Search This Blog

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua



Assalamualaikum.
Entry khas untuk ucapan Selamat Hari Raya buat semua kawan-kawan blogger yang dikasihi.
Syawal bakal menjelma lagi, Alhamdulillah..... 
InsyaAllah, kita akan menyambutnya pada 31 Ogos 2011 serentak dengan sambutan Hari Merdeka, Bersyukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih diberi kesempatan untuk meraikan hari yang mulia ini....
Selamat Hari Raya Aidilfitri Mas ucapkan buat semua pengunjung Blog Duniaku. 
Di kesempatan ini Mas dengan rendah hati memohon ampun maaf andai ada, terkasar bahasa atau tersilap kata, tak kiralah masa bergurau senda ataupun semasa  bersembang . Sesungguhnya yang baik2 itu semua datangnya dari ALLAH manakala yang tak elok atau pun yang tak betul itu datangnya dari kelemahan diri Mas sendiri. Mas juga memohon dihalalkan segala resipi atau ilmu yang telah diambil yerk.... Semoga hubungan silaturrahim di antara kita semua berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya.....InsyaAllah....akhir kata, Mas ucapkan..... 

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir Batin.....

Sudi2kan la amik kad raya dari Mas ni untuk digantung di rumah masing2....

Kad yang diterima dari kawan2, Terima Kasih Banyak2 :




Dari Sis Lin : Bisikan Hati



Dari Chikadakbiru : Welcome To My Life



Dari Noorsha : 1001 Cerita 1001 Rasa



Dari Izah




Dari Kak Nor

 
Dari Deliah

Dari Cik Mat Gebu DTS 

Dari Kak Madihaa

Dari Quinnie

Dari Along Roz

Dari Ita 

Dari Kak Ct Delima

Dari Kak Wana

Dari Kak Azatie

Dari Kak Naz

Dari Kak Azlita Aziz

Dari Love 

Dati Mamasya

Dari Mekna

Dari Mimiey


Dari Kak Nieza

Dari Ros Jintanmanis

Dari Kak Ummi

Dari Kak Yatie

Dari Erma Halamanku



Wednesday, August 24, 2011

Popia Pedas @ Popia Bersira Sambal



Assalamualaikum.
Popia Pedas @ Popia Bersira Sambal ni memang wajib dibuat tiap kali Mas balik kampung....memang dah jadi peberet family kat kampung...hmm...memang sedappp....kalau dah dapat menguyah....memang tak boleh berhenti tau....Popia Pedas @ Popia Bersira Sambal ni Mas belajar dari mak Mas...boleh ditambah ikan bilis yang digoreng, bijan yang disangai dan kacang tanah dalamnya ikut selera masing2...tapi Mas selalunya buat gini jerk..hanya diletak sambal ...sebab yang nak makan tu macam2 ragamnya...layan jerk lah yerk...untuk resepi Popia Manis, boleh lihat DISINI

Popia Pedas @ Popia Bersira Sambal
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 bungkus besar kulit popia 
1 biji telur - pukul sikit @ bancuhan tepung gandum pun boleh

Bahan untuk sambal :
4 sudu besar cili kisar
1 biji sederhana bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
sedikit udang kering - tak nak letak pun tak pe
garam secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis
5 sudu besar gula     
                         
Bahan sampingan :
ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garing
kacang tanah - goreng tanpa minyak
bijan - goreng sikit tanpa minyak


Cara membuatnya :
Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur @ bancuhan tepung gandum.
Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan.
Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal.
Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis, kacau, masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur bijan jika suka. 
Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.




