Search This Blog

Monday, May 10, 2010

Roti Paun Lagi




Assalamualaikum, ari ni meroti lagi, Mas buat Roti Paun lagi dan kali ni Mas letak wateroux, roti paun ni jadi lebih lembut dan gebu, sedapnya bila menguyah. Selalunya roti paun ni dicicah ngan sambal, rendang atau kari. Perh.....Memang sedap...yummy..untuk resepi Roti Paun yang Mas buat sebelum ni, boleh lihat disini yerk...juga boleh lihat Myresepi.

Roti Paun 
Resepi :  Nekma@Myresepi.
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 sudu kecil yis kalau nak cepat naik taruk 2 - 2 1/2 sudu kecil.
  • 1 cawan air suam
  • ½  cawan gula
  • ½  cawan marjerin / butter
  • Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli.
  • sedikit minyak utk dilenserkan diatas roti.

Cara membuatnya :
  1. 1 cawan air suam dicampurkan yis biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya.
  2. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedlm besen yg berisi gandum.
  3. Kemudian masukkan pula gula kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin / butter kedalamnya kacau sampai sebati.
  4. Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum di adun sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras Cuma agak2 boleh diuli dgn tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut. Kemudian doh direhatkan sehingga ½ - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dlm loyang yg telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia).
  5. Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yg dah kembang kemudian bolehlah dibakar dgn kepanasan 180C selama 10-15minit dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu dengan api atas bawah.


2 comments:

  1. salam kak mas,
    adus...terliur saya. pandainya kak meroti. saya juga lom pas2 lagi. hihi.
    tumpang makan sini dulu. :)

    ReplyDelete
  2. salam indah,
    kak mas pun baru belajar meroti,sama2 la kita belajar, jemputla.....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.