Search This Blog

Tuesday, June 21, 2011

Donut Ball Resepi 2



Assalamualaikum. Meh sarapan Donut Ball pagi ni. Mas buat malam tadi, untuk dibuat bekal dan sarapan anak2 pagi ni. Hmmm.....sangat lembut gebu donut ni tau...abang dan anak2 puji ...donut ni lembut gebu dan tak berminyak...siap tanya letak apa lak dalam donut tu...donut resepi Kak Dayang ni berbeza sikit sebab diletakkan ovelete dalamnya dan hasilnya tak mengecewakan...menghasilkan donut yang lembut gebu dan cara membuatnya pada Mas simple dan cepat. Maceh pada Kak Dayang dan Izahdaut pun dah menerainya dengan memosingkan donut tu dengan menarik sekali...gambar2 kat blog makcik ijah tu makin lama makin cantik, mengancam, menarik dan ku memang tertarik...tahniah makcik....nanti aku berguru ngan kau yerk.... begitu juga dengan Kak Yatie yang telah mencuba lebih awal...tengok donut Kak Yatie...comei2 jerk mulat2nya....

Donut Ball 
Resepi : Kak Dayang 
Sumber :  Izahdaut dan Kak Yatie
Bahan :
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara membuatnya :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan


30 comments:

  1. bula mulat donut mas ni..nmpk gebuss dan lembut...masuk list, entah list ke brp..ada kerajinan baru buat ..

    ReplyDelete
  2. Kak Mas,amboi comeynya donut..Hehe teringat lak donut trofi AF kak izah tu..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya Donat mas ni.....nnt boleh la akak try buat....

    ReplyDelete
  4. As'salam Mas

    Horayyy...hari ni dapat BW sana sini. sebab dah siap kemas2 kat dapur tu...hihihi. Rajin ya buat donat niiiii, bak ler doant tu mas nak gak merasa. tapi nak buat macam mood tak nak mari2 gitu, molat2 jer suka tengok... hehehe.

    ReplyDelete
  5. morning kak mas!! wahhhhhhhh...... sedap nyer!! gebus! tun je yg x buat2 lagi nii..

    ReplyDelete
  6. Ida,Japan,

    kak ida..memang lembut gebu donut ni...
    mulat2 senang nak masuk mulut kan..kikikiki

    ReplyDelete
  7. Zaliedana,

    ct...yang tu kak mas kalah..kikikki
    ni gara2 tergoda nengok donut ijahh tu gak...

    ReplyDelete
  8. fieda,

    selamat mencuba kak..
    memang best donut ni...

    ReplyDelete
  9. CT Delima,

    kikikiki...boleh merempit la ni kak...
    ada lagi tu kak..gi la ambik...

    ReplyDelete
  10. tun_telani,

    tun..try la buat donut ni...
    sedapp tau..
    lembut gebu jerk..

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Tak boleh jadi ni Mas pun dah buat ni..huhuh..awat tak habaq mai..kalau tak boleh menapau buat bekal gak!..

    ReplyDelete
  13. shy shy cat bila makcik pujii..ahakss.. bagi 10 biji nak makan ni...lapaaaarr

    ReplyDelete
  14. hah3..klakorlah Izah tu...siap shy2 cat lagi....ekekkeke...mmng betulkan Mas, donut ni mudah, sedap dan lembut....kalau malas2 nak wat kuih apa, wat je donut ni..anak2 mmng suka.

    ReplyDelete
  15. mas sedapnya donut.. bila lah akak nak buat...
    dah lama memerhati donut ni.. dan rata2 semua kata sedap! mmg harus di cuba ni..

    ReplyDelete
  16. akak pun dah buat resepi kak dayang ni mas, sedapkan..gebu dan lembut gitu..hubby siap suruh buat lagi :)

    ReplyDelete
  17. Kak Mas memang gebus n sedap jek tgk.. comel2 lak tu.. mana tak + + sedap he he he.. nak try gak..heheh semangat he he he

    ReplyDelete
  18. Rajin tul ko nih mendonut mas..lenkali anak aku nak makan aku suh ko buatkan jelah..kalo kite berjiran laa kan..ehee...

    ReplyDelete
  19. Bergolek-golek donut tu datang ke dapur akak, terima kasih ya SODAP..... lembut dan gebu

    ReplyDelete
  20. Mas.. Donut bulat2 senang anak nak mkn.. Anak ita fathnin ok donut ni tp fateh bulat2 kurang suka sikit...:)

    ReplyDelete
  21. Sally,

    akak..ada lagi mas buat frozen..gi ambik goreng....

    ReplyDelete
  22. izahdaut,

    haa..menyorok...iklas aku puji tau...
    dah abiss la makcik..tinggal yg difrozenkan tu..
    gi la ambik goreng...

    ReplyDelete
  23. kak Yatie,

    akak, ijah tu gatai..kikikiki
    betul tu kak..lembut gebu kan donut ni..
    senang jerk membuatnya...

    ReplyDelete
  24. kak AZLITA AZIZ,

    akak..try la mendonut kak..
    best sangat donut ni..

    ReplyDelete
  25. kak Mieza,

    abang pun suka kak..
    lembut gebu kan donut ni..
    sedapp...

    ReplyDelete
  26. erma,

    bagus tengah semangat...
    gi godek2 buat cepat.....

    ReplyDelete
  27. HaSue,

    sue..klu berjiran...boleh jerk anak kau join makan sekali....
    meh pindah sebelah rumah aku....

    ReplyDelete
  28. Paty's Kitchen - Cook with passion,

    bestkan kak donut tu..
    anak2 mas suka sangat...

    ReplyDelete
  29. Juwita Jamaludin ,

    ita..buat bentuk donut pun tak pe...
    rasanya tetap sama..
    selamat mencuba ita...

    ReplyDelete
  30. wahhh...Mas pun dah buat yer..gebusss, kan Mas..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.