Assalamualaikum.
Masak limpa lagi hari ni, kali ni Mas masak limpa ala mamak plak, boleh tahan sedapnya..., derhaka sikit resepi udang mamak tu yang datang dari rumah Kak Hana jadi Limpa Ala Mamak..he..he..jangan marah ye Kak Hana, sekali2 tukar selera apa salahnya...memang terbaikk la resepi ni...
Limpa Masak Ala Mamak
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
limpa - dicuci dan direbus hingga lembut
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 cm halia muda - tumbuk
sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
cili kisar ikut pedas
2 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
sedikit daun bawang - potong2
cili merah - dihiris
secukup rasa dan serbuk lada sulah
garam dan gula jika perlu
Cara :
Potong limpa nipis2 dan gaul dengan garam, kunyit ,serbuk lada sulah dan sedikit tepung gandum.
Goreng hingga garing dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, daun pandan ,daun kari hingga naik bau.
Masukkan bawang putih, halia , serai, serbuk kari ikan dan cili kisar, goreng seketika.
Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, sos tiram, stok ikan, gula ,sedikit garam, gaul sebati.
Last, masukkan limpa yang digoreng tadi, daun bawang yang dipotong2,
cili merah yang dihiris, kacau rata dan tutup api.
tak salah kan ubah resepi ikot slera :)
ReplyDeletehe..he..betul tu nisya..
ReplyDeletesalam kak mas,
ReplyDeleteYum... sedapnya limpa. aritu nak beli, tapi tak jadi.. buat goreng mamak pun sedap ni. :)