Assalamualaikum. Semalam tetiba jerk rajin nak meroti...jadi Mas try buat Roti Naik - resepi II lak....sebelum ni pernah buat Roti Naik resepi Puan Asmahan. Roti Naik yang ini memang berbeza sikit bahan2nya..salah satunya tak menggunakan telur...tetap lembut gebu jerk roti ni walaupun dah sejukkkk....Mas cicah ngan sambal udang semalam...sedappp weehhh.....pagi tadi lak cicah ngan white coffee...hmmmm...terbaik la roti ni....manyak sedappppp.....maceh pada tuan resepi R.Net. Boleh juga dilihat di dapur Kak Hana dan CMG.
Roti Naik - resepi II
Sumber : Kak Hana dan CMG
Bahan :
- 400 g tepung roti
- 100 g tepung Hong Kong - Mas dan kak hana ikut mat gune tpg gandum je!
- 250 ml air - Mas dan Kak Hana guna susu segar + air sikit
- 50 g susu tepung - mas dan kak hana x letak
- 3/4 camca teh bread improver - yang ni resepi asal tak de
- 180 g gula perang (brown sugar) - hana ltk 110-120g gula halus
- 100 g mentega
- 11 g yeast segera
- 1 camca teh esen vanilla
- Beberapa titik pewarna kuning
Cara membuatnya :
- Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
- Kaedah lain: Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
- Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
- Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.
Simpan roti di dalam bekas bertutup untuk mengelak roti menjadi keras kerana terdedah pada angin. Hmmm..tengok roti naik ni..lembuttt kan...sedapp juga dimakan begitu sahaja...