Tuesday, August 23, 2011

Biskut Chocolate Oats Crips



Assalamualaikum. Atas permintaan seseorang, Mas buat lagi Biskut Chocolate Oats Crips ni untuk kukis raya.....kali ni Mas buat kecik2 comeii jerk....nama pun kukis raya kan...he...he..baru la cantik tersusun dalam balang nanti...dan pastinya biskut peberet Ain ngan Daniel..semenjak Mas buat Biskut Chocolate Oats Crips ni, dah jarang bebudak berdua tu minta chipsmore....lagi pun biskut ni kurang manis dari chipsmore dan yang bagusnya ada oat dalamnya....macam biasa...Mas buat 2 adunan...nak membuatnya pun tak de lama sangat...rasanya dalam 3 jam dah siap untuk 2 adunan biskut ni....sambil tengok tv, sambil gentel2 biskut ni, sambil tu boleh bakar 2 dulang sekali...tak ke cepat tu...hmm...itu pun puas mencatu ngan bebudak berdua tu..asal berbuka....pegang balang biskut ni...sabo jerk...kalau tak....rasanya dah habis 1 adunan...he..he..bukannya pe...mood ngukis ni dah lemau....itu yang tart nenas Kak Anim dan Biskut Choc Chips Kak Nor pun Mas nak buat lepas raya...he..he...

Biskut Chocolate Oats Crips
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • 130g tepung gandum - diayak
  • 30g tepung jagung - diayak
  • 20g serbuk koko -  diayak
  • ½ sk serbuk penaik - diayak
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis - ayak * Mas dan Izah tak letak
  • ¼ sk garam
  • 90g Quaker Oat Segera
  • 4-5 sudu nestum * Mas dan Izah tambah
  • 200g mentega
  • 120g brown sugar
  • ½ sk esen vanilla
  • badam nips(saya tambah sendiri)* Mas letak 1/2 cawan choc chips
Cara membuatnya :
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2. Masukkan garam, Quaker Oats segera, choc chips dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang.
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit. Mas bakar selama 20 minit. Biskut ni akan keras selepas keluar oven dan sejuk yerk..jadi jangan risau jika biskut ni kelihatan lembut lagi masa panas iaitu keluar dari oven. Untuk dapatkan biskut yang cantik keraknya...lapik dulang dengan kertas minyak yang telah disapu marjerin.


Monday, August 22, 2011

Tart Nenas



Assalamualaikum....kukis ke2 Mas lepas Mas buat Biskut Nestum hari tu. Memang sedappp gebu Tart Nenas ni....kiranya berbaloi juga Mas menerainya sebab ini Tart Nenas yang pertama Mas buat sendiri.....selalunya makan Tart Nenas yang mak Mas buatkan. Tengok la Tart Nenas Mas tu...tak berapa cantikk la..he..he..Alhamdudillah...rasanya memang cukup sedappp...maceh pada Kak Jee yang berkongsi resepi Tart Nenas yang sedap ni dan Kak Ita yang telah mempromotkan lagi Tart Nenas Kak Jee ni....untuk jem nenas tu, Mas beli yang readymade jerk...rasa malas lak nak membuatnya...pada hal hari tu sibuk tanya Izahdaut ngan Kak Nor cara membuat jem nenas.....InsyaAllah..nanti nak try juga buat jem nenas sendiri...jadi Mas letakkan juga resepi jem nenas kat sini, senang untuk rujukan dimasa akan datang....untuk Tart Nenas versi gulung ni, Mas tambah sedikit butter untuk lembutkan lagi adunan supaya senang nak dipicit, sebab adunan asal tu rasanya sesuai untuk tart nenas macam yang Kak Jee ngan Kak Ita buat...betul kan Kak Jee dan Kak Ita....

Tart Nenas
Resepi : Kak Jee
Sumber : Kak Ita
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji
Bahan :
  • 300 gms tepung gandum 
  • 4 sudu besar tepung jagung 
  • 3 sudu gula ising 
  • 200 gms butter 
  • 2 kuning telor sahaja
  • jem nenas  - Mas guna yang readymade
Cara membuatnya :
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
  2. Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
  3. Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
  4. Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI.
  5. Mas buat Tart Nenas gulung, jadi Mas tekan adunan guna acuan, letak jem dan gulung. 
  6. Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
  7. Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
  8. Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
  9. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi Jem Nenas :
Sumber : Kak Ita
Bahan :
  • 3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)
  • 2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
  • 1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
  • 1 cawan penuh gula pasir
Cara membuatnya :
  1. Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.
  2. Akhir sekali masukkan parutan epal hijau, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..

