Search This Blog

Monday, August 30, 2010

Nasi Kebuli



Mas buat untuk berbuka, sedap jer tengok kat dapur Kak Hana, teringin juga nak mencuba, resepi asal kata Kak Hana dari Kak Shidah , maceh yer untuk akak berdua, sedap nasi kebuli ni....Mas buat Telur masak mamak ngan kuah cili untuk makan ngan Nasi Kebuli ni sebab ayam tu dah goreng, tak de kuah pulak...habis licin juga nasi ni anak2 Mas makan , he..he..

Nasi Kebuli
Copy : Kak Hana 
Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 ekor ayam - potong 4
  • garam, kunyit
  • >>> gaul ayam dengan garam dan kunyit, perap for 8 hours
Bahan B - blend
  • 1 tsp ketumbar
  • 1/2 tsp lada hitam
  • 15 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai (resepi asal 4) - hana 1blend, 1ketuk
  • 1 tsp serbuk kunyit
Bahan C
  • 4 pot basmathi
  • 4 1/2 pot air
  • garam
  • 1 tbs chicken stock granules @ 1 ketul kiub ayam (optional)
Cara-cara
  • Basuh dan toskan basmathi
  • Masukkan air dalam periuk, bersama dengan bahan A and B.
  • Biarkan mendidih sehingga ayam 3/4 masak.
  • Keluarkan ayam, masukkan beras, garam and chicken stock.
  • Transfer ke dalam rice cooker, tanak hingga nasik masak.
  • Ayam yg 3/4 masak tu, goreng hingga garing, hidangkan dengan nasi.


Apam Balik




Assalamualaikum.
Menu untuk berbuka, Mas buat Apam Balik, tak tahu nak buat kuih apa, last minit teringat nak makan Apam Balik, lagi pun cara nak buat Apam Balik ni mudah, tak payah perap adunan , boleh terus masak lepas bancuh tepung, hasilnya Apam Balik ni tetap sedap dan lembut, kali ni Mas letak gula perang dan kacang tanah jer untuk inti, jagung tak de stok kat rumah..hu..hu..sedap tau letak gula perang....pernah buat sebelum ni DISINI....resepi Ms Oreo@myresepi.com ni memang mendapat sambutan hangat diMyResepi...like sangattt..

              
Apam Balik

Bahan :

2 cawan tepung gandum

½ cawan gula

1 sudu teh soda bicarbonate

1 sudu teh baking powder

Sedikit pewarna kuning - tk letak pon

1 biji telur

1½ cawan air

Sedikit mentega/planta untuk mengoles


Bahan tabur : 

Kacang tanah yang sudah dikisar

 gula perang




Cara membuatnya :

Mesin gula bersama telur hingga kembang,

Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.

Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati.

 (ADUNAN SIAP)

Oleskan planta di permukaan kuali dan tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.

Biarkan seketika, sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.

Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. 

Selamat Mencuba!


Saturday, August 28, 2010

Soft Marble Cake




Assalamualaikum. 
Semalam Mas buat Soft Marble Cake untuk dikirimkan pada mertua. Adik ipar singgah bersahur jap, sebelum terus balik kampung, sebab maktab dah start bercuti... 
 Kek jenis marble ni memang peberet mertua Mas, tu yang Mas buatkan lagi, ada juga buah tangan untuk mertua kan...resepi hasil dari selongkar dapur Kak Ummi, terima kasih yer kak, memang sedap Soft Marble Cake  tu...lembut jer...

                                 
Soft Marble Cake
Resepi : Kak Ummi 

Bahan :
270 gm mentega
250 gm gula kastor
260 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
6 biji telor
2 sudu besar susu pekat manis (condensed milk)
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar air
1 sudu kecil esen vanila
10 gm serbuk koko
1 sudu kecil chocolate emulco (optional - bagus untuk mendptkan warna lebih gelap)


Cara membuatnya :
Griskan tin kek berukuran 10x7x3 atau 20 - 23 cm springform. Ketepikan.
Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan ketepikan.
Satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula, adunan tidak jatuh). Ketepikan.
Kemudian dalam bekas lain, satukan telor, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata.
Masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4. kacau rata.
Keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. Kacau hingga sebati.
Ulangi sehingga habis adunan.
Ambil chopstick dan buatkan bentuk marble.
Kemudian bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing).
Setelah masak, padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 minit.
Selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk baru dipotong.

Nota: 
Sedap, lembut dan senang nak buat...


   

Prata Telur Gulung dan Cheese




Assalamualaikum. 
Hari ni  Mas bersahur dengan Prata Telur Gulung dan Cheese, dah tak tahu nak makan pe, tengok ada roti prata segera dalam peti ais, nak cicah ngan sambal rasa tak selera pulak, jadi Mas buat Prata Telur Gulung dan Cheese ni, sedap tau, habis juga bila Mas buat 4 biji untuk makan 3 orang....Alhamdulillah...
                 
