Assalamualaikum.
Semalam Mas buat Soft Marble Cake untuk dikirimkan pada mertua. Adik ipar singgah bersahur jap, sebelum terus balik kampung, sebab maktab dah start bercuti...
Kek jenis marble ni memang peberet mertua Mas, tu yang Mas buatkan lagi, ada juga buah tangan untuk mertua kan...resepi hasil dari selongkar dapur Kak Ummi, terima kasih yer kak, memang sedap Soft Marble Cake tu...lembut jer...
Soft Marble Cake
Resepi : Kak Ummi
Bahan :
270 gm mentega
250 gm gula kastor
260 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
6 biji telor
2 sudu besar susu pekat manis (condensed milk)
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar air
1 sudu kecil esen vanila
10 gm serbuk koko
1 sudu kecil chocolate emulco (optional - bagus untuk mendptkan warna lebih gelap)
Cara membuatnya :
Griskan tin kek berukuran 10x7x3 atau 20 - 23 cm springform. Ketepikan.
Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan ketepikan.
Satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula, adunan tidak jatuh). Ketepikan.
Kemudian dalam bekas lain, satukan telor, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata.
Masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4. kacau rata.
Keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. Kacau hingga sebati.
Ulangi sehingga habis adunan.
Ambil chopstick dan buatkan bentuk marble.
Kemudian bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing).
Setelah masak, padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 minit.
Selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk baru dipotong.
Nota:
Sedap, lembut dan senang nak buat...
bolehlah simpan resepi ni mana tau bila mak mentua dtg nanti boleh wat hihi kita tk suka mkn cake mcm ni tp dorang suka :)
ReplyDeleteha..ha..simpan elok2 zarin..sedap tau kek ni...
ReplyDelete