Search This Blog

Saturday, May 28, 2011

Puding Roti Karamel




Assalamualaikum. Bersiaran dipagi sabtu...cuti sekolah pun dah bermula...mesti macam2 aktiviti yang akan berjalan kan. Hmmmmm..pepagi lagi Mas menayang Puding Roti Karamel yang sangat best ni. Tengok Izahdaut dok tayang Puding Roti Karamel ari tu, jadi teringat lak kesedapan puding roti tu.....Mas pernah buat sebelum ni DISINI. Memang sangat best puding roti ni...halus jerk rasanya bila masuk mulut....sedapppppp....resepi puding roti ni asalnya dari Kak Rosaliza dan telah diubah suai oleh Kak Dayang. Daniel suka sangat ngan puding roti ni....berselera betoi tengok dia makan....sangat best dimakan ketika sejuk selepas dikeluarkan dari freeze...nyamannn jerk rasanya....

Puding Roti Berkaramel
Resepi asal : Kak Rosaliza
Diubahsuai  : Kak Dayang
Bahan :
Untuk Karamel :

  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara membuatnya :
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas.
  2. Kacau segera supaya tidak berketul.
  3. Kemudian ratakan pada loyang @ bekas yang besesuaian dan sejukkan seketika.
Bahan Puding :
  • 3 keping roti sandwic - disiat-siat
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)

Cara membuatnya : 
  1. Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. 
  2. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. 
  3. Tuangkan ke dalam karamel tadi. 
  4. Sediakan loyang @ bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. 
  5. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. 
  6. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. 
  7. Seeloknyapuding roti ni dibiarkan semalaman dalam freeze ( tunggu dulu  puding roti tu sejuk baru masukkan dalam freeze tau ) , bila nak makan baru terbalikkan dan dimakan....
  8. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang @ malam anda. 
  9. Sesuai juga dihidangkan untuk tetamu yang bertandang sebagai dessert.....nak membuat pun senang kan.
  10. Selamat mencuba........



22 comments:

  1. dtg pagi2.. bekpes puding mas.. cuti sek bawa anak2 ke mana mas..

    ReplyDelete
  2. Assalam kak mas,wah sesama la tayang puding karamel,cma sy letak kntang..Puding nih mmg sedap kan,mggu lpas sy pong dah wat..

    ReplyDelete
  3. terbaikkkkk.. sedapkan.. hubby aku pun suke.. kalau idak, dia tu cerewet sikit. hehe

    ReplyDelete
  4. Salam kak mas! Kita paling suke karamel dia tu biasanyer kita Klu buat karamel dia resepi asal kita gandakan 2 utk karamel jerr hihihi

    ReplyDelete
  5. tak pernah cuba lagi..tapi memang nampak menyelerakan la Mas..tu leleh hehehe

    ReplyDelete
  6. uwaaaa sedapnya.nak wat gaklah..Mas guna loyang berapa inci ni...

    ReplyDelete
  7. sedanya nampak.. menggoda sungguh.. :))

    ReplyDelete
  8. kak dZana,

    akak..mas jumaat depan baru balik pahang...
    jadi buat masa ni tak kemana2...
    abang kerja la....

    ReplyDelete
  9. Zaliedana,

    amboiii..ct lagi cepat..dah buat puding kentang karamel tu...
    kita tukar nak tak..kikiki

    ReplyDelete
  10. izahdaut,

    betul3...
    aku setuju..
    memang terbaik puding ni..
    sedappkan makcik...

    ReplyDelete
  11. ijayuji,

    ika..sama la kita..
    kak mas pun suka karamel lebih...
    baru best kan...

    ReplyDelete
  12. kak Nazrah Bakery & Dunia Kuih,

    akak...mas cadangkan akak try buat..
    memang sangat sedapp puding ni...

    ReplyDelete
  13. kak Yatie ,

    akak..mas loyang yang sedang tu la kak..
    elok2 jerk..
    selamat mencuba kak yatie....

    ReplyDelete
  14. Hann ,

    memang sedapp hann..
    try la buat.....

    ReplyDelete
  15. sejuk2 sedap ni mas..dah lama x bt,klu baik ati anta sini sikit *jgn ckp dah abis eh :p

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum mas...
    tergoda lagi nie... nmpk sedaaap.. nnt akak nk try juga...byk dah masuk list nie.. :D

    ReplyDelete
  17. Kak Diana @ Melley Mey,

    akak..try tau nanti...
    memang terbaik puding roti karamel ni....
    sedappp....

    ReplyDelete
  18. Deliah's Deli,

    del..aku memang baik hati...
    tapi dah abiss la puding roti karamel tu..
    kau kene buat lagi tu...kikiki

    ReplyDelete
  19. dtg malam2..tengok kegemaran ni, (tapi xpernah buat.. tau makan je)..rasa tak sabar nak ke dapur sekarang juga.

    ReplyDelete
  20. cantik laa mas puding ko nih..akuk sukak!!

    ReplyDelete
  21. Syimama,

    selamat mencuba syimama....
    sedapp tau puding ni,...

    ReplyDelete
  22. HaSue ,

    sue..kau kan hantu puding karamel..kikiki
    teringin la tu..
    gi buat lagi..kikiki

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.