Sunday, August 21, 2011

Cheese Tart Lagiii



Assalamualaikum. Hari ni mesti ramai yang kluar shopping atau sibuk ngukis kan. Mas pun lepas zohor, nak kluar gak mencari keperluan raya yang tertinggal...ada dua tiga lagi barang2 Ain ngan Daniel yang nak dibeli.....mudah2an dapat barang2 tu dengan mudah...faham2 la....gerenti hari ni ramaii yang bershopping.....meh layan dulu Cheese Tart ni....Mas buat Jumaat lepas untuk abang bawa ke tempat kerja untuk berbuka.....terus Mas buat lorekan bunga macam yang Kak Ita tunjukkan...seronok pulak mendeko cheese tart tu...untuk resepi cheese tart ni...Mas tempekkan lagi disini...senang nak tengok resepinya kan...

Cheese Tart
Tart Crust / Shell .
Bahan-bahan :
  • 170 gm marjerin
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Mas menggunakan strawberi filling untuk lorekkan atas cream cheese tu, jadi Mas picitkan jer strawberi filling yang telah dimasukkan dalam pipe bag tu atas cream cheese. Sila abaikan no 7  dan no 8 jika menggunakan strawberi filling.
  7. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  8. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  9. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  10. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  11. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Saturday, August 20, 2011

Biskut Dam




Assalamualaikum. 
Ni la biskut Dam yang Mas ceritakan semalam. Atas permintaan seseorang, Mas mencuba resepi Biskut Dam ni. Masa mencari kat internet, jumpa resepi biskut dam ni kat blog Kak Wan, siap ada step by step lagi...hmmmm....rupanya membuat biskut dam ni memerlukan kesabaran yang tinggi...proses membuatnya memang panjang, Mas buat dari pukul 10 pagi...pukul 5 lebih baru siap dibakar....sempat lagi buat kukis lain masa membuat biskut dam ni....
Alhamdulillah...hasilnya  memang berbaloi....sedappp sangat biskut dam ni...cuma dam yang Mas buat tak secantik macam yang Kak Wan buat.....tima kasih pada Kak Wan atas resepi biskut Dam yang sangat sedappp ni...


Biskut Dam

Bahan Doh Vanila :
500 g tepung gandum - diayak
50 g tepung kastard diayak
50 g susu tepung @ creamer - Mas guna coffemate
380 g butter
150 g gula aising
1 biji kuning telur
2 tsp esen vanila

Bahan Doh Coklat :
480 g tepung gandum - diayak
50 g susu tepung @ creamer - Mas guna coffemate
30 g serbuk koko - diayak
380 g butter
100 g gula aising 
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila




Cara membuatnya :

Doh Vanila : 
Pukul butter dan gula hingga berkrim. 
Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata. 
Masukkan tepung yang diayak dan coffemate, uli hingga menjadi doh, biarkan 15 minit.

Doh Coklat : 
Pukul butter dan gula hingga berkrim. 
Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata. 
Masukkan tepung yang diayak, serbuk koko dan coffemate, uli hingga menjadi doh, biarkan 15 minit.

Cara :

Ambik doh Vanila :
Canai setebal 1 cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in ( 5" x 6" x 1" ). 
Buat sebanyak 3 kepingan doh vanila. 
Bungkus setiap kepingan doh tu dengan kertas minyak @ plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Ambik doh Coklat :
Canai setebal 1 cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in ( 5" x 6" x 1" ). 
Buat sebanyak 3 kepingan doh coklat. 
Bungkus setiap kepingan doh tu dengan kertas minyak @ plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Cara membuat Dam :
Selepas 1 jam lebih, keluarkan kedua2 doh tadi iaitu doh vanila dan doh coklat, susun kepingan doh tadi berselang seli antara doh vanila dan doh coklat, boleh lihat rujukan DISINI.
Ukur doh coklat dan doh vanila selebar 1 cm dan tandakan sebanyak 10 keping ( stripes ) kemudian potong hingga mendapat 10 kepingan doh coklat dan 10 kepingan doh vanila.
Susun bertindih berselang warna menjadi batang dan balut dengan kertas minyak @ plastik. 
Simpan dalam peti sejuk hingga mengeras sedikit. Mas simpan selama 1 jam.
Keluarkan dari petisejuk dan potong setiap batang setebal 1 cm, potong hingga habis.
Susun dalam loyang yang telah digliss dan bakar selama 25 minit dengan suhu 140 c. Mas guna suhu 160 c sebab setiap oven agak berlainan. Jangan bakar terlalu lama sehingga doh vanila keperangan kerana tidak mendapat hasil contras antara warna vanila dan coklat.

