Search This Blog

Tuesday, May 18, 2010

Kek Pisang




Assalamualaikum. Selamat pagi Selasa semua. Akhirnya jadi juga kek pisang yang Mas buat ni. Tak tahu la silapnya dimana, masuk ke-5 kali baru jadi kek pisang. Yang sebelum ni kek tu macam keras, tak tahu kenapa. Mungkin cara Mas bakar tak betul kot. Tapi tak pe, berjaya juga akhirnya, rasa seronok sangat kek pisang jadi, sedap tau kek pisang ni, lembut dan lembab. Anak2 pun suka makan.

Kek Pisang
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 cawan pisang berangan yang dilenyek
  • 1 cawan minyak masak
  • 4 biji telur gred A
  • 1 1/2 cawan gula kasar
  • 1 camca teh soda bikarbonat ( mas letak 1/2 sudu teh soda dan 1/2 sudu teh baking powder )
  • 1 camca teh garam
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh esen pisang

Cara membuatnya :
  1. Pukul telur dan gula hingga betul2 kembang.
  2. Masukkan minyak masak. Kacau membulat.
  3. Masukkan pisang. Kacau membulat lagi.
  4. Masukkan soda, baking powder dan garam. Kacau lagi.
  5. Masukkan esen pisang, kemudian tepung gandum sedikit2 sambil kacau membulat.
  6. Sapukan bekas bakar kek dengan marjerin. Kalau bekas non-stik terus tuang adunan kek ke dalam bekas bakar.
  7. Panaskan oven dengan suhu 160c dan bakar kek selama 45 minit.


7 comments:

  1. salam perkenalan mas...
    berselera sungguh nengoknye..
    nnt boleh le kak ain cube resepi kek pisang tu..dulu2 pernah gak try tapi tak menjadi la pulak...

    ReplyDelete
  2. salam kak Ain
    sama la macam mas, banyak kali buat baru jadi,cuba la buat kak,insya Allah jadi kak pisang akak..

    ReplyDelete
  3. salam kakyus
    he..hee..tima kasih, banyak kali buat baru jadi kak..

    ReplyDelete
  4. alamak mas..cam taakut jek nk try..takut kena badi mas kali kelima baru jadi...hehe..amik resep gak

    ReplyDelete
  5. salam kak mas,
    sini ada kek pisang...saya suka! dah lama tak buat..oh, buh minyak masak..mesti lembut,kan? :)

    ReplyDelete
  6. salam izah,
    he..he..baca doa byk2, mesti jadi punya...

    salam indah,
    orang cakap kek kalau letak minyak memang lembab dan lembut,betul la tu, kak pisang kak mas lembut dan lembab,he..he..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.