Prata Telur Gulung dan Cheese 
Resepi : MasDuniaku


Bahan :
1 keping roti prata segera - Mas guna jenama Kawan
1 biji telur - kacau sikit
1 keping cheese - carikkan sedikit
sedikit butter @ marjerin


Cara membuatnya :
Masak roti prata hingga masak dan garing dalam non-stik pan, angkat. Ketepikan.
Gunakan non-stik pan tadi, letakkan sedikit butter dan masukkan telur dan ratakan, agak2 besar prata dan terus letakkan cheese dan terus letakkan prata tadi yang telah dimasak dan biarkan seketika. Telur tu tak payah letak garam sebab cheese dah cukup masin.
Angkat dan gulung kemudian potong2 . 
Sedap dimakan panas2.....


Friday, August 27, 2010

Award Dari Ayu....



Seronoknya dapat award dari Ayu - Citarasa Rinduan, maceh banyak2 yer Ayu...sayangg Ayu...Award ni tanpa syarat, sesiapa yang berkenan boleh ambik award ni....sila2...jangan malu2 yer.....

Cornflakes Milo




Assalamualaikum.
Kali ni Mas try buat Cornflakes Milo pulak, lagi resepi yang senang dibuat sebab tak payah bakar. Godek2 dalam kuali, lepas tu kepal2 masukkan dalam papercup, dah boleh masuk dalam bekas, dahh siap.....macam main masak2 pulak, Cornflakes Milo ni tetap rangup dan sedap...
Ain ngan Danial dah cop suka biskut ni....resepi datangnya dari Myresepi, maceh yer HJHMAS....

Cornflakes Milo 

Bahan :
55 cawan mini cookies
100gm butter
100gm cornflakes
100gm serbuk milo
4 sudu makan golden syrup

Cara :
Cornflakes dihancurkan sederhana dan disimpan dalam bekas.
Masak butter hingga cair atas api sederhana besar.
Sesudah cair masukkan golden syrup dan kacau sebati.
Kemudian masukkan serbuk milo dan kacau sebati.
Tuang kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan tadi dan gaul sebati.
Bulatkan terus masa masih panas dan masukkan kedalam bekas mini cookies dan sejukkan dulu sebelum disimpan dalan balang.


Cornflakes Madu Warna Warni




Assalamualaikum.
Semalam Mas buat Cornflakes Madu Warna Warni pulak, seronok juga buat biskut cornflakes ni sebab cara buatnya senang dan tak banyak remeh. Resepi biskut cornflakes Mas dapat dari Myresepi, tima kasih yer pada tuan punya resepi Kak Umi. Biskut cornflakes ni memang rangup, krup..krap....menguyahnya......

Cornflakes Madu Warna Warni 
 60 - 70 cawan mini cookies

Bahan :
250 gm cornflakes - kotak kecil
125 gm butter - 1/2 buku
1/2 cawan gula perang 
5 sudu makan madu @ golden syrup
manik warna warni untuk hiasan

Cara :
Campurkan butter dan gula perang atas api sederhana perlahan hingga gula dan butter larut.
Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan kemudian masukkan madu @ golden syrup.
Gaul sampai rata.
Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selama 10 - 15 minit atau sampai dasar kekuningan.


Thursday, August 26, 2010

Popia Manis



Assalamualaikum. Popia Manis ni sesuai untuk budak2 sebabnya budak2 kan suka manis2, Mas buat untuk Ain sebab Ain tak makan popia pedas, manja sikit anak dara Mas ni...jadi kalau Mas buat popia pedas kena buat sikit popia manis ni untuk Ain, selain letak gula aising, boleh juga letak nestum + gula yang dikisar,ataupun quaker oat + gula yang dikisar, ikut la nak yang mana satu yer...tapi semuanya tetap rasa manis....cara membuatnya sama seperti membuat popia pedas, jadi sesiapa yang nak tengok caranya boleh tengok kat sini yer.


Popia Manis
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • kulit popia
  • 1 biji telur - pukul sikit @ bancuhan tepung gandum
Bahan untuk gaul ( pilih nak yang mana satu ) :
  • Gula aising - tabur atas popia setelah digoreng masa masih panas, kalau dah sejuk tak berapa nak lekat.
  • Nestum + gula - blender halus dan tabur atas popia masa masih panas.
  • Quaker Oat + gula - blender halus dan tabur atas popia masa masih panas.

Cara membuatnya :
  1. Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur @ bancuhan tepung gandum.
  2. Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan.
  3. Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua popia terus salutkan popia dengan gula aising @ nestum + gula @ oat + gula.
  4. Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.
Cara membuat popia boleh tengok kat sini .


