Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, July 28, 2010

BEST EVER MUFFIN



Ha..ha,,rasanya dah mula seronok memuffin..orang lain dah lama buat, cuma mas jer yang baru tergerak hati nak memufin...memang seronok buat muffin ni, senang dan sedap...bahan2 pun ringkas jer..Ain pun dah minta muffin untuk bawa bekal kesekolah...resepi Best Ever Muffin ni Mas copy dari Izah, tokey muffin tu..tima kasih Izah...lain kali boleh cuba yang lain lagi...memang sedap muffin ni..



BEST EVER MUFFIN
Copy : Izah

Bahan ( untuk 12 biji muffin ) :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan minyak sayuran - mas guna minyak masak
  • 2 keping slice cheese - mas tambah
Cara membuat :
  1. Panaskan oven pada suhu 205c ( nanti diturunkan ke 180c bila nak bakar muffin )
  2. Dalam mangkuk,campurkan tepung gandum,baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
  3. Dalam mangkuk yang kecil,pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi dan gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul - ketul sedikit.
  4. Tuang adunan kedalam mangkuk muffin.
  5. Pelbagaikan muffin anda :
  • Muffin Blueberi - Campurkan 1 cawan blueberi segar
  • Muffin Kismis - Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang
  • Muffin Kurma - Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang
  • Muffin Cheese - Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut. ( mas letak 2 keping slice cheese yg dihiris2 halus.
6 . Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning - kuningan. 


6 comments:

  1. hehee..tu la..kalau dah start memuffin sonot kan..mudah..sodap..anak pun suke.. nanti bleh try mufin coklat plak mas...tapi saya paling suke muffin strawbery tuh..bestt!!

    ReplyDelete
  2. msuk dpur mas plak..rjin btul mas msk2...mtak mffin tu 3 ktoi..kmaz jrang buat mffin sbb anak2 xmkn..huhu..xreti pun ye jgk..hahaha..

    ReplyDelete
  3. izah
    tu la, seronok betul buat muffin ni..senang dan sedap..dah berjangkit dengan izah ni..memang nak try buat...Ain ngan Daniel suka perisa coklat..

    kak maz
    mas pun dulu tak reti kak..bila try buat, sedap pulak..boleh..cukup ke 3 ketoi tu kak...

    ReplyDelete
  4. Salam kak mas,
    banyak versi tu kak.. bestnya muffin ni. Bole letak inti macam2... yum yum. amik seketul gak. hihi

    ReplyDelete
  5. Mas...cantik muffin tu,ada cheese lak lg..mmg kit la..mesti sedap

    ReplyDelete
  6. Indah
    tu la, boleh pilih yang mana...boleh indah..tinggal pun seketul jer..

    ida
    betul tu ida, memang sedap...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...