Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, June 20, 2010

Agar2 Roti




Assalamualaikum. 
Agar2 Roti ni Mas buat masa kat kampung, suspen juga buat sebab first time buat, tak tahu rasanya macam mana. 
Alhamdulillah...sedap sangatt....puas hati buat agar - agar roti ni, anak - anak Mas pun suka makan sebab warnanya yang warna warni. Cantik kan. Sebenarnya resepi Agar2 Roti ni Mas dapat masa mencari2 resepi agar2 kat internet...tak ingat lak dari blog sape dan siapa tuan resepi sebenar Agar2 Roti ni...Mas minta dikongsikan disini yerk... 

Agar2 Roti
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 peket agar2 bertali - 20 gram
6 cawan air 
200 g gula pasir
1 tin susu cair
6 keping roti - Mas guna kulit roti sekali
1 biji telur
3 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanila 


Cara :
Roti ,susu cair dan telur disatukan.
 Apabila roti kembang, blender hingga halus.
Agar2 direndam sekejap kemudian toskan. 
Satukan agar2 dengan 6 cawan air dan masak hingga agar2 hancur dan tapis. Masukkan semula ke dalam periuk.
Masukkan gula dan apabila gula sebati masukkan bahan2 yang diblender tadi. 
Kacau  sekejap dengan api perlahan.
Bahagikan ke - 3 bahagian dan masukkan warna tiap2 bahagian tu. Kacau rata.
Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( SEKALI TUANG HABIS 1 WARNA YER ) dan diikuti dengan warna lain juga, dituang ditengah loyang, TAK PAYAH TUNGGU ADUNAN TU KERAS.
Sejukkan didalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong.
Sesuai juga dibuat untuk jamuan atau kenduri....


11 comments:

  1. Salaam Mas...

    Cantik betul pudding Mas. Tetiba je terasa nak makan pudding! Kot dekat, mama mengendeng dari Mas aje...

    ReplyDelete
  2. mas..lawa nyer puding roti mu..shanteekk..bertambah sayang la mak mertua mas..hikhik

    ReplyDelete
  3. Hello Mas, for your first time, it sure looks very good, macham professional.
    It looks delicious. Ada lagi ke? Ha ha. I love the colours. And I think 6 pieces with iced coffee will do fine with me, ha ha.
    You have a pleasant week and keep a song in your heart. Best regards, Lee.

    ReplyDelete
  4. betullah mama cakap, cantik sangat puding tu, macam eskrim paddle pop, msti sedap jugak, ada lagi tak?

    ReplyDelete
  5. agar2 roti nih pilihan dessert or pencuci mulut time kenduri! sbb senang dan dah tentunyer sodap! kan mas kan... cantik marble mu!

    ReplyDelete
  6. izah
    he..he..itu yang makcik suka,kena la pandai ambik hati mertua kan, betul tak izah..

    uncle lee
    tima kasih uncle...dah abis la uncle,untuk uncle mas boleh buat lain,uncle nak colour macam tu juga ke...he..he..

    kak yus
    bila kak yus cakap baru mas perasan, betul la....macam ais krim paddle pop,memang sedap kak...

    kak hana
    mak mertua mas pun cakap cam tu, nak buat masa kenduri kahwin adik nanti,adik ipar mas pulak cakap cantik juga untuk buat hantaran...ok juga kan kak, senang dan sedapp...

    ReplyDelete
  7. Salam singgah Mas, 1 paket agar2 tu...agar2 serbuk ke, agar2 stripe tu? Agak2 berapa gram...rasa pulak nak buat....kalau rajin..hehe

    ReplyDelete
  8. kak ummi
    agar2 tu mas guna agar2 yang bertali tu, yang harga rm 2 ringgit lebih tu..tak ingat la berapa gram..he..he..harap dapat membantu ya kak..

    ReplyDelete
  9. so calerfull...menarik,tertarik...minta izin copy resepi ya...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...