Nota :
Untuk melihat cara membuat Biskut Dam step by step boleh lihat DISINI .
Susu tepung agak berketul selepas diadun dengan mentega, boleh tukar kepada creamer seperti coffemate yang lebih halus.
Biskut ni agak besar, jika inginkan saiz yg lebih kecil, tukar ketebalannya kepada 1/2 cm. 
Biskut ini juga mengambil masa yang agak lama, jadi jangan terburu2 membuatnya. Selamat mencuba...


Friday, August 19, 2011

Biskut Nestum....memang sedapppp




Assalamualaikum. 
Alhamdulillah...akhirnya dapat juga mengupdate blog hari ni....semalam seharian blogspot buat hal....sampai naik tension dibuatnya...ingatkan internet prob....merata2 lappy ni berubah2....sampai dok depan tingkap kat ruang tamu last sekali...konon2 nak mencari line internet.....bila tengok kat fb....rupanya blogspot buat hal..ada sesetengah blogger yang masalahnya sama macam Mas....saboo jerk...dah la agak tension sikit ngukis biskut Dam semalam...dari pagi buat, petang baru siap....mujur lah sedapp biskut dam tu...hmm.....meh layan dulu kukis pertama Mas...buat biskut Nestum dulu sebab Ain ngan Daniel sibuk nak tolong ngukis...tapi tak de lamanya menolong...tak sampai 1/2 adunan...masing2 dah mula mengelat...last2 maknya juga perabiskan 2 adunan tu...muahahaha....pada Mas biskut Nestum ni amat senang dibuat dan sangat sedappppp la....untuk Izahdaut yang katanya mencari2 resepi biskut Nestum...kau boleh try resepi ni....terbaikkkkk la.....


Biskut Nestum

Bahan :
250 gm butter
100 gm kismis
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 cawan nestum
1 cawan gula caster
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara :
Pukul butter dengan gula hingga putih.
Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati
Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 175'c. 
Mas bakar 20 minit. 


Wednesday, August 17, 2011

Kuih Keria



Assalamualaikum. Dalam mood entry tertunggak lagi....nak mengupdate sehari 2 resepi pun malas kan....bak kata Izahdaut, lemau jerk rasanya..mengalahkan bebudak berpuasa...he..he..Kuih Keria ni Mas buat Ahad lepas untuk berbuka....semalam beli jerk makanan untuk berbuka...memang urusan kat hospital sampai petang baru habis...sabo jerk...Mas kalau dulu memang jarang buat keria ni walaupun anak2 suka kuih ni...disebabkan bab gula tu...rasa macam susah jerk membuatnya....bila dah pandai buat gula tu...rajin gak membuatnya kalau ada keledek...senang dan sedapp....keria tu pun tak liat sebab tepung tak banyak diletak...baru sedappkan sebab rasa keledek tu, memang lumrah kuih yang dijual....kadang-kadang.....keria tu liat sebab ada banyak tepung...terus mood makan keria hilang...jadi bila buat sendiri.....memang berbaloi2....

Kuih Keria
Resepi : syahmi@myresepi
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • 500 gm keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air -  untuk salut keria 
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuat keria :
  1. Kupas keledek dan rebus ubi keledek hingga empuk dan toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  2. Lenyek sampai hancur sementara ubi keledek masih panas.
  3. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi keledek betul2 sejuk.
  4. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  5. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  6. Setelah siap digoreng, masak gula dengan air dalam kuali lain yang bersih.
  7. Didihkan gula hingga pekat  dan kemudian masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  8. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  9. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  10. Jom kita makan.