Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, July 4, 2010

NASI TOMATO



Nasi Tomato yang dimakan dengan Ayam Masak Mamak semalam, resepi Nasi Tomato Mas copy dari Kak Yatie, tima kasih ye kak, memang sedap Nasi Tomato ni...

Bahan-Bahan:
  • 5 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 20 minit
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato - cincang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 s/b majerin /minyak sapi
  • 5 s/b minyak
  • Garam secukup rasa
  • Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak, tambah lagi 1/2 cwn air)
  • daun pandan disimpul or daun sup cincang
Bahan Tumis
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 5 ulas bawang merah - hiris
  • 1 inci halia - hiris
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 inci Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang
Cara-Cara
  1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
  2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
  4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..(guna chopstick je gaul)
  5. Boleh dihidangkan bersama lauk ayam masak merah, dalca atau kerabu timun..
  6. Taburkan sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum di hidangkan.


2 comments:

  1. Salam Mas,
    Memang menyelerakanlah tngk nasi tomato ni...tngk Mas buat, akak jadi teringin nak buat lagi....mmng sedap nasi ni kan..

    ReplyDelete
  2. he..he..Danial ngan Ain suka sangat nasi tomato ni, bertambah bila makan,mas pun suka juga, tergoda mas tengok nasi tomato akak,itu yang buat semalam...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...