Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, July 31, 2010

MURTABAK MAGGI



Malam tadi tetiba jer rasa lapar..masa selongkar peti ais, Mas nampak ada maggi kari...telur pun ada banyak lagi...jadi teringat Murtabak Maggi kat dapur Che Mat Gebu, nampak sedap sangat...tanya kat En Azha dia pun setuju...jadi la murtabak maggi ni..mas letak sosej ngan daun bawang jer....

Murtabak Maggi
Resepi :  Che Mat Gebu
Bahan :
  • 2 peket maggi 
  • 3 biji telur
  • 1 batang sosej
  • sedikit daun bawang
  • sedikit lada putih
Cara membuatnya :
  1. Celur maggi sahaja hingga kembang , toskan dan sejukkan . Celur sosej dan potong2.
  2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan rencah kari maggi, lada putih, maggi yang telah dicelur hingga kembang, sosej dan daun bawang. Sebatikan .
  3. Panaskan  non-stik pan , letakkan sedikit marjerin dan tuang bahan2 tadi seperti memasak telur dadar, mas tuang semua sekali dan masak dengan api perlahan dan tutup non-stik pan tu dan biarkan murtabak masak dan terbalikkan dan biarkan lagi hingga betul2 masak.
  4. Angkat dan boleh diletakkan mayonis dan sos cili..

6 comments:

  1. Salam kak mas,
    huhu.. geram saya. nak tumpang setangan murtabak megi kak...! hihihi. Dah lama nak buat, asyik tak jadi...

    ReplyDelete
  2. Salam & Slmt pagi Mas... pepagi ni jln2 tgk ada murtabak maggi...lapooorrr hehehe

    ReplyDelete
  3. indah
    salam indah..knpe tak jadi, telur sikit kot..he..he..try buat lagi tau...

    sharin
    salam sharin..memang sedap...anak2 kak mas pun suka..

    mamahawa
    salam mama...ha..ha..tak sarapan lgi ke...murtabak tu dah abis la mama, tengok jer la ye..

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya pernah buat murtabak ni cuma letak maggi dan telur je. Tak dok rasa langsung.
    Saya ni cuba rsepi ni lak, tq

    ReplyDelete
  5. salam hana...cuma maggi ngan telur jer...rencah / garam tak letak..memang la tawar cayang..ha..ha..try buat cara mas tau..selamat mencuba hana...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...