Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, June 9, 2010

Kuih Sagu



Gara - gara tergoda tengok kuih Sagu kat dapur Indah, Mas terus buat masa masak tengahari tadi, Mas memang suka kuih Sagu, disebabkan dah lama tak makan, bila dah nampak jadi gelisah plak selagi tak makan, mengalahkan orang mengandung plak,he..he..sagu pon ada sikit je, jadi dapatlah 3 ketoi, lepas la kempunan tu....wakaka..memang kelakar bila difikirkan, sagu tu dah lama tersimpan dalam almari, jadi tadi kira nak menghabiskan stok la....


Kuih Sagu
Sumber : Mas - Duniaku
Bahan :
  • 1 cawan sagu biji kecil
  • 2 cawan air
  • 3/4 gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
  • sedikit pati sirap
  • 1 helai daun pandan - untuk mewangikan kuih tu
Untuk salut
  • kelapa parut - agak 2 
  • sedikit garam - digaul sebati dengan kelapa parut
Cara :
  1. Rendam sagu hingga kembang.
  2. Panaskan air, masukkan pati sirap, daun pandan dan gula, biar mendidih .
  3. Toskan sagu tu dan masukkan sagu kedalam air yang mendidih tu, kacau hingga sagu menjadi agak 2 pekat dengan api sederhana, kalau masih ada biji 2 putih, tak pe, biarkan. 
  4. Tuang sagu kedalam loyang atau acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 20 minit dengan api sederhana atau sehingga biji 2 putih sagu tu hilang.
  5. Apabila sejuk, keluarkan dari acuan, kalau dari loyang potong ikut saiz yang dikehendaki dan salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
  6. Jeng..jeng..boleh dimakan

3 comments:

  1. mas..rasanya saya pun nak buatgak kuih sagu ni..sagu pun ada lagi..saya mmg suka kuih sagu ni tapi hubby tak suka, kalau buat asik bedal sengsorang e..huhu

    ReplyDelete
  2. salam kak mas,
    ala... dah abis kak? takpe la, balik dulu la... hihihi. oh, kena rendam dulu ya baru kacau atas dapur. nanti lenkali nak buat camtu ;)

    ReplyDelete
  3. izah
    kalau dah teringin buat je izah, mas pon makan ngan anak bujang mas je, suami ngan anak dara mas tak suka..susah kan selera tak sama...

    indah
    ala cian indah, merajuk ke..he..he..cuba la buat macam k.mas buat tu, k.mas pon belajar dari mak k.mas..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...