Search This Blog

Friday, May 7, 2010

Sosej Bun



Assalamualaikum. Semoga semuanya ceria di pagi Jumaat yang mulia ini. Roti Sosej ni Mas buat semalam. Tiba- tiba terasa nak meroti. Hari tu nampak kat rumah CMG, teringin pulak tengok Sosej Bun CMG tu. Roti ni Mas tambah wateroux, roti jadi lebih lembut, tima kasih kat Izah sebab bagi resepi wateroux tu. Bertambah sedap, gebu dan lembut roti Mas tau.

Sosej Bun
Sumber :  CMG

Bahan doh roti :
  • 300 g tepung roti
  • 60 g gula halus
  • 5 g garam halus
  • 10 g susu tepung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 2 camca teh instat yeast / mauripan
  • 30 g telur - pecah kan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang
  • 150 ml air
  • 30 g mentega
  • 1 sudu besar wateroux - kena kurangkan sedikit air bila letak wateroux
Bahan lain :
  • 8 batang sosej ayam "ayamas", celur 5 minit, tos dan sejukkan
  • Mix vege secukupnya - mas tak letak
  • Sos tomato / sos cili  secukupnya
  • Mayonnaise secukupnya
  • Telur untuk disapu (baki 30 g tadi)
CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK DOH ROTI :- Campur semua bahan2 untuk dok kecuali mentega, gaul hinnga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (kurang lebih 15 - 20 minit). Bulat2kan dah, letak dalam bekas dan balut bekas tadi dengan plastik bersih, biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :-Satukan semua bahan2 dalam Bread Maker, pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK MIX VEGE SAUSAGE BUN :- Keluarkan doh, tumbuk dan bagi kepada 8 bahagian sama besar, bulat2kan doh dan biar doh rehat 10 minit. Ambil satu doh canai memanjang sama ukuran dengan sosej tadi. Balut sosej dan kerat kepada 4 bahagian sama besar, kemudian kerat lagi supaya mendapat 8 keratan (seperti dalam gambar).
  3. Pusingkan setiap belahan tadi ke kanan dan ke kiri sehingga mendapat bentuk macam dalam gambar. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Tekan sedikit roti, buat kaedah sama untuk baki doh dan sosej tadi. Biarkan 45 minit hingga naik.
  4. Sapu dengan telur, tabur dengan mix vege dan paipkan mayonnaise dan kemudian sos tomato. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebenuhnya sebelum dihidangkan.
 - Untuk melihat gambar cara membuat Sosej Bun boleh lihat disini.



    4 comments:

    1. emmmmmm...sedapnya sosej bun ni...da tgh hari tadi makan nasi berlaukkan telur je...nak sikit sosej

      ReplyDelete
    2. sedapnya! tapi E-na kalau buat roti tak selembut dan secantik mcm yg kat kedai lah...huhuuu

      ReplyDelete
    3. kak ayu
      ala, dah habis, nnti mas buatkan lain tau,

      ReplyDelete
    4. salam e-na
      e-na buat ikut resepi mesti jadi, lembut dan gebu macam kat kedai, e-na letak water roux, roti jadi lebih lembut,mas dulu pun tak pandai meroti, semenjak belajar dengan member2 blog,alhamdudillah, menjadi...

      ReplyDelete

    Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.