

    ReplyDelete
  3. agaknya apa kuih muih yg dibuat guna mayo nie mmh gebu dan sedaplaa mas..akak pernah buat jemput2 ikan bilis guna mayo,mmg lembut dan gebu gitu.....

    ReplyDelete
  4. salam mas...beli apa kat pasar tani tue????

    ReplyDelete
  5. Asslamualaikum..
    Nak yang coklat gak boleh?. Mood nak mendonut dah pegi bercuti. susah betul le.

    ReplyDelete
  6. feveret...!! tapi tak reti uli & takde BM..

    ReplyDelete
  7. kak mas...dh balik soping ke????hehhehehe.....ni dok tunggu puan umah balik dari tadi ni nak makan donut mayo nih... siap bawak kopi ais nak layankan ngan donut nih...
    mane kak mas ni????kak mas...balikla...balikla....(baca dgn sore mendayu-dayu ye)

    ReplyDelete
  8. sekali lagi..dah lagi nak habaq........

    mas...........topping coklat tu..nak sini...

    ReplyDelete
  9. adud mas...bahagianya ada BM and leh wat memacam ni...haaaa...itu donut wat kak ayu....jeles wooo....errr tapau sket.....

    ReplyDelete
  10. lama jugak tak mendonat.. tgok donat mas rasa teringin pulak.. kumpul kekuatan la dulu eh.. hihihi...

    ReplyDelete
  11. yang coklat tu nampk sungguh menyelerakan! :)

    ReplyDelete
  12. Salam Mas,

    Nak donut yg ada coklat meleleh tu boleh tak...hehehz. Tergoda btol dgn coklat yg meleleh2 tu......:D

    ReplyDelete
  13. waduh..gebuss sungguh donut tuh..bak 2 ketui kt akak!!

    ReplyDelete
  14. wah sedapnya donut gebus mas ni...rasa nk ngap jer...lapar lak perut ni..nk tido pun leh ingat mkn lagi ni...hehe

    ReplyDelete
  15. makcikk... nk seketui buat bekpes ari ni..letih poya2 smlm..haha

    ReplyDelete
  16. wahhhh..udah lama gua x mendonutttt...aritu nak buat yis x naik2 lak..lom expired tapi merajuk agaknya..hahaa

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...