Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Saturday, July 10, 2010

KEK CHIFFON PISANG



Ari tu tengok kat rumah Izah ada Kek Chiffon Pisang, kebetulan Mas pun baru copy resepi Kek Chiffon Pisang dari Che Wan ,macam2 resepi kek ada kat sana, jadi semalam Mas buat untuk minum petang, memang sedap, lembut dan lembab... bau Kek Chiffon Pisang ni harum semerbak satu rumah, sampaikan Daniel bising bila nak makan... lepas tu  sampai 4 keping Daniel makan he..he.....  


KEK CHIFFON PISANG

Bahan A
  • 1 1/4 cawan tepong serbaguna*
  • 1 sudukecil baking soda*ayak
  • 1 cawan pisang yang telah dilecek - mas guna pisang berangan
  • 110gm gula kaster
  • 1/2 sudukecil garam
  • 1 sudukecil jus lemon
  • 1 sudukecil esen vanilla - mas guna esen pisang
  • 1/3 cawan minyak sayuran
  • 4 biji telor kuning
Bahan B
  • 4 biji telor putih
  • 1/4 sudu kecil cream of tartar

Cara
  1. Panaskan oven pada 170'c. Pukul telor kuning dan gula hingga kembang dan gula larut, masukkan esen vanilla, jus lemon dan pisang, pukul sebati. Satukan kesemua bahan2 kering yang lain dan masukkan kedalam adunan telor kuning tadi. Sebatikan dan ketepikan.
  2. Didalam mangkuk yang lain pukul bahan B hingga kembang dan tiada lagi cecair telor. Kaup dan masukkan kedalam adunan tepong dan sebatikan hingga rata. Tuang kedalam acuan kek chiffon dan bakar selama 40-45 minit @ hingga masak dalamnya. Angkat dan terbalikkan/sejukkan diredai. Keluarkan kek setelah sejuk.

5 comments:

  1. ooo cenggitu ye...rasa moist ke kering kek cipon ni mas..mas..kalau nak link kat che wan tu, masa mas buat nama tu, mas terus tekan kat link yang ada simbol kat atas tu..pastu mas masukkan terus address blog dia..senang terus nanti bila mas post, kita tekan tang nama terus bleh klik masuk blog dia..erkkk..paham ke?hikhik..ke mas dah tahu..

    ReplyDelete
  2. kek tu rasanya lembab dan lembut, tu la, mas dok cari follow kt blog che wan tu tak jumpa la...cuba izah cari pulak...yang izah cakap ni untuk click kat nama che wan terus gi blog che wan ke, mas try buat ye...

    ReplyDelete
  3. Salam Mas,

    kat sini pun ada pisang tapi masih berbelah bagi nak wat apa..lama kita baham gitu jer kang!!! :)

    ReplyDelete
  4. ha ah..click je kat nama terus gi ke blog che wan.mas gi edit post, highlight tang che wan, pastu mas pilih icon yg atas banyak2 tuh cari yang btulis link.pastu masuk je address blog chewan..tu terus bleh link kan terus..

    ReplyDelete
  5. yat
    he..he..itu yang paling senang...cepat dan sedap..

    izah
    berjaya..mas dah buat dah..tima kasih ye..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...