Search This Blog

Tuesday, June 7, 2011

Pes Sambal




Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, Mas sekeluarga selamat sampai ke Subang malam tadi......hmmm....hari ni kerja mendobi dan mengemas pun jadi berganda2 la kan....rasanya masak untuk ari ni pun ala kadar jerk...kikikiki..lagi pun Mas ngan anak2 jerk kat rumah...abang kerja pagi ni. 
Jadi layan lah dulu Pes Sambal ni. Pes Sambal ni memang Mas buat tiap2 minggu untuk memudahkan kerja2 memasak....boleh lihat DISINI untuk n3 Pes Sambal sebelum ni. Mas selalu gunakan Pes Sambal ni untuk menggoreng bihun, mee , nasi dan kuetiaw goreng dan juga memudahkan untuk membuat sambal ayam, ikan, udang, sotong, daging dan lain2. Hanya perlu tumis balik pes sambal tu, letak sedikit minyak jerk dan masukkan ayam @ ikan yang telah digoreng @ daging yang telah direbus empuk @ sotong @ udang dan masak seketika dan boleh tambah sedikit air panas jika nak sambal tu berkuah sedikit. Tak mengambil masa lama sebab Pes Sambal ni dah cukup masak. Memang memudahkan Mas memasak sambal. Jadi Mas kongsi2kan disini....selamat mencuba...


Pes Sambal 
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 1/2 biji bawang besar - lebih banyak lebih sedap - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
20 tangkai cili kering ( ikut pedas cili tu ) - dipotong2 dan direbus dengan air panas, toskan dan buang biji cili tu - dikisar
 sedikit udang kering - agak2 untuk sedapkan sambal ( tak letak pun tak pe) - dikisar
sedikit ikan bilis ( agak2 utk sedapkan sambal )  - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris2 nipis
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis
3 - 5 keping asam keping - bergantung pada jenis asam

Cara :
Tumis bawang besar yang dihiris2 tadi dan kemudian masukkan bahan2 yang telah dikisar dan tumis dengan minyak secukupnya.
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa, 3 - 5 keping asam keping, 1 kiub ikan bilis dan kacau rata dengan api perlahan hingga sambal pecah minyak dan garing, Mas selalu masak lebih kurang 1 jam.
Memasak sambal ni perlu pandai agak2 minyak tu masa memasak supaya sambal tak mudah kering dan hangit semasa proses memasak. 
Setelah sambal pecah minyak,sejukkan dan boleh masukan kedalam bekas bersih bertutup rapat dan boleh disimpan dalam freeze dan boleh bertahan hingga 2 minggu lebih.
Semasa hendak mencedok sambal, gunakan sudu bersih yang kering.
Pes sambal ni boleh digunakan untuk aneka masakan, hanya perlu tambah bahan2 lain seperti halia untuk sambal ayam @ puri tomato dan sos cili untuk ayam masak merah.
Untuk sambal sotong, udang @ ikan, hanya perlu panaskan balik pes sambal tu, kemudian ,masukkan udang @ sotong dan masak sekejap...begitu juga dengan ikan...
Boleh juga digunakan untuk menggoreng nasi, bihun, mee @ kuetiaw.
Untuk asam pedas, hanya tumbuk kunyit dan halia, kemudian masukkan pes sambal dan masak seperti memasak asam pedas yg biasa.



  • Contoh Sambal Ikan Tongkol yang menggunakan Pes Sambal...
    Mas hanya goreng ikan tu dan kemudian tumis pes sambal dan masukkan ikan tongkol, sebatikan dan boleh diangkat. 



    16 comments:

    1. Assalamualaikum mas...
      ermmm... 1 tips yg agak berguna yer mas.. akak x perna lg buat pes mcm nie.. biasanya nak masak baru buat.. :D. menarik..

      ReplyDelete
    2. Salam MAs....

      Thanks kongsi pes ni, lepas ni ira nak buat stok untuk bulan puasa. Kalau masak sambal, baru berselera sikit untuk berbuka...

      ReplyDelete
    3. makcik ..aku rasa dulu ko ada letak mayonis kan.. aku pernah cube pes sambal ko ni... tapi tak de plak aku letak entry nya.. haishhh kena buat lagi ni. memang betui memudahkan kerja kan.. kalau wanita2 berkerjaya musti slalu buat gini memudahkan kerja kan mas..

      ReplyDelete
    4. sesuai utk akk ni.. nnti akk nk tiru jugak.. selalu kisar jer lada tu pas tu masuk dlm peti ais beku.. bila nk msk kene berendam bjam2.. tu yg terus malas nk masak.. hihihi.. klau dekat boleh oder dgn mas jer paste ni.. lagi sng kan.. hihihi...

      ReplyDelete
    5. Kak Masssss cayang!!!!! kalau leh boleh order ngan akak ajerr pes sambal tuu kita order jer kak malas betul ank blend2 lada kering ni sbb tgn kita alah sikit nanti sampai ke siku gatalnyer wakakakaka... dulu2 ada sorang kwn cina kita ada ajar kalau nak thn lama mmg kena masak dulu lada blend niii tp tak pernah buat sbb malas mcm kak zana main masuk jer dlm sebok :D

      ReplyDelete
    6. kak Diana @ Melley Mey,

      akak..try la buat kak pes sambal ni...
      senang sikit bila memasak....

      ReplyDelete
    7. Wanieyra,

      ira...selamat mencuba...
      hmm..sesuai tu masak bulan puasa..
      tak yah nak rasa2 dah kan..kikiki

      ReplyDelete
    8. izahdaut ,

      makcik....memudahkan juga kerja surirumah yg sibuk macam kira ni kan...kikikiki
      sibuk bebenor la tu...muahahaha

      hmm..betul..aku ada letak mayonis...untuk sambal memang sedappppp...
      tapi aku edit sebab pes sambal ni sesuai gak untuk buat asam pedas...
      jadi kali ni aku tak letak mayonis...
      klu kau nak letak..boleh letak masa nak buat sambal...kau tumis balik pes ni, terus letak mayonis, sebatikan dan boleh letak ikan @ ayam...

      ReplyDelete
    9. kak dZana,

      akak..mas dulu pun gitu gak...
      kisar sambal simpan...
      kena masak lama lak untuk buat sambal...
      bila buat pes sambal ni..
      hmmm...senang kerja menyambal....kikiki
      kejapp jerk dah siap sambal tu..

      ReplyDelete
    10. ijayuji,

      ika bucuk ...
      senang buat pes sambal ni...
      kira sekali jerk masak sambal tu..
      lepas tu boleh banyak kali buat sambal dengan cepat...

      ReplyDelete
    11. Mas...
      cili kering tu kalau ira ganti dgn cili giling yg jual kat kedai tu boleh ke?

      ReplyDelete
    12. Wanieyra,

      hmm..boleh jerk ira...cuma rasanya kurang umphh...jerk la...
      lebih sedapp guna cili kering...

      ReplyDelete
    13. kak Sari Yusa Ibrahim,

      betul3....
      mas suka..kikiki

      ReplyDelete
    14. memang best....tapi akak selalu guna asam jawa jer...boleh juga:)

      ReplyDelete
    15. Kak Nieza,

      boleh jerk guna asam jawa..
      sama gak masamnya...
      kan kak...

      ReplyDelete

    Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.