Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, June 1, 2011

Ikan Asam Daun Kari



Assalamualaikum. Bertemu lagi pagi ni dengan Ikan Asam Daun Kari ni. Sedapppp looo..rasanya masam2 pedas tu amat serasi ngan tekak Mas. Nampak semalam Mamahawa pun dah buat guna ikan tenggiri. Sebelum tu Mas nampak Izahdaut buat, mek jahh tu guna ikan selar. Mas lak guna ikan tongkol jerk...tetapp sedappp...maceh pada Kak Asma yang sudi berkongsi resepi ikan ni. Lain kali Mas nak try guna ikan tenggiri lak macam resepi asal.....anak2 memang suka masak ikan masak gini...sedapp2 kata bebudak tu.....

Ikan Asam Daun Kari
Resepi : Kak Asma 
Sumber : Izahdaut dan Mamahawa
Bahan :
  • 4 keping ikan tengiri - Mas guna ikan tongkol
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • sedikit halia - dihiris
  • 1 biji lada merah dan hijau - dihiris
  • 1 batang serai - ketuk
  • sedikit daun kari
  • garam, perasa, air asam jawa
Cara memasak :
  1. Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu.
  3. masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam.
  4. biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
  5. kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.


17 comments:

  1. Salam Mas, wow kak memang suka ikan asam tapi belum cuba yang pakai daun kari. Nampak sedap boleh la cuba

    ReplyDelete
  2. adoyaii..pesal le tenet tenat sgt harini..berjanggut aku tekan kotak komen baru keluar..huhu...nak try gakle..ikn tenggiri ade nih...

    ReplyDelete
  3. kak Paty's Kitchen - Cook with passion,

    sedappkan kak masak asam gini...
    sedappppp..
    try lak resepi ni kak...
    best tau..

    ReplyDelete
  4. Anna Qawina,

    hmmmm..elok bebenar la tu...
    gi masak cepattt..
    nanti boleh kasi aku sikit...kikiki

    ReplyDelete
  5. Salam kak mas! bwkkan akak puding seglas ya segelas jerrr kongsi2 hihihi... ikan asam sedap!!!!! tapi yg tak tahan tu ada daun kariii!!! uuuwaaaaaaaa......sedapnyer ada bau2 kari gitu! daun kari kita dah arwah lamaaaaaaaa dahhh :-(

    ReplyDelete
  6. As'salam Mas

    Kalau dah sedap memang laju jer makan kan. Ikan tongkol ada sekor tu dalam petiais, boleh gak kalau nak cuba resipi ni Mas. Tapi yang makan cuba kak ct dgn Hb jer lah. anak2 memang tak pandang pun kalau ikan2 ni, kalau ayam lajuuuuu jer..hihihi

    ReplyDelete
  7. ijayuji,

    ika..meh hulur puding tu dulu....nanti lupa lak nak kasi..kikikiki

    try buat ika ikan masak asam ni..
    sedapp tau...
    gi cari daun kari cepatt....

    ReplyDelete
  8. kak ct,

    akak..selamat mencuba..he..he..
    anak2 mas dulu pun gitu kak..
    bila mas paksa diaorang makan ikan..
    suka lak sekarang...

    ReplyDelete
  9. simple jer.. akk pun prnh masak camni .. cuma tak letak daun kari.. tgok masing2 dah mnayang rasa nk pulak.. tpi hr ni .. ada org mngidam sardin.. so kene layan dulu..

    ReplyDelete
  10. Kak dZana,

    hmm...betul tu..simple dan sedapp lauk ikan ni....
    mas dah lama tak masak sardin....kikiki

    ReplyDelete
  11. mas,ni mmg fav kiter..btambah2 nasi :)))

    ReplyDelete
  12. Deliah's Deli ,

    betul tu del...aku pun tertambah gak sikit nasi semalam...kikiki

    ReplyDelete
  13. izahdaut,

    tu yang aku suka makcik.....kikikiki

    ReplyDelete
  14. akak x perna lg cuba nie.. nak cuba gak nanti nie.. nmpk sedap tuu...

    ReplyDelete
  15. kak Diana @ Melley Mey,

    akak..mas pun first time buat tau..
    sedappp...

    ReplyDelete
  16. wah ..tak pernah try lain kombinasi asam & kari.. boleh try ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...