Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Bahulu Rose



Assalamualaikum. Selamat pagi selasa. Bahulu ni kali ke2 Mas buat. Kali pertama buat jadi tapi bahulu melekat kat acuan. Agaknya Mas panaskan acuan kejap sangat, tu la kalau melawan tauke, habis bahulu pecah2 sebab susah nak keluarkan, tapi habis juga sebab anak2 Mas gemar sangat makan bahulu. Jadi Mas pun cuba buat lagi petang semalam, Alhamdulillah, bila panaskan acuan lama, baru bahulu tak melekat, senang je nak keluarkan dari acuan. Bahulu ni Mas nampak kat dapur Kak Hana, oleh kerana bahan2nya ringkas jadi Mas pun mencuba...akhirnya jadi juga bahulu ni ye.

Bahulu Rose
Resepi : mama myvi@myrepi
Sumber : Kak Hana
Bahan :
  • 4 biji telur gred A
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 3/4 tepung gandum - diayak 
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila, putar lagi. Perlahankan speed dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga sebati.
  2. Sapu acuan dengan minyak masak dan panaskan acuan dalam oven pada suhu 220c selama 10 minit.
  3. Masukkan sedikit adunan dalam acuan.
  4. Bakar selama 10 minit atau hingga bahulu kuning keemasan.
  5. Keluar acuan dari oven dan gunakan lidi sate untuk mengcungkir bahulu keluar dari acuan. Sejukkan dahulu sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

6 comments:

  1. salam kak mas,
    dah cantik tu baulu kak. teringin saya. bolehla buat tempahan raya nanti. hihihi.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mas..wah rajin nya buat bahulu. acuan bahulu tu bakar macamana ye..ske gak tengok bahulu nih..hehee..sibuk je orang wat bahulu nak buat jugak..

    ReplyDelete
  3. salam indah,
    tima kasih,ala datang je makan kat rumah kak mas he...he..

    salam izah
    he..he..ni masa rajin,kalau izah nak bakar bahulu, guna api atas bawah, letak acuan kat tengah2,bakar mcm bakar roti tu, mesti jadi punya,tak sabar nak tengok bahulu izah..

    ReplyDelete
  4. salam, jom nyanyi lagu raya versi kuih bahulu...
    kuih bahulu... kuih bahulu... kuih bahulu... hehe.. gebunya mas, mintaklah brg 10 biji, ada lagi tak?

    ReplyDelete
  5. salam yus,
    jom kita nyanyi sama2,..he..he..dah tinggal balang la yus, kejap je anak2 mas makan..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.