Search This Blog

Sunday, August 21, 2011

Cheese Tart Lagiii



Assalamualaikum. Hari ni mesti ramai yang kluar shopping atau sibuk ngukis kan. Mas pun lepas zohor, nak kluar gak mencari keperluan raya yang tertinggal...ada dua tiga lagi barang2 Ain ngan Daniel yang nak dibeli.....mudah2an dapat barang2 tu dengan mudah...faham2 la....gerenti hari ni ramaii yang bershopping.....meh layan dulu Cheese Tart ni....Mas buat Jumaat lepas untuk abang bawa ke tempat kerja untuk berbuka.....terus Mas buat lorekan bunga macam yang Kak Ita tunjukkan...seronok pulak mendeko cheese tart tu...untuk resepi cheese tart ni...Mas tempekkan lagi disini...senang nak tengok resepinya kan...

Cheese Tart
Tart Crust / Shell .
Bahan-bahan :
  • 170 gm marjerin
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Mas menggunakan strawberi filling untuk lorekkan atas cream cheese tu, jadi Mas picitkan jer strawberi filling yang telah dimasukkan dalam pipe bag tu atas cream cheese. Sila abaikan no 7  dan no 8 jika menggunakan strawberi filling.
  7. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  8. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  9. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  10. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  11. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

29 comments:

  1. Assalamualaikum mas.. selamat pagi...
    wah cantiknya tart yg mas buat nie... kemas gitu... rajin mas mendeco tart tu menjadi teramat cantiknya... sukanya akak tgk...cantik sgt....

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Mas. Wah, cantik nya tart ni, ada gak tengok kat rmh Ita dulu. Time pose2 ni tak terdaya nak buat kerja rumit camni, sekut raya pun belum buat lagi.... sekut nestum Mas tu nampak sedap sangat ler.

    ReplyDelete
  3. Salam Mas


    santek arr CT tu siap ada gambar munga lagi :)

    ReplyDelete
  4. rajinnya mas buat cheese tart...

    comel cheese tart mas ni.. mmg nampak sangat kemas...

    akak pun berangan nak buat lagi ingat nak buat raya nanti.. hihi berangan aje le mas.. buatnya tak tau lagi...

    ReplyDelete
  5. comelnye tart tu!!!! teringin nk buat jugak! tapi telur dah nak habes....tengah berkira2 ni nk buat apa dengan cream cheese tu...ada dalam 100gram lagi...

    ReplyDelete
  6. Diana @ Melley Mey,

    selamat berpuasa kak..
    hmm..seronok lak mendeko cheese tart tu kak...
    macehhhh...tapi yang kak ita buat lagi cantik tau..

    ReplyDelete
  7. salam mas.. comelnya cheese tart tu.. ada bunga2 lagi pandai lorek.. ita lama tak buat teringin plak nak makan.. la ni mood makan pastry2 je

    ReplyDelete
  8. HomeKreation,

    along...yuppp..ini la corak yg kak ita tunjukkan ari tu..
    mas buat ni pun sebab abg nk bawa gi berbuka kat tempat keje kak..

    ReplyDelete
  9. Yat Maria,

    kak yat...
    sajerk try mendeko macam yg kak ita tunjukkan..
    senang dan cantik lak..kikikiki

    ReplyDelete
  10. cikgu isza,

    maceh cikgu...
    hmm..betul tu..menarik kan corak bunga ni..
    rupanya tak de susah sangat menbuatnya...

    ReplyDelete
  11. AZLITA AZIZ,

    maceh kak atas tunjukk ajar mendeko ari tu..
    seronok mas mendeko tau..
    elok bebenor tu buat masa raya...
    mesti cheese tart akak jadi perhatian nnti kan..

    ReplyDelete
  12. nuwairani ismail,

    klu nak buat boleh...
    1/2 adunan jerk la...he2...
    letak dalam apam gula hangus pun sedapp gak tau...

    http://mas-dapurmas.blogspot.com/2011/06/apam-gula-hangus-kak-jun-resepi-2.html

    ReplyDelete
  13. Juwita Jamaludin,

    haaa..teruskan jerk la ita mood mengetart lak..he3

    ReplyDelete
  14. akak pun dah plan buat cheese tart ni mas.kulitnya dah buat.dah dekat nak raya nanti baru isi cheese.kalau buat awal alamatnya tggl bekas je lah..hehe

    ReplyDelete
  15. mas-----
    moleknya lakaran bunga pada tart tu..

    agak2 kan mas, geng2 kawan2 en suami tak tempah utk lebaran ker?

    ReplyDelete
  16. Assallamualaikum Mas..
    Mas, comelnya cheese tart Mas tu.. Admire akak tau!.. Lagi admire nak rasa..hahahaha.. Buat raya nanti ye Mas.. Akak dtg beraya ke rumah Mas nanti..hehehe

    ReplyDelete
  17. wow... lawo! sweet jer cistat tu mas.. tempah 50bj nak raya ke 3 ya.. :)

    ReplyDelete
  18. waduh cantiknya tart munger2 ni..comel jek..kalau depan mata ni..hai tak tau nak cakaplah....sabor jek..

    ReplyDelete
  19. anymz,

    senang gitu kan kak...
    setakat nak letak cheese tu...
    kejapp jerk kan..
    nnti buat la corak munga ni kak..

    ReplyDelete
  20. Citarasa Rinduan,

    ayu...dia orang asyik tanya macam mana buat munga tu..he3

    ReplyDelete
  21. Naz,

    akak..sedapp tau cheese tart ni..
    lemak berkrim...
    disukai ramai..he3

    ReplyDelete
  22. K.Nor ,

    akak..pengsan mas mendengarnya..he3
    raya ketiga tu....agaknya mas sakan beraya tu...he3

    ReplyDelete
  23. Yatie ,

    akak..tu la...
    senang rupanya buat munga2 ni..
    maceh pada kak ita...

    ReplyDelete
  24. Kak Sam,

    akak...sesekali apa salahnya kan...

    ReplyDelete
  25. Hi Mas,cantik corak bunga kat cistat tu..nyum..nyum..

    ReplyDelete
  26. comeinya kuit tat mu ni mas..rajin betol

    ReplyDelete
  27. mas..cantiknya deco deco cis tat mas ni..akk mmg fail bab deco cis tat sebab tu akk malas nak deco tp cis tat mmg besh!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.