Butter Cookies



Petang semalam Mas buat Butter Cookies pula, ni permintaan adik tercayang yang nak makan Butter Cookies. Ikutkan Mas nak buat minggu depan, tapi disebabkan Yan nak singgah rumah malam ni, Mas buat awal sikit biskut ngan popia pedas tu, nak kirim kat mertua, raya tahun ni beraya kat kampung Mas, lepas raya baru balik rumah mertua, jadi Mas kirimkan dulu biskut raya, orangnya lepas raya baru balik...he..he..resepi Mas dapat hasil dari mengintai kat Myresepi dan dapur E-na Zarina, maceh yer....

Butter Cookies - Mas dapat 70 biji lebih.
Copy : Myresepi
          E-na Zarina
Bahan - bahan :
  • 180gm butter
  • 120gm gula kastor
  • 450gm tepung naik sendiri
  • 50gm tepung jagung
  • 2 biji telur
  • chocolate chip - ikut nak banyak mana
  • chocolate rice - optial
Cara membuatnya :
  1. Pukul butter dan gula hingga berkrim. 
  2. Masukkan telur dan kacau rata.
  3. Kemudian masukkan semua bahan lain, kacau sehinnga mesra.
  4. Buat bentuk bulat2 dan tekan menggunakan garfu. Tabur chocolate rice atas biskut.
  5. Bakar pada 180 C selama 15 - 20 minit hingga masak.   
  6. Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba!


Wednesday, August 25, 2010

Cokodok Roti



Mas buat untuk berbuka semalam, lagi pun ada baki roti yang dah nak expired, jadi Mas buat cokodok roti, jangan membazir roti yang dah keras atau yang dah expired tau, buat jer cokodok roti, sedap tau dicicah ngan sos cili dan mayonnis, bahan2 tu Mas letak jer apa yang ada ....lagi pun bila letak roti, cokodok ni lebih lembut...Ain ngan Daniel pun suka...

Cokodok Roti
Bahan :
  • roti sandwich - yang dah nak expired / keras
  • udang segar - potong 3
  • sedikit serbuk kari
  • 1 biji bawang besar - hiris2
  • 1 biji telur 
  • jagung
  • tauge
  • kucai
  • cili merah - hiris2
  • ikan bilis - tumbuk
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk perasa
  •  tepung - agak2 masa bancuh adunan
Cara membuatnya :
  1. Rendam roti dengan air ( agak2 tenggelam roti tu ), biar kembang dan hancurkan kasar2.
  2. Kemudian masukkan semua bahan kecuali tauge, kucai, jagung dan tepung, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit2 dan bancuh hingga jadi macam cokodok biasa. Tepung bertujuan untuk memekatkan sikit bancuhan tu. Masukkan jagung, kucai dan tauge. Kacau lagi.
  4. Goreng seperti buat cokodok dan sedap dimakan panas2.

Popia Pedas



Assalamualaikum. Popia Pedas ni salah satu kudapan kegemaran family Mas, rangup sangat bila menguyahnya...krup....krap..krup...krap....sedar2 dah abis sebalang, he..he..Mas belajar dari mak Mas...popia pedas ni boleh ditambah bijan dan kacang tanah jika suka, untuk Mas selalunya Mas letak ikan bilis jer sebab Daniel ngan Ain kalau letak bijan diaorang buang bijan tu, lebih baik tak yah letak....

Popia Pedas
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 bungkus besar kulit popia 
  • 1 biji telur - pukul sikit / bancuhan tepung gandum pun boleh
Bahan untuk sambal :
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 biji sederhana bawang besar - dikisar
  • 1 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit udang kering - tak nak letak pun tak pe
  • garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 5 sudu besar gula                              
Bahan sampingan :
  • ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garing
  • kacang tanah - goreng tanpa minyak
  • bijan - goreng sikit tanpa minyak
 
Cara membuatnya :
  1. Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur / bancuhan tepung gandum.
  2. Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan.
  3. Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal.
  4. Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis, kacau, masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur bijan jika suka. 
  5. Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.

              

Tuesday, August 24, 2010

Cendawan Pedas



Selain dari Rendang Tok, Mas masak Cendawan Pedas. Biasa la kan, tekak ni mesti nak yang pedas2. Memang sedap makan dengan nasi panas, sedap tau Cendawan Pedas ni, kalau ada yang nak tambah isi ayam atau udang  rasanya lagi sedap, Mas letak cendawan jer, kelam kabut masak sebab tengok jam dah 6.30 ptg, tapi sempat lagi ambik gambar...ha..ha..menu berbuka petang semalam Mas masak Rendang Tok, Cendawan Pedas, ikan goreng , Cendawan goreng dengan telur , agar2 ngan air laici...


Cendawan Pedas
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
  • cendahwan - siat2 sikit
  • isi ayam @ udang - mas tak letak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • cili padi - ditumbuk, ikut pedas yer
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1 biji bawang putih
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • sedikit air
Cara :

  •  Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan sos tiram, kacau lagi, masukkan cendahwan dan sedikit air, kacau lagi, masukkan sedikit gula dan garam jika perlu, biarkan mendidih seketika dan